Cerita Gang Nasi Sejuk Minggu Ini
11:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apa Cerita Gang Nasi Sejuk Minggu Ini?
Hari ini hari Jumaat. Ada Majlis Restu Ilmu untuk calon SPM. Dari kelmarin dan seawal pukul 6:30 pagi tadi semua sudah bersedia dengan tugas masing-masing. Kita sebagai AJK, kelam-kabut juga sebab kita ada kelas tingkatan empat dan kena relief kelas tingkatan tiga pula. Di gelanggang terbuka, calon-calon SPM beramai-ramai membaca Surah Yasin dan solat hajat. Ibu bapa ramai yang hadir.
Jadi, memang tidak sempat ke kantin bersama gang nasi sejuk untuk sarapan.
Sarapan nasi kuning disediakan untuk ibu bapa, calon SPM dan para penoreh. Jadi makan sahajalah apa yang disediakan.
Telur Dadar |
Walaupun tahu tidak dapat sarapan bersama tetapi kita bawa juga telur dadar dan juga sambal ikan masakan gaya Cocos.
Sambal Ikan Gaya Cocos |
Semalamnya kami makan-makan di rumah kakak ipar. Anak buah bungkuskan sambal ikan dan ayam masak sambal serta risoles dan kuih talam keladi. Jadi kita bawa sambal ikan dan risoles ke ladang.
Sebelum ke kelas, kita sempat sarapan nasi kuning dan makan telur dadar. Selebihnya, telur dadar dan sambal ikan kita tinggalkan atas meja, kita pesan dengan Nano nanti makanlah dengan kawan-kawan. Lepas itu masukkan semua tupperware dalam bakul.
Risoles tiga jenis inti. |
Rakan-rakan bawa kuih untuk sarapan.
Ada ibu bapa yang datang menyumbang kuih muih juga.
Kuih-muih yang dibawa oleh ibu bapa.
Kelmarin, hari Khamis.
Ada majlis penyampaian hadiah sempena Program Anda Hebat untuk calon SPM. Kita urus bahagian hadiah untuk subjek dan juga urus penerima hadiah. Oleh kerana majlis bermula seawal 7:20 pagi dan kita ada kelas tingkatan empat pula, jadi kita datang seawal pukul 5:45 untuk menyusun atur hadiah supaya tidak kelam kabut.
Ada majlis penyampaian hadiah sempena Program Anda Hebat untuk calon SPM. Kita urus bahagian hadiah untuk subjek dan juga urus penerima hadiah. Oleh kerana majlis bermula seawal 7:20 pagi dan kita ada kelas tingkatan empat pula, jadi kita datang seawal pukul 5:45 untuk menyusun atur hadiah supaya tidak kelam kabut.
Apa cerita Gang Sarapan Nasi Sejuk?
Oleh kerana ramai yang bertugas mengikut panitia dan bidang masing-masing, tidak sempatlah kami sarapan di kantin. Rupanya Sitti seorang datang ke kantin! Kita tak sempat ke kantin sebab sambung tugas jaga kelas peperiksaan tingkatan empat.
Oleh kerana ramai yang bertugas mengikut panitia dan bidang masing-masing, tidak sempatlah kami sarapan di kantin. Rupanya Sitti seorang datang ke kantin! Kita tak sempat ke kantin sebab sambung tugas jaga kelas peperiksaan tingkatan empat.
Sedihlah pula baca mesej Sitti seorang di kantin!
Terima kasih kawan-kawan yang membawa kuih-muih untuk alas perut!
Tak sempat sarapan berat, dapat makan kuih pun Alhamdulilah.
Encik Suami belikan nasi kuning lauk sambal ikan tuna di Warung Al Amin tapi kita tak sempat makan dan bawa balik ke rumah.
Hari Rabu.
Tertoleh-toleh kami menunggu kedatangan Yus dan Sitti. Yus cuti sakit, Sitti pula ada tugas luar. Jadi terasalah kekurangan anggota Gang Nasi Sejuk!
Tertoleh-toleh kami menunggu kedatangan Yus dan Sitti. Yus cuti sakit, Sitti pula ada tugas luar. Jadi terasalah kekurangan anggota Gang Nasi Sejuk!
Seperti biasa, telur dadar wajib ada!
Kita pesan dengan Nano minta bawa kuah rojak kalau ada. Nano bawa dua bekas kuah rojak dan juga serbuk asam boi.
Mangga Udang |
Ada dua biji mangga udang gugur. Rupanya sudah tua. Kita pilih yang kecil untuk dibawa ke ladang. Jadinya bolehlah makan cecah kuah rojak dan serbuk asam boi yang Nano bawa.
Sambal Belacan Mangga Udang |
Sempat sagat sepotong mangga udang, tambahkan sambal belacan.
Potong-potong mangga udang, rupa apa entah! Habis licin cecah dengan kuah rojak.
Nasi Khao Mok |
Malam semalamnya makan-makan di kampung, rumah adik ipar. Bawa pulang nasi khao mok. Paginya panaskan ayam goreng dalam air fryer dan bawa nasi khao mok ke ladang.
Nano bawa keropok lekor.
Kita bawa telur masin tiga biji. Tak rasa masin pun, rasa macam telur masin di Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Kuih-muih dikongsi bersama.
Minuman Roselle |
Hari Selasa, kita bawa minuman roselle hasil air tangan sendiri. sedap!
Lempeng Cair |
Kita bawa 25 keping lempeng cair dan sambal sardin. Minggu lepas bawa pada hari Khamis tetapi Mas tak dapat makan sebab puasa sunat. Layan keinginannya, kita bawa lagi. Pada mulanya ada yang hendak bawa kuah kari tapi Mas kata hendak sambal sardin juga... ahaks! Yang lucunya, Mas kata semalamnya dia masak banyak kari ayam. Sekali tengok waktu pagi, periuk sudah licin. Katanya tak dapatlah nak bawa untuk cecah dengan lempeng.
Sambal Sardin |
Umbut Kelapa Masak Lemak |
Kita bawa baki Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak. Kita bubuh isi ikan kembung pelaling dengan lada hitam. Aduusss... sedaplah!
Tidak ketinggalan bawa buah betik.
Dan juga sambal tempoyak.
Nano bawa ikan cencaru goreng.
Bawa juga papadom, nasi sejuk dan telur goreng.
Terima kasih James, kongsi kuih-muih.
Terima kasih Jusna, kongsi karipap inti sardin, popia dan kek coklat.
Ikan Pekasam |
Hari Isnin, Nano bawa nasi sejuk dengan ikan pekasam. Hari ini Yus dan Sitti tidak muncul kerana ada urusan. Mas pula puasa.
Nano bawa sambal terung.
Kita bawa limau madu.
Bawa kacang Pistaschio Iran dari bungkusan terakhir.
Encik Suami belikan sarapan bihun goreng.
Terima kasih James kongsi kuih-muih dan coklat!
Semoga Gang Sarapan Nasi Sejuk sihat-sihat semuanya.
3 comments
Geng nasi sejuk tapi bukan nasi sejuk semata, macam² ada!!
BalasPadamItulah, lama-lama bertambah pula orang dan kuih-muihnya sampai hilang nasi sejuknya!
PadamIni kalo saya ada circle yg seperti ini, memang tak akan berhasil IF saya hahahahahha. Langsung tergoda dengan aneka kue dan makanan yg dibawa 🤣🤣
BalasPadam