Rezeki Gang Sarapan Nasi Sejuk
6:35 PTGBismillahirrahim.
Hari ini, Jumaat. Gang sarapan nasi sejuk makan lagi bersama-sama di awal pagi sebelum masuk ladang.
Sitti bawa nasi sejuk & sandwich. |
Putu & Tompek |
Sitti bawa juga putu dan tompek. Kedua-duanya makanan tradisi masyarakat Bajau. Putu dan tompek biasanya dimakan bersama ikan bakar. Kita bawa ikan goreng. Jadi kami makan putu dan tompek dengan ikan goreng.
Jamasri @ James setiap hari bawa kuih ke ladang. Sebelum menoreh, kawan-kawan dapat alas perut walaupun tidak sempat makan di kantin. Hari ini James bawa popia, nona manis keladi dan nona manis pandan. Jusna bawa kek coklat dan butter cake.
Mi Goreng & Telur Dadar |
Biasanya kawan-kawan minta lauk tambahan terutamanya telur dadar. Hari ini hanya ada sebiji saja telur dadar. Shaf sempat minta telur dadar makan dengan mi goreng. Apabila kawan-kawan yang lain memesan telur dadar, kantin kata telur sudah habis dan bekalan baharu belum sampai.
Kita bawa daun salad, bubh limau & tomato.
Siapa hendak makan salad, boleh bubuh sos sendiri.
Masak Lemak Daun Kelor + Labu Pulut + Ikan Masin Kurau |
Petang kelmarin kita masak lemak daun kelor and the gang. Pagi tadi panaskan semula dan tambahkan labu pulut serta ikan masin kurau. Ada benda lain dalam masakan lemak ini termasuk putik jagung dan suhun.
Kita bawa juga ikan putih goreng seekor ditempatkan bersama telur masin dan telur seribu tahun.
Peria Tumis Pecah Telur |
Nano bawa sayur peria tumis pecah telur. Sayur ini jadi rebutan ramai! Pahit-pahit peria kalau sudah biasa kita makan, terasalah lemaknya... ahaks!
Kita bawa serondeng ikan air tangan orang Cocos. |
Julik dengan nasi sejuknya. |
Kelmarin, hari Khamis.
Gang sarapan nasi sejuk tidak lupa bawa nasi sejuk!
Julik bawa ikan masin goreng. Ikan masin ini dari keluarga ikan batu. Tebal isinya. Bertenggek pula sayap ayam goreng atas kepala ikan! |
Encik Suami suruh bawa sandwich & tart telur yang dia simpan dalam peti sejuk. Entah dapat dari mana. Kita bawa sajalah.
Nano bawa putu. Putu ini masih dalam bungkusan plastik. Kena buka dan potong-potong dengan sudu kalau hendak makan.
Sambal Ikan Bilis & Petai |
Nano rajin masak sambal ikan bilis dengan petai. Memang habis licin makan nasi sejuk dengan sambal bilis petai!
Lempeng Cair |
Kita bawa 16 keping lempeng cair. Alhamdulillah, kawan-kawan suka makan. Habis licin juga. Kami makan lempeng cecah sambal ikan bilis. Sambal ikan bilis ini pula pemberian jiran sebelah rumah.
Sambal Ikan Bilis Cili Padi |
Mas bawa ikan goreng dengan telur masin.
Sedihlah pula kami pagi kelmarin. Zai hantar gambar sudah siap sedia hendak turun ke ladang dengan bekalannya. Tiba-tiba Zai diserang sakit kaki, katanya ada masalah saraf. Moga Zai cepat sembuh.
Seperti biasa, Sitti memesan telur dadar dari kantin. Menggoda aromanya! Kami berbagi-bagi seorang sedikit.
Julik bawa nasi sejuk dengan ikan sulig goreng. Sedap ikan ini.
Bekalan hari Rabu : Kita bawa buah honeydew dan epal strawberi.
Sempat dadar telur.
Kita pun bawa nasi sejuk, bubuh daun salad, hirisan tomato dan sambal kicap.
Kita masak sayur labu pulut lebih, jadinya panaskan semula di pagi hari buat bekal menoreh.
Lawankan sayur lemak labu dengan ikan kembung panggang dan sambal tahi minyak pemberian jiran sebelah rumah.
Nano dengan sambal ikan bilis petai yang menjadi penantian ramai!
Hari Selasa, Mas datang bersama nasi sejuk, telur dadar, telur masin dan ayam goreng.
Nano dengan nasi & telur dadar dari kantin.
Zai bersemangat membawa bekal nasi dengan ayam panggang air fryer dan sambal tahi minyak.
Julik membawa ikan basung yang sangat sedap! Sudah minta resipinya tapi lupa pula cara memasaknya!
Tidak ingat pula siapa yang bawa udang ini. Mungkin Julik.
Kita bawa baki kari daging tapi lebih banyak kentangnya!
Ini nasi sejuk yang kita bawa, bubuh daun salad dan sambal tahi minyak.
Nano bawa jambu batu & kuah rojak.
Ini telur dadar air tangan Nano.
Kita bawa coleslow.
Encik Suami belikan kita kuih di Warung Al Amin.
Semoga kami sentiasa sihat dan dapat masuk ke ladang melaksanakan kerja-kerja menoreh dengan sempurna.
11 comments
wahh...meriah makanan semua...putu & tompek tak pernah mkn..
BalasPadamPutu & tompek makanan tradisi masyarakat Bajau.
PadamPare itu walo pahit memang sedaap. Saya dibiasakan makan pare oleh mana sejak kecil lagi. Awal memang tak suka. Tp tiap kali liat mama makan dengan sambal belacan, ntah kenapa terliur pula. Pelan2 coba lagi dan jadi suka. Apalagi pare yg kecil2, belum pahit. Dimakan mentah saja sedap.
BalasPadamPutu ini yg saya penasaran kak. Seperti apa rasanya yaa 😄
Kalau pare yang kecil-kecil kami panggil peria katak. Suami saya suka buat lalapan.
PadamPutu di sini diperbuat daripada ubi kayu. Dimakan bersama ikan bakar, biasanyalah. Banyak pilihan lauk-pauk lainnya. Putu ini makanan tradisi masyarakat Bajau di Sabah.
Sempat melempeng pagi-pagi tu.
BalasPadamSambal bilis petai tiap-tiap hari makan pun sedap.
Ya, sempat melempeng nak buat bekal menoreh.
PadamKan, nampaknya kawan-kawan di sini memang hantu sambal petai.
Geng sarapan nasi sejuk ni tak pernah tak meriah ya. Sy kat sini lebih senang sarapan bersendirian.
BalasPadamAgaknya sudah jadi kebiasaan kami sarapan sama terutama yang hendak masuk ladang pukul 6:45 pagi. Kalau ada yang tidak makan sama, masing-masing ternanti-nanti manalah tak datang-datang.
Padambestnya geng sarapan nasi sejuk. Walaupun nampak simple tapi bila dah amcam-macam dan makan ramai-ramai jadi sedap je. Part lempeng dengan sambal ikan bilis lah yang paling win
BalasPadamSikit sama dirasa, banyak sama dihabiskan hihihii.
PadamKalau la kat opis ni ada geng sarapan kan best...geng lunch pun x berapa nak ada..
BalasPadam