Berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas
12:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kelmarin dapat bersama rakan-rakan ladang turun bermain air sungai di Hutan Rekreasi Taliwas. Rupanya sudah lapan tahun kami tidak jejak ke sini. Kali terakhir kami datang pada 2016 : Hutan Rekreasi Taliwas : Santai di Hujung Minggu dan sebelum itu pada tahun 2011: Sehari di Hutan Rekreasi Taliwas.
Hutan Rekreasi Taliwas ini sering menjadi pilihan untuk aktiviti kokurikulum murid-murid sekolah di sekitar Lahad Datu untuk tujuan perkhemahan. Banyak kemudahan di sediakan di sini untuk pelbagai aktiviti yang akan dijalankan.
Kali ini kami datang hanya untuk berkelah bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM20.00 untuk sebuah kereta dan RM11.00 untuk setiap individu kanak-kanak dan dewasa. Kesemua kami, 13 kenderaan termasuk sebuah van yang disewa.
Anak-anaklah yang paling gembira apabila berada di sini!
Begitu dan begini, kami tiba di persimpangan jalan masuk ke Hutan Rekreasi Taliwas pada pukul 8:00 pagi. Sebahagiannya terlewat sampai kerana menghadapi kesesakan jalan raya. Sempat ambil gambar di pintu masuk Menara Kayangan. Terakhir Amie ke sini pada 2014, mendaki Bukit Silam sebagai latihan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.
Melihat arah Lembah Danum terasa lama sangat tidak ke sana sejak 2011. Teringin melawat untuk melihat sudah besarkah pokok yang kami tanam. Teringat juga pernah dapat Sijil Pacat kerana kaki kena gigit pacat! Kalau ada bukti bekas gigitan pacat bolehlah daftar di pejabat dan bayar RM5.00 untuk dapat sijil. Memang namanya SIJIL PACAT.
Firdaus & Izzuddin tidak sabar-sabar untuk masuk hutan!
Setelah setengah jam mengharung jalan gravel, kami berhenti di sini untuk pemeriksaan. Setiap pemandu kenderaan dikehendaki turun dan tanda tangan di pintu masuk.
Sebahagian daripada rakan-rakan yang sampai di pintu masuk ke hutan simpan. Perjalanan perlu diteruskan selama setengah jam lagi. |
Kiri kanan hijau!
Anak-anak tidak sabar untuk masuk sungai!
Kami sama-sama sepakat untuk berBBQ. Ada yang bawa sayap ayam, sosej dan ikan.
Bahan-bahan perapan yang hendak dipanggang.
Sanggar Janda |
Walaupun sudah sarapan di Restoran Rumpun Selera, tetapi apabila sampai di hutan rasa lapar pula.
Selain satu balang besar air sirap, turut dibawa juga minuman soft drink.
Bawa empat jenis sos salad: Mayonis Kewpie Mayonis Japanese Style Roasted Sesame Mayo Kewpie Dressing Thousand Island |
Sedapnya! Ada yang bawa kerabu ikan bilis. Sedap sangat ni makan dengan nasi putih. Masnita bawa nasi putih untuk kami.
Selain bakar arang, kalangan lelaki juga bakar tempurung kelapa.
Maklumlah, sudah terbiasa dengan ikhtiar hidup sewaktu berkhemah.
Sementara hidupkan api dan jadikan bara, mari kita lihat di meja. Apa lagi yang ada di sana.
Ada kari ayam dan kari daging.
Perapan ikan yang hendak dipanggang.
Nampak segar betul.
Isinya manis!
Sayap Ayam Panggang
Yang perempuan tidak ketinggalan goreng-menggoreng!
Kambing ini sudah siap diperap dan hanya dipanggang atas kuali leper sahaja.
Ini apa pula?
Nuri dan kawan-kawan sedang kupas pisang nipah.
Katanya ternampak di gerai tepi jalan, terus beli!
Nuri dan kawan-kawan sedang kupas pisang nipah.
Katanya ternampak di gerai tepi jalan, terus beli!
Pisang nipah ini mereka hendak jadikan sanggar pappek.
Setelah dikupas, terus digoreng.
Setelah digoreng, angkat dan toskan.
Kemudian diketuk-ketuk pula sehingga menjadi leper.
Kemudian diketuk-ketuk pula sehingga menjadi leper.
Nuri sedang mengetuk pisang yang baru digoreng.
Kemudian pisang yang sudah leper tadi digoreng semula.
Inilah hasilnya : Sanggar Pappek.
Sepatutnya dimakan dengan sambal tomato, tapi sebab tidak dirancang untuk buat sanggar pappek, jadi makan sajalah dengan sambal kicap yang digunakan untuk makan dengan sayap ayam panggang.
Sanggar Pappek makan dengan sambal kicap. |
Goreng Keropok Lekor |
Jom makan-makan.
Makanlah apa yang ada.
Lepas makan, terjun sungai lagi!
Mencari keselesaan sendiri ketika makan!
Eh, ada lagi yang hendak dimasak!
Sup jagung jangan dilupa.
Firdaus
Firah
Izzuddin
Izzuddin
Menjelang pukul 12.00 tengah hari, kami berangkat pulang dahulu kerana ada urusan keluarga.
Yang lain-lain masih di sana dan diucapkan jutaan terima kasih kerana mengemas hingga bersih.
Perut sudah kenyang.
Hati pun banyak senang.
Video kenangan Berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas. Pinjam daripada Cikgu Johnny.
Terima kasih pinjam gambar dari kamera Cikgu Mustari & Cikgu Johnny. Terima kasih Cikgu Johnny kerana telah berusaha mengatur aktiviti sehingga ke akhir.
21 comments
Sedappnya
BalasPadamBerkelah camni
Mcm2 menu
Ya, lama tak masuk hutan, dengar air sungai mengalir.
PadamSeronok tu geder-geder dengan kawan sekerja di luar rutin harian.
BalasPadamMakanan pun lahaiii.. semua sedap-sedap.
Memang seronok sangat!
PadamJauh dari kesibukan kerja, dan nikmati sepenuhnya udara segar sambil makan-makan.
Macam-macam jenis makanan ada, mau rambang mata nak makan yang mana satu ni 😄
BalasPadamGigih kak Amie siap letak sos salad dalam bekas cantik 👍🏽
Memang banyak pilihan makanan. Semuanya sedap.
PadamSeronok isi sos salad dalam bekas, yang tak suka salad pun cuba makan.
Berkelah kat tempat macam ni memang best ni. Tenang je rasa.
BalasPadamAlhamdulillah
PadamTak ada pacat hihihi.
Errkkkk saya pun penggeli pacat....
PadamBerangkut² masuk hutan dengan kuali dan dapur semua? Salute la... Kak Amie, apa rasa kuih Sanggar Janda tu? Menarik rupanya dan namanya, tentu sedap!
BalasPadamHaaa...yang angkut segala kuali dan dapur tu tak tahulah kerja siapa.
PadamSanggar janda tu sedap, kuih tradisi Bugis. Luarnya ubi dalamnya pisang raja. Disalut dengan kelapa parut.
Ceria betul nampak semuanya
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamBahagia!
Aduhai....rasa nak melompat masuk dalam ini cerita ..seronoknya mandi sungai sambil bbq
BalasPadamJom lompat masuk sungai sekali Mama Cella... sampai kecut-kecut!
PadamMenarik tempatnya, terjaga. Ada banyak aktiviti boleh buat kat sini. Patutlah bayaran dia boleh tahan juga. Kalau ramai-ramai banyak juga modalnya tu. Tapi sesekali why not kan. Kalau mandi manda ni cepat lapar. Tengok pula macam-macam makanan ada. Tambah selera makan bila ramai-ramai begini.
BalasPadamSesekali santai makan-makan bersama rakan ladang memang best!
PadamRasa hendak berlama-lama di sini. Berendam dalam sungai, rasa lapar naik darat dan makan!
Eh ramai betul berkelah kak..seronok nampaknya tu..
BalasPadamSeronok sangat SA.
PadamLama tak berkelah dengan kawan-kawan.
Seruuuuu 😍😍😍. Apalagi ramai2 kesananya ya kak. Makanan grill begini pasti terasa lebih sedap kalo dimakan di alam terbuka 😍😍.
BalasPadamBanyak macam pula..
Saya penasaran dengan sanggar pappek. Pastilah sedap kalo dah berbau pisang.
Tapi agak merinding pas baca yg sijil pacat kak Amie 😅. Saya mending tak dapat sijil, drpd digigit pacat hahahahah. Memang takuuuut sangat dengan hewan satu tuh
Saya pun takut pacat! Saya tidak mahu sengaja digigit pacat untuk dapat sijil.
PadamKebetulannya ada kesan darah di kaki bekas gigitan pacat. Entah bila pacat hinggap di kaki saya. Jadi, saya boleh daftar di pejabat dengan bayaran RM5.00 dan dapat Sijil Pacat.