Kuih Takir Pengubat Rindu Pada Tepung Pelita

7:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu sarapan bersama gang nasi sejuk beberapa hari lepas, Nano bawa kuih takir. Katanya ada orang Sarawak yang tinggal berhampiran kediamannya jual kuih tersebut. Harga sebungkus RM1.50 sen dan disusun empat dalam sebuah bekas dengan harga RM6.00. Nano beli dua bekas. Habis licin kami kerjakan di kantin!

Hari Jumaat Nano tolong belikan kuih takir untuk kami. Ada yang beli sehingga enam bekas. Amie beli dua bekas dengan harga RM12.00. Kuih takir ini dimakan sejuk pun sedap, tak disejukkan pun tetap sedap.

Kuih Takir

Kuih Takir @ Kuih Perahu

Melihat dan menikmati kuih takir, teringat pula kuih tepung pelita. Sekilas pandang, kuih takir seakan-akan kuih tepung pelita, tetapi bukan! Kuih takir juga dikenali dengan nama kuih perahu. Secara tradisinya pembalut kuih takir diperbuat dari daun nipah dan bentuknya memanjang segi empat tepat, dicantumkan dengan lidi dan kelihatan seperti perahu. Bahan adunan kuih takir diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong. Namun begitu, ada juga pembalut Kuih Takir diperbuat daripada daun pandan seperti dalam entri ini.

Bentuk kuih takir lebih panjang berbanding kuih tepung pelita. Tepung pelita terdiri daripada dua lapisan, iaitu bahagian atas dikenali sebagai kepala, diperbuat daripada campuran tepung beras serta santan dan berwarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari adunan tepung beras dan biasanya ditambah jus pandan serta  berwarna kehijauan. Di bahagian bawah sekali diletakkan gula pasir.


Sesetengah orang mengatakan rasa Kuih Takir Sama dengan Tepung Pelita. Namun sebenarnya tetap ada perbezaannya terutama dari segi rasa gula apong dengan gula pasir. Gula apong rasanya lemak-lemak manis. Begitu juga dengan adunan yang digunakan, Kuih Takir hanya selapis tetapi Tepung Pelita dua lapis.


Kuih Takir ini Amie simpan semalaman dalam peti sejuk.
Memang tak cukup sebungkus! Tambah lagi sebungkus dan sebungkus lagi!



Uniknya makanan tradisional di negara kita. 
Semoga kita terus kekalkan sebagai identiti budaya dan bangsa.

13 comments

  1. nak cubalah kuih takir ni camne. pasti sedap kan?

    BalasPadam
  2. tengok pun dah rasa teringin nak cuba..mana tau ada rezeki jumpa kat mana2 kedai kan..bolehlah nak cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari datang Sarawak, terutama bulan puasa. Banyak orang jual kuih takir.

      Padam
  3. Sedapnyaaaa...pernah makan kat Kuching tapi takirnya daripada daun nipah kuning..
    Suka singgaj blog cikgu ..macam macam ada..buat perut lapar la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, resipi original memang gunakan daun nipah.

      Padam
  4. Bila baca bahan-bahan dan kaedahnya, memang berbeza takir dan tepung pelita. Bentuknya sahaja sudah lain tu. Tapi, tentu sukar memilih yang mana lebih sedap sebab kedua-duanya sedap, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh buat pilihan sebab dua-dua sedap jadi kena makan kedua-duanya hihihi.

      Padam
  5. JD teringat puding karamel. Tp kue takir ini dr tepung beras ya. Nampak sedap. Saya sukaaa kue yg begini. Terbayang rasanya saat dimakan dingin 🤤🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh beza rasa dengan puding karamel. Kuih takir dan kuih tepung pelita yang benar-benar original memang sangat sedap.

      Padam
  6. Sedapnya kuih takir ni, memang suka kuih2 yang dibuat dari tepung beras, santan dan gula apong seakan gula melaka walaupun berbeza.

    BalasPadam
  7. Aduhai sedapnya...kat mana plak nak cari kat sini...

    BalasPadam
  8. yg berkedut2 tu buatkan kuih ni nampak lebih enak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe