Rupanya Orang Pakistan Tak Makan Kulit Ayam!
8:24 PTGPerjalanan diteruskan melalui jalan sempit dan memang nampak agak mengerikan kerana van bergerak di atas jalan raya penuh selekoh dan jurang, di atasnya pula 'berbumbung' batu gunung! Kami berdoa semoga tidak akan berlaku sebarang musibah ke atas kami. Maknanya batu gunung benar-benar menjadi 'bumbung' sementara van bergerak di bawahnya! Dan terjadilah satu peristiwa yang sangat mengecutkan perut apabila kami melihat di tepi jurang berderet-deret kenderaan berada di situ. Kenapa agaknya? Rupanya mereka sedang mengelak dari terkena batu- batu sebesar penumbuk yang sedang berjatuhan dari 'bumbung' tadi. Ada yang sedang mengangkat batu yang terjatuh dari gunung. Mumtaz Khan memperlahan van. Tidak dapat dibayangkan betapa ngerinya saat itu sekiranya ada batu jatuh di atas van kami. Kalau boleh hendak pejamkan mata sahaja.
Tiba-tiba Mumtaz Khan menekan minyak dan van terus meluncur laju. Kami terdengar pemandu kenderaan yang berhenti di tepi jalan berteriak melihat van kami terus bergerak ke hadapan. Satu.... dua saat kemudian batu sebesar penumbuk jatuh tepat di hadapan van kami. Apalagi! kami pun berteriak sekuat-kuatnya!
Ayam yang dijual sudah dibuang kulit. |
Makanannya pun tersendiri, ayam tanpa kulit.
Wah, mereka ada identiti. Mereka ada jati diri.
Gilgit pernah menjadi pusat utama bagi agama Buddha dan merupakan perhentian penting di Jalan Sutera Purba. Hari ini Gilgit berfungsi sebagai persimpangan utama di sepanjang Lebuhraya Karakoram dengan sambungan jalan ke China serta bandar-bandar Pakistan Skardu, Chitral, Peshawar dan Islamabad. Pada masa ini, Gilgit berfungsi sebagai stesen sempadan untuk kawasan puak tempatan. Aktiviti ekonomi bandar ini tertumpu terutamanya pada pertanian, dengan gandum, jagung, dan barli sebagai tanaman utama yang dihasilkan
0 comments