Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih

1:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa datang berkunjung dan memeriahkan dapur maya Amie. Tanpa kehadiran kalian, siapalah Amie's Little Kitchen kan? 

Hari ini Amie luangkan masa masuk dapur, memasak untuk hidangan tengah hari. Keluarkan apa yang ada dalam peti sejuk untuk diolah. Jumpa baki umbut kelapa sawit, ikan tilapia, dan udang galah.Umbut kelapa sawit itu Amie masak lemak putih, bubuh isi ikan kembung pelaling. Ikan tilapia pula Amie goreng garam kunyit manakala udang galah Amie ambil tujuh ekor, dan goreng berempah.

Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih

Hidangan Tengah Hari



Dalam dulang hidangan ada:
  • Nasi Putih
  • Ikan Tilapia Goreng
  • Udang Galah Goreng Berempah
  • Sayur Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih
  • Sambal Belacan
  • Limau Madu

Limau Madu

Umbuk Kelapa Sawit Masak Lemak Putih

Ikan Tilapia Goreng

Udang Goreng Berempah

Sambal Belacan

Nasi Putih


Kali ini Amie masak umbut campur dengan isi ikan pelaling tumbuk. Biasanya tambahkan ikan bilis atau udang kering. Mana-mana pun sedap. Oleh kerana ada Firdaus di rumah, jadi minta bantuannya pisahkan isi ikan dengan kepala dan tulang. Suka sangatlah budak itu menolong di dapur! Amie tambahkan lada hitam tumbuk, jadi naiklah aroma masakan lemak!

Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih
Bahan-bahan:
  • 700 gram umbut kelapa sawit - hiris / potong ikut saiz yang dikehendaki
  • 1 cawan isi ikan kembung pelaling - rebus - buang tulang - tumbuk
  • 1 cawan suhun yang sudah direndam
  • 1 batang cili merah - hiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara memasak:
  1. Rebus umbut kelapa sawit hingga empuk - toskan.
  2. Masukkan umbut kelapa sawit ke dalam periuk. Tuangkan santan cair.
  3. Kemudian masukkan bahan tumbuk, serai, cili merah dan isi ikan kembung pelaling tumbuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih.
  5. Kemudian masukkan santan pekat, suhun, garam / gula / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali, dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, padamkan api dapur.
Bismillah

Waktu zuhur di Lahad Datu pada pukul 11:56 pagi (tengah hari). Sebelum masuk waktu, kami sudah selesai makan tengah hari. Alhamdulillah.

6 comments

  1. Sedapnya menu lunch amie. Umbut tu paling rare susah nak jumpa. Kalau ada kenduri kampung ada la menu macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang susah nak dapat umbut kelapa. Dapat umbut kelapa sawit pun jadilah.

      Padam
  2. Kalau sy dapat lauk macam ni, memang lupa dah apa itu suku suku separuh, Kak Amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheee... lupakan dulu DSSS tu SK. Mari kita kasi bocor periuk.

      Padam
  3. Penasaran pula umbut kelapa sawit seperti apa bentuknya 😅. Nanti nak searching

    BalasPadam
  4. Belum pernah masak lemak letak isi ikan, lepas ni nak try lah.
    Biasa tumbukkan ikan bilis atau udang kering je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe