Rasa Nak Menangis Melihat Orang Kampungku Kongsi Gambar Cendawan Busut!
2:43 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi terpandang orang kampung kami di FB: GROUP 5 BUAH KAMPUNG kongsikan gambar cendawan busut menepati seperti peribahasa 'cendawan tumbuh selepas hujan'! Empunya cendawan busut membuka pesanan dengan harga RM28.00 sekilogram. Katanya lagi, cendawan busut hanya tinggal 10 kilogram sahaja.
Kredit : Mohamad Shahrizam |
Video menunjukkan banyaknya cendawan busut boleh tonton di sini: Mohamad Shahrizam
Tadi, terpandang lagi cendawan busut di GROUP 5 BUAH KAMPUNG kami. Kali ini tuan punya cendawan busut, Nor Hamisah Wahed membuka jualan dengan harga RM25.00 sekilo dan cas penghantaran akan dikenakan mengikut tempat masing-masing.
Kredit : Nor Hamisah Wahed |
Boleh melawat ke FB : Nor Hamisah Wahed
Untuk kembali ke zaman dan suasana begini, mungkin hanya dalam mimpi.
Bulan Mei 2024 lalu waktu kita berjalan dari rumah Bonda ke rumah Adik Chah lebih kurang 100 meter jaraknya, kita terpandang cendawana busut tumbuh di celah-celah semak bawah pokok pisang. Kita pun berteriak kegirangan sampai Bonda terkejut! Kita kata ada cendawan busut. Apabila Bonda dan Adik Chah sampai ke tempat kita, mereka kata itu cendawan ular! Cendawan jenis beracun.
Aduhai.... entah berapa puluh tahun tak pernah merasa lagi cendawan busut! Rasa nak nangis pula sebab rindu nak makan cendawan busut....uwwaaaaa ngada-ngadanya macam orang mengidamlah pulak. Kenapalah cendawana busut sedap sangat? Dulu-dulu kalau jumpa cendawan busut, orang kampung kami panggil cendawan busut itu ayam! Mungkin disebabkan rasanya yang sangat sedap itu.
Ikut pesanan Mama Cella, kena selalu berzikir. In syaa Allah suatu hari nanti dapat juga makan cendawan busut.
6 comments
wow kemain harganya ye kak..permintaan tinggi agaknya tu..saya pun rasanya last makan zaman budak-budak dulu
BalasPadamMungkin susah nak dapat cendawan busut. Memang orang akan berebut nak beli.
PadamKat kampung SA pun banyak kak..pernah sekali dapat amik..sebesen besar jugak..tumbuh di simpang nak masuk rumah kampung..Dania nampak..katanya banyaknya bunga putih2..sekali SAa toleh PZ terus stop kan kereta berlari2 kami pergi kutip..banyak betul..itu la sekali..lepas tu x pernah jumpa dah
BalasPadamsedapnya...kalau goreng tu memang rasa ayam lah...hihihi...susah nak jumpa dah sekarang, mungkin sebab tu harga mahal...sejenis cendawan kalau dah nampak dia, pembesarannya terbantut...yang linda tau lah...hihihi...sebab kalau dah nampak, mak suruh kutip je...tak payah biarkan
BalasPadambanyaknya... saya pun dah dekat 20 tahun tak jumpa cendawan busut ni
BalasPadamTak pernah cuba lagi makan cendawan busut
BalasPadam