Menjamu Selera Nasi Briyani di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan Lahad Datu
9:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Di tengah-tengah hujan lebat, kami singgah makan di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan, Lahad Datu. Ini gara-gara tidak habis-habis menulis entri tentang Pakistan, jadi terindu-rindu pula makanan di sana yang sedap-sedap belaka! Hari ini sekali lagi dapatlah menuai rindu dengan menjamu selera nasi briyani di sini.
Di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan ini, nasi briyani hanya ditawarkan sekali seminggu sahaja iaitu pada hari Jumaat. Ramailah yang datang ke sini untuk makan nasi briyani. Tuan punya restoran pun agak lama tidak kelihatan. Terakhir jumpa dan sembang dengan Encik Suami sebelum Amie terbang ke Pakistan pada 15 September 2024 lalu. Dia beritahu akan balik ke kampung halamannya di Pakistan pada 24 September 2024.
Biasanya nasi dan lauk dicampur dalam satu pinggan, tapi kali ini datang asing-asing pula. Kami memesan nasi briyani lauk:
- Ayam Goreng Pakistan
- Mutton Karahi
- Daging Rush
Nasi Briyani |
Setelah balik dari Pakistan, mulalah belek-belek Ayam Goreng Pakistan! Memang benarlah, kulit ayam dibuang sebelum diolah.
Tengok depan belakang, memang rupa ayam togel yang sama di gerai ayam di sana.
Walaupun ayam goreng tanpa kulit, tapi tetap sedap dengan salutan rempahnya.
Mutton Karahi |
Walaupun sudah memesan lauk Mutton Karahi, tapi pesan lagi lauk tambahan iaitu Daging Rush. Dalam gambar yang terpampang di dinding namanya Daging Rush. Dagingnya lembut dan rasanya sangat sempurna, ditambah dengan kentang yang masih berkulit. Eh, ayam dibuang kulit tapi kentang tak dikupas pula... ahaks!
Daging Rush |
Sup Kosong |
Untuk memenuhi citarasa tempatan, disediakan juga sup kosong dengan perahan limau kasturi.
Teh Pakistani |
Encik Suami dengan Teh Pakistani berpisah tiada. Kita pun apa kurangnya. Ikut sajalah selera dia.
Gambar atas merupakan antara menu yang ada di sini.
Gambar makanan tempatan di letak di bahagian bawah.
Pelanggan yang datang ke sini lebih kepada memilih masakan Pakistan.
7 comments
wahhh,sedapnyaa kak :)
BalasPadamJemput Cik Nadya.
PadamPunyalah rindu dengan Pakistan ya, Kak Amie. Sy pun terliur tengok nasi dan luk-pauknya tu.
BalasPadamYa, rindu makanan Pakistan. Syukur ada Kedai Makan Pakistan Nasir Khan.
PadamDi jakarta saya belum ketemu yg restoran Pakistan. Kebanyakan arab. Oh jadi owner-nya juga orang Pakistan ya kak Amie. Jadi yakin masakannya cukup otentik yg dijual 😉
BalasPadamDi Malaysia banyak orang Pakistan dan India yang buka kedai makan. Begitu juga orang Arab. Banyak pilihan untuk menjamu selera.
PadamLapar terus perut SA tengok makanan ni semua...
BalasPadam