Nenda Hamzah Disangka Murid Sekolah
6:48 PTGDua minggu lepas sibuk mencari pakaian seragam pengakap laut. Dua hari kita selongkar semua almari dan semua lipatan kain. Mana tahu ada terselit. Setelah puas mencari dan tidak jumpa, kita tanya Encik Suami : Ada tak ternampak pakaian seragam pengakap laut kita?
Adapun sejak PKP kita berjaya turunkan berat badan sebanyak 14 kilogram.
Cerita tentang pakaian seragam unit beruniform pengakap laut ini kita beli yang baharu dengan saiz yang berbeza berbanding dahulu. Alhamdulillah sampai ke tangan sebelum tiba Hari Apresiasi Kokurikulum. Oleh kerana sudah agak lama tidak memakai pakaian ini, jadi sampai di sekolah ramai rakan yang tidak perasan. Apabila kita tegur, terkejut pula melihat kita. Mereka sangka kita murid sekolah. Maklumlah kita pakai topi, dan kalau nampak dari belakang memang tidak kenal. Di kantin, sewaktu kita duduk sarapan kita tegur seseorang tapi dia hanya menjawab salam dan melihat kita sekali imbas. Kemudian apabila berjumpa di pusat sumber, barulah dia minta maaf: Di kantin tadi aku sangka kenapa budak sekolah ini duduk di meja guru. Rupanya engko!
Dan tidak kurang juga yang kata : Comelnya!
Aduhai... memang rasa kembang setempayan jugalah sepanjang pagi ini. Maklumlah sudah nenek-nenek disangka budak sekolah!
15 comments
Turun 14 kilo masa PKP.. banyak tu turun..
BalasPadamBermula dari waktu PKP, sampai sekarang turun 14 kg. Turun perlahan-lahan.
PadamAda erk pengakap laut.
BalasPadamWak dulu2 sekolah masuk pengakap darat.
Ada Wak.
PadamAda Pengakap dan Pengakap Laut.
Hihihi.. amboi, memang kembanglah Kak Amie. Tapi betul, omey angat Kak Amie!
BalasPadamHooohoohihii....
PadamNampak remaja 🥰
BalasPadamMungkin badan kecil dan rendang macam saiz anak-anak murid.
PadamMemang nampak remaja..
BalasPadamOh,ada pengakap laut rupanya Apa perbezaan pengakap laut ni cikgu?
Pengakap biasa lebih kepada memberi ilmu tentang survival di hutan.
PadamPengakap Laut ditambah dengan ilmu yang melibatkan kelautan atau aktiviti air. Kalau di sekolah menengah rendah mereka ialah Pengakap Muda Laut. Peringkat menengah atas pula Pengakap Remaja Laut.
alahaiii. comelnyaaaa ^^
BalasPadamHeheheee...
PadamHuiii kagum...14kg hilang masa PKP...SA makin naik adalah..haha
BalasPadamDari semenjak PKP mula turunkan berat badan perlahan-lahan. Alhamdulillah turun 14 kilogram. Harap akan terus turun untuk capai berat ideal.
PadamHahahahah untung kak Amie foto dengan uniformnya . Ada bayangan bagi saya jadinya. Baguuus kak, pakai topi pula. Memang lah JD macam anak sekolah kalo sepintas pandang 😄
BalasPadam