Hendak ke Hussaini Suspension Bridge Tapi Menyinggah Dulu di Kebun Epal & Pear!

3:22 PTG

 Bismillahirrahmanirrahim.

Di antara jumlah 600,000 jambatan di dunia, adakah anda tahu yang mana satu yang paling berbahaya? Jambatan Hussaini dianggap sebagai salah satu jambatan gantung yang paling berbahaya dan terpanjang di dunia. Selain itu, jambatan tersebut merupakan salah satu daripada banyak jambatan tali yang kompleks di kawasan Utara Pakistan.
Sebaik sahaja kita melihatnya, sukar untuk mempercayai bahawa jambatan sedemikian wujud untuk tujuan berulang-alik dalam era teknologi hari ini. Namun lama kelamaan, jambatan gantung ini telah menjadi tarikan pelancong yang popular bagi mereka yang gemarkan pengembaraan dan inginkan adrenalin. 
Jambatan Hussaini terletak di Upper Hunza, Lembah Gojal, dan menghubungkan kampung Hussaini dengan seluruh wilayah itu. Ia diperbuat daripada papan kayu dan tergantung hampir 100 kaki di atas Tasik Borit. Condong di kedua-dua belah dan sangat curam, dan ia adalah pengalaman yang menakutkan untuk melihat ke bawah semasa melintasi jambatan. Jambatan tersebut sering dilanggar oleh angin kencang dan hujan, yang menjadikannya lebih berbahaya.
Walaupun kelihatan menakutkan, namun Jambatan Hussaini dilalui oleh penduduk tempatan dan pelancong setiap hari. Jika hendak merancang untuk melawat tempat ini, datanglah ke sana pada musim panas, kerana jambatan itu sering dilitupi salji dan menjadi licin pada musim sejuk.


Perjalanan dari van menuju ke Jambatan Hussaini dijangkakan memakan masa selama 15 minit. Itu pun kalau kaki tidak gatal untuk singgah di tempat tertentu seperti kedai pakaian, kedai buah-buahan kering dan kekacang, madu dan  buah-buahan segar.
Oleh kerana kaki kami tidak patuh arahan, maka agak lambatlah sampai ke jambatan tersebut. Apalagi apabila dipelawa oleh penduduk di situ untuk masuk ke kebun epalnya!

Buah epal di atas pokok.


Di sinilah pintu masuk ke Hussaini Suspension Bridge. Tak sangka rupanya dari jambatan tersebut boleh melihat Gunung Daik Bercabang-cabang nun di sana, dan di belakangnya itu pula terdapat gunung yang diselimuti salji!



Suasana di kiri kanan jalan sewaktu menuju ke jambatan.


Wah, ada Yak Burger! Apabila disebut tentang yak, teringat sewaktu sarapan pagi di Pergunungan Dampus, Nepal kami makan pizza topping keju yak. Yak ialah sejenis lembu ternakan berbulu panjang dan banyak terdapat di wilayah Himalaya terutama di Gilgit-Baltistan (Kashmir-Pakistan), Sikkim (India), Nepal, Dataran Tinggi Tibet, Tajikistan, Mongolia dan Siberia.

Buah Pear @ Pir Pakistan

Kita terpikat dengan pear @ pir yang kecil comel serta berwarna hijau tua ini. Kita beli sekilogram dengan harga 400 RP. Menyesal pula tak beli banyak sebab rasanya berbeza dengan pear yang kawan-kawan petik di pokok! Pear ini lebih rangup dan manis. Sempat sorok dua biji dalam beg bawa pulang ke LD.

Buah epal segar.


Pokok di hujung tembok itu ialah pokok pear. Kita berlari ke situ untuk tangkap gambar. Dari jauh kita sangka pokok epal hijau! Lebat sangat buahnya.


Kawan-kawan sudah jauh ke hadapan menuruni jalan menuju ke tebing Jambatan Hussaini.



Liza tunggu kita untuk ambil gambar tumbuh-tumbuhan di situ.





Ambillah juga beberapa keping gambar tumbuhan di sini.



Wokey....kokey!
Coming...comingggg!


Kalau banyak masa mungkin boleh belek-belek baju dan pashmina di sini.


Sempat juga melihat-lihat kekacang, madu dan jem tapi tak beli. Kawan-kawan yang lain beli.


Apabila masuk di kedai ini, kami dipelawa untuk ke bahagian belakang. Rupanya tuan punya kedai memiliki kebun epal dan pear.


Seronoknya kami ketika itu kerana dapat masuk kebun epal!


Ini video buah epal.




Teruja sungguh melihat buah pear yang sangat lebat!
Betul-betul gaya biri-biri masuk kebun.... ahaks!

Kita belanja video buah pear ya!


Pada mulanya memang rasa sangat seronok melihat buah pear yang diawalnya disangkakan buah epal hijau. Rasa seronok menjadi beronok-ronok pula apabila dibenarkan petik buah pear tapi seorang boleh petik sebiji saja. Sebiji pun sebijilah. Janji dapat petik!


Oleh sebab tersinggah di kebun epal dan pear, jadi lambatlah sikit hendak sampai ke Hussaini Suspension Bridge. 

14 comments

  1. Geramnya tengok buah pear dan epal di pokok-pokok tu… lebat-lebat buahnya

    BalasPadam
  2. Puas cari gambar jambatan gantung.. Takde pun.. Ada sambungan ke? hehe

    BalasPadam
  3. Lawa sungguh pemandangan Gunung Daik Bercabang tu...
    Berliku2 perjalanan nak sampai ke Suspension Bridge tu... Hihihi

    BalasPadam
  4. Ya Allahhhhh.. kita ni dahlah tak sabar nak tengok tahap keseraman jambatan tu, boleh pulak dia singgah petik² buah 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  5. Baru tengok di IG ada kenalan dah smpai ke Hussaini Bridge ni.. buka blog sini.. pun cerita pasal bridge ni juga.. macam nak suh pergi juga ni hahaha :D

    BalasPadam
  6. Tiba-tiba membayangkan kalau mkn epal terus dari pokok.. mesti fresh dan macam mana lah rasanya :D

    BalasPadam
  7. Saya penasaraaaan sangat seperti apa rasa apel dan pear nya 😍😍😍😍. Kapan lah bisa ke Pakistan ini yaa. Memang semua cerita ttg Pakistan, hanya yg bagus2 yg saya baca 👍👍

    BalasPadam
  8. wah, buah epal dia lagi nampak sedapppp

    BalasPadam
  9. Bestnya Kak! Dapat petik bush direct dari pokok. Yg membaca ni pun tumpang excited 😁

    BalasPadam
  10. Geram pulak nengok epal dan pear atas pokok tu.. rasa nak petik masuk kat kantung baju (macam kanak-kanak angkat bawah baju).
    Walau hanya sebiji dibenarkan petik pun dah best sangat tu!

    BalasPadam
  11. Aduhaiiiiii amie terujanya saya kalau dapat masuk ladang epal dengan buah pear rasa nak panjat pokok tak nak turun. Kedekutnya boleh petik sebiji je. Dia buat jualan kut tu yang boleh sebiji je petik.

    BalasPadam
  12. kalau sy pun teruja jg dpt petik wpn sebiji
    almaklum laa kt sini xde pokok pear...
    kalau bli kat sini bleh dpt murah x kak?

    BalasPadam
  13. seronoknya ada pokok pear dan epal..alahai sebiji je boleh petik...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe