Jalan-Jalan Cari Sarapan di Warung Al Amin
11:29 PGBismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari lepas berangan-angan hendak sarapan tosei dengan kari kambing di kedai mamak. Pagi tadi bermalas-malas sahaja, rasa hendak sambung tidur. Encik Suami ajak sarapan pula di Warung Al Amin. Walaupun warung tidaklah jauh dari rumah tapi hendak bersiap itulah yang hendak diambilkira. Jadi, memakai pakaian seadanya dan pakai tudung sarung saja. Sampai di warung hampir pukul tujuh pagi. Oh, nampak sebuah meja kosong. Cepat-cepat kami suruh Firdaus duduk di situ sementara kami mengambil makanan.
Sarapan kami: Encik Suami - Kuetiaw Goreng & Telur Mata Amie - Bihun Goreng & Tauhu Berlauk Firdaus - Nasi Kuning & Ayam Goreng 3 Gelas Minuman Panas Total : RM16.00. |
Semoga dipermudahkan urusan Warung Al Amin beroperasi dengan mengekalkan harga murah dan mampu beli semua pelanggan! Makanan dan kuih-muih yang disajikan setiap pagi pun pelbagai.
Barongko |
Lain kali kita hendak beli kuih barongko, sejenis dessert yang diperbuat daripada pisang dan santan serta gula. Kuih barongko merupakan kuih tradisonal masyarakat Bugis. Untuk rasa lebih enak, simpan dahulu dalam peti sejuk.
Ada ubi goreng dan lepat ubi.
Ada apam kampung & kuih nagasari.
Kuih beroncong @ broncong. |
Nampaknya kuih broncong menjadi pilihan ramai pelanggan. Nampak hanya tinggal sebahagian kecil sahaja di dalam bekasnya. Ada yang panggil kuih beroncong atau buroncong. Ada juga yang sebut kuih pukis dan kuih pancung.
Kuih Sawalla @ Sawallah. |
Tauhu Berlauk |
Kita makan bihun goreng dengan tauhu berlauk. Sedaplah pula tauhu berlauk. Lain kali kalau ada lagi tauhu berlauk, kita hendak rata begitu sahaja, tak perlu tambah bihun atau lain-lain. Ratah sahaja 6-7 biji atau ambil seberapa biji cecah dengan sambal kicap dan makan sampai kenyang.
Soto Ayam - RM6.00 |
Kita minta Encik Suami belikan Soto Ayam, Mi Kari dan Sanggara' Balanda @ Sanggara Talemme' @ Pisang Talemme'. Harga yang ditawarkan di sini sangat murah ya. Di warung ini saja tau. Kalau tempat lain, kena keluarkan belanja lebih!
Mi Kari Udang RM8.00 |
Pisang Talemme' - RM6.00 |
Pisang Talemme' @ Sanggara' Balanda @ Sanggara' Talemme' juga merupakan salah satu kuih tradisional Bugis. Diperbuat daripada pisang raja yang masak, digoreng dan kemudian angkat. Celup ke dalam adunan telur dan digoreng semula. Setelah ditoskan, belah pisang tadi jangan sampai putus. Kemudian isi bahan berupa kacang cincang yang telah digaul dengan marjerin / mentega serta gula pasir. Kalau di rumah biras (keturunan Bugis), biasanya akan tuang air gula di atas sanggara' balanda ini.
Rakan-rakan sarapan apa pagi ini?
1 comments
murahnya. banyak pilihan pulak tu. rambang mata nak pilih ni.
BalasPadam