Sarapan di Kaki Gunung - Lembah Hunza
10:09 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kita sambung entri jalan-jalan ke Paskistan.
Tarikh : 18 September 2024
Hari : Rabu
Waktu : 7:00 pagi
Sarapan di Tajine - Best Western Premier Hotel - Hunza |
Sekarang semua sudah bersedia untuk memulakan aktiviti di Hunza. Semua sudah berehat walaupun hanya beberapa jam.
Kita pakai baju baharu yang dibeli di Karimabad Bazaar. Baju sahaja, harga RM60.00 duit kita. Free saiz. Kebetulan bawa sepasang baju warna ungu, jadi pakai baju Pakistan, padankan dengan seluar ungu yang kita bawa. Bergaya dengan pashmina... ahaks!
Jom turun ke dewan makan.
Tempat makan pun nampak santai, apalagi ada pemandangan gunung di sebelahnya.
Terlupa untuk ambil gambar hidangan pagi, tapi sempat pula ambil video di bawah ini. Kebetulan pula Liza bawa Sambal Nyet Khairul Aming. Jadi, letaklah sambal itu di situ.
Kongsi video sarapan di Best Western Premier Hunza
Ini sarapan yang kita ambil.
Ada roti naan dan lauk-pauknya.
Ambil telur rebus dan tembikai.
Cukuplah makan sepiring - ada omellete, ada kari ayam, ada potato masala dan sedikit hirisan tomato serta bawang dan timun. |
Jangan lupa tulis komen. |
Sejuk-sejuk manja di pagi hari di Hunza.
2 comments
Cantiknya permandangan yang disajikan tepi hotel tu. Tak berkelip mata memandang. Cantik sangat!
BalasPadamCantiknya pemandangan ketika bersarapan tu . Tapi, mesti tak dapat berlama2 kan, nak berjalan lagi tu, ke mana pula agaknya?
BalasPadam