Makan Malam di Hispar Hotel Skardu Pukul 23:58.
8:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Patutlah tour guide kami, Encik Mudassir ambil keputusan tidak akan singgah Gilgit dan meneruskan perjalanan ke Skardu. Rupanya jauh juga untuk sampai ke sana. Apa boleh buatlah, sebab hendak baiki van jadi terpaksa juga singgah di Gilgit!
Dalam van memanglah hanya tidur saja dan sudah tentu rasa kurang selesa apabila terpaksa buka mata setelah van sampai ke tempat penginapan. Memandangkan sudah lewat malam, jadi kami dijemput makan malam dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik hotel.
Ketika kamu duduk di meja makan, jam sudah menunjukkan pukul 23.58 malam! Hanya dua minit sahaja lagi ke pukul 12 tengah malam waktu tempatan. Waktu di negara kita sudah menghampiri pukul 3 pagi! Dan nampaknya memang kami benar-benar menghadap 'sahur'!
Makan malam di Hispar Hotel. |
Makan malam kami disajikan panas secara hidang atas meja.
Sekali lagi kawan-kawan kata makan malam dengan nasi goreng!
Isshhh... tak kanlah setiap kali makan, asyik dihidangkan nasi goreng saja. Rasanya bukan nasi goreng sebab tidak ada rasa 'digoreng'. Nampak seperti nasi goreng kerana ada aksesorinya seperti lobak merah.
Nantilah kita study tentang jenis-jenis nasi Pakistan. Harap-harap dapatlah datang lagi ke Paskistan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa seperti kami sekarang. Tarikan utamanya sudah tentulah makanan di Pakistan sedap-sedap belaka!
Sedap sup ini. Hirup panas-panas, menambah lagi dalam mangkuk. Mata yang susah hendak celik, terbukalah sikit-sikit. Tapi tak ingat sup apa!
Ayam! Ayam tanpa kulit: Paskistani Roast Chicken Style.
Salad |
Pakistani Mixed Pickle |
Pakistani Pakoras |
Roti Paratha sudah siap disapu sos / inti. |
Angel Hair |
Selamat bersahur!
Kita hanya jamah sedikit sahaja makanan untuk alas perut.
Sudah tentu suka sangat apabila diberi pilihan untuk hirup secawan teh panas.
Kita tolak chai / teh masala.
Terima kasihlah kepada yang tolong rakam gambar orang mengantuk! Mata sudah bengkak sebab asyik pejam celik dalam van. Tudung pun sudah herot-herot!
Tak sabar hendak masuk bilik!
0 comments