Wak Aton Belanja Jom Makan Set A di SR
8:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita tanya Wak Aton, adakaah hari Jumaat Wak Aton kerja? Wak Aton tanya, kita hendak ke mana? Nanti dia ambil cuti. Dia ajak kita jalan-jalan ke KL. Perjalanan dari kampung memakan masa selama satu jam sahaja. Pukul sembilan pagi kami sudah sampai ke SOGO. Wak Aton letak kereta di situ, dan kami jalan-jalan di sekitar. Masuk kedai ke luar kedai. Mencari dan membeli apa yang patut. Dan apabila perut berasa lapar, kami masuk ke SR. di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Kami memilih Set A untuk dua orang.
Iced Plum Lime |
Mushroom Soup |
Garlic Herb Roll |
Baked Lasagne (Beef) |
Vietnam Beef Noodle |
Terima kasih Wak Aton.
Tapi, kali ini kita sangat terasa, sikap Wak Aton sangat berbeza berbanding dahulu. Wak Aton kurang cergas. Pergerakannya sangat perlahan. Makan pun tidak nampak berselera. Perlahan-lahan Wak Aton cerita, Wak Aton akhir-akhir ini kurang sihat. Apabila seorang kakak yang sangat rapat dengan adik dari kecil hingga dewasa, sudah tentulah ibarat cubit peha kanan terasa peha kiri.
Semoga Wak Aton kembali sihat seperti dahulu.
1 comments
Girls day out lah tadi ya. Walau Wak Aton kurang sihat tapi masih boleh memandu lagi ke KL. Rasa Wak Aton guna hiway DASH itu yang sejam boleh sampai.Semoga Wak Aton kembali cergas.
BalasPadam