Jalan-Jalan Cari Makan di Tawau

9:50 PTG

Assalamualaikum buat semua pengunjung dapur kecil ini.
Dan selamat bercuti...hiks! Cuti sekolah wei!
Ada sesiapa merancang nak jalan-jalan ke Sabah? Kalau singgah di Tawau, bolehlah kenal-kenal dengan makanan tradisi di sini. Inilah kesempatan untuk kita mengenali pelbagai jenis masakan selain dari yang kita hadap setiap hari.
Jadi, sementara menunggu jam 9 malam, nak ambil Fairuz yang nanti tiba dari Tawau, Amie kongsikan serba sedikit tentang makanan yang patut dicuba sekiranya ada yang 'tersesat' di Tawau.

 Salah satu menu tradisional ialah Coto Makassar. Makanlah puas-puas Coto Makassar ya... Amie sarankan kepada anda yang suka mencuba menu yang pelbagai. Coto Makassar ini mempunyai rasanya yang tersndiri. Jangan silap tau... ia bukan jenis yang sama dengan soto yang biasa kita makan tu!

Coto Makassar ini merupakan sup berkuah yang agak pekat. Terdapat pelbagai pilihan sama ada nak pilih coto ayam, daging lembu, organ dalam seperti limpa dan juga perut serta urat. Biasanya dihidangkan dengan sepinggan nasi. Kalau tak mahu nasi, boleh makan dengan nasi himpit, ketupat atau buras. Nak tahu lebih lanjut tentang kepelbagaian Coto Makassar ini boleh klik di sini ya : MAKAN COTO MAKASSAR DI WARUNG.

Coto Makassar ini katanya berasal dari daerah Sulawesi. Walaupun ia merupakan masakan tradisional masyarakat Bugis, tapi apa salahnya kita mencuba! Rugi kalau tak cuba. Tak tahu rasanya, sedap atau sebaliknya! Yang penting bagi Amie, masakan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kalau anda sudah biasa menikmati coto ini di pelbagai tempat, tentu anda boleh membezakan rasanya. Coto Makassar yang lazat sudah tentunya menampilkan rasa sup yang lengkap dengan rasa lengkuas, ketumbar, jintan , serai, serta rempah ratus lain. Dan yang pastinya, supnya kelihatan pekat oleh campuran kacang tanah goreng yang dikisar!
Jangan lupa tambahkan perahan jus limau kasturi atau limau nipis, dan juga sambal!
 
Kalau singgah di Pasar Tanjung untuk membeli belah, jangan lupa naik tangga terus ke atas. Di situ anda akan temui banyak warung yang menghidangkan pelbagai jenis masakan tradisional termasuk Coto Makassar!

Antara kedai makan yang menyajikan Coto Makassar yang pernah Amie kunjungi termasuklah Soto Ayamku. Kedai ini terletak di Jalan Guru, berhampiran dengan SMK Tawau.

Kalau di sini, harga semangkuk Coto Makassar yang Amie pesan ialah RM6.50 sen. Boleh rujuk gambar di atas untuk lebih lanjut. Lain kali Amie nak makan di sini lagi, nak order Coto Makassar Campur pulak sebab makan coto di sini sedap! 

Yang di bawah ini pula, Coto Makassar yang kami pernah makan di sebuah restoran di bandar Tawau.

Sedap pada pengertian kita selalunya berbeza. Ada kalanya Coto Makassar yang dihidangkan itu tidak panas, mungkin ketika pelanggan datang baru dipanaskan dan belum sempat mendidih sudah cepat-cepat dihidangkan. Bagi Amie coto yang menepati citarasa ialah kuahnya pekat, panas, lengkap dengan rasa rempahnya,  limau kasturi dan juga sambal. Ini sekadar panduan sahaja, sebab sedap tak sedap itu pada deria rasa masing-masing.

Kalau anda menginap di hotel seperti Heritage, atau King Park, jangan risau kalau nak cari makan!


Semua hotel ni dekat-dekat saja. Nak jalan cari makan pun senang. Jalan kaki saja, tak payah bawa kereta sebab nak cari tempat parking pun masalah juga...ahaks!

Ada sebuah kedai makan yang sedap juga di kawasan ini. Ia terletak betul-betul berhadapan dengan Hotel Heritage dan Hotel Prince. Sebelahnya Hotel Shervinton. Datanglah ke sini, ke Wangi Chicken Rice.



Makan di sini memang sedap, dan harganya juga berpatutan selain servicenya yang cepat. Boleh pilih pelbagai jenis menu. Banyak kali Amie makan di sini dan paling suka suka order nasi ayam stim. Paling sedap sudah tentulah sambalnya! Kami selalu minta tambah!



 Nampak macam comot sikit, tapi tak dapat mengalahkan rasanya!

Banyak kedai makan atau restoran yang menawarkan hidangan seafood. Kalau anda tidak kisah bolehlah masuk mana-mana restoran yang dimiliki oleh pengusaha Cina, tetapi pekerjanya Muslim. Itu kalau anda tak kisah. Tapi kalau kisah... boleh datang ke sini: Telaga Indah Cafe. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Hotel Indah Cafe, berhampiran dengan Dewan Masyarakat Tawau, dan dekat juga dekat Bus Stand Tawau.

Sekadar nak rasa kerang sebab dah lama tak makan! Tapi isi kerang ni lain sedikit berbanding kerang yang biasa kita makan. Mungkin kulitnya terlalu besar, isinya tak seberapa nak ada. Kulit kerang yang tak terbuka tu, bila Encik Suami cuba kopek, tak sebiji pun yang boleh terbuka!

 Sotong.

 Udang.

Ketam goreng telur masin ini sangat sedap! Kalau nak puas makan ketam, elok ratah saja! Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Selain menu shellout, ada lagi hidangan lain. Kami makan bertiga, jadi pilih menu shellout harga RM60. Amie minta tambah kerang dan juga cendol. Semuanya berharga RM78.50 sen. 


Ini ada lagi satu tempat makan berhampiran dengan Hotel MB. Dekat juga dengan Hotel King Park dan Hotel Marco Polo. Restoran Borneo Ikan Bakar ni nampak lengang dan santai. Banyak tempat duduk di bahagian luar dan dalam restoran.

Malam tu tak banyak pilihan makanan laut yang ada, jadi rata-rata kami pesan menu segera seperti kuey teow goreng. 



 Ini pesanan Zaiton... daging!

 Ikan siakap masak kam heong, Amie kongsi dengan Vianey!


Ikan, udang, kerang dan lain-lain boleh dipilih sendiri. Semuanya di dalam freezer di luar restoran.

Kalau anda menginap di Hotel Marco Polo, boleh jalan ke belakang sedikit, jumpalah dengan Restoran Tenang Thai. Banyak makanan laut di sini, dan cara pesan pun sama seperti kebanyakn restoran yang menawarkan hidangan seafood.

 Kami sempat makan di sini, nak rasa Mee Hong Kong.

 .. dan Kuey Teow Basah.

Dan sudah semestinya anda tidak melepaskan peluang untuk makan di Restoran Sri Titingan bila berkunjung ke Tawau. Sepanjang yang Amie tahu, dulu kami pernah makan di kedai makan Sri Titingan yang lama terletak di sebuah jalan kampung. Lepas itu dengarnya kedai makan tersebut terbakar! Kemudian kami dengar kedai tersebut sudah berpindah, kami turut jejakinya dan dapat makan lagi di situ... tak ingat nama tempatnya! Sempatlah dua atau tiga kali makan setiap kali ke Tawau. Kemudian restoran tersebut berpindah lagi! Kami kejar lagi... dan jumpa lagi! Makan lagi! Selepas itu...pindah lagi, tapi hanya di depan restoran yang sebelumnya. Sempat lagi makan di situ! Nak tahu sebab apa kami suka kejar restoran ini?
Sebab hidangannya sangat sedap! 
Cepat!
Cekap!
Murah!
Paling murah Amie rasa dalam banyak-banyak harga yang ditawarkan di kebanyakan restoran makanan laut!
Pada mulanya Amie bercadang untuk makan di Restoran Makanan Laut Cina Muslim, berhampiran tempat menginap kami. Rupanya restoran tersebut telah dibeli / diambilalih oleh Restoran Sri Titingan!
Pucuk dicita ulam mendatang!
Tak payahlah ke sana ke mari mengejar dan menjejaki restoran ini!
Dah ada depan mata!
Cari jew di Bandar Fajar, Tawau. Jadi tak sesat guna GPS ke apa untuk mencarinya lagi!

Dekat dengan Hotel LA! 
Petang itu, sukanya hati Fuad dapat makan di sini. Antara hidangan laut yang dimakan bersama nasi termasuklah...

 Scallop masak apa tu... lupa dah nama!

 Tauhu Jepun.. ni paling sedap! Encik Suami yang pilih. Tak ingat masak apa! Ada rasa sos cili Thai.

 Ketam... adeehh banyaklah yang lupa nama masakan! Mungkin Ketam Goreng Telur Masin!

 Ini lobster goreng butter basah.

 Udang goreng salut tepung. Medium. Sedap nih... rangup jew!

Terung goreng belacan.

Tak dapat nak habiskan semua! Selebihnya kami minta tapau! Jumlah kesemuanya termasuk harga nasi dan 3 jenis minuman, hanyalah RM114.00.
Tak rugi datang sini, tapi rugi kalau tak datang sini!
Yang datang dari jauh tu, masukkan nama restoran ini dalam senarai tempat makan anda!
Kalau tak tahu jalan, telefon saja nombor : 089-778311 atau 017-8281103

3 comments

  1. Pernah ke Tawau sekali aja... Tapi ikut tekak saya ni, makanan di Tawau memang best :)

    BalasPadam
  2. Sedap2 belakan makanan yang Amie makan. Rasa2 nak terbang ke Tawau :)

    BalasPadam
  3. Kami dari pihak telaga indah cafe Tawau,Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin blogger ini...kerana berkunjung di cafe kami....maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..

    kalau ada sumur di ladang,
    boleh kita menumpang mandi.
    kalau ada umur panjang,
    Insyallah berjumpa lagi.

    Izinkan share coretan jjcm ke tawau..terima kasih tuan/puan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe