Alhambra, Dengan Izin-Nya, Kami Datang!

3:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. 
Catatan 07 Februari 2025.
Dengan izin Allah, kami dapat mengunjungi Alhambra di pagi yang dingin sekitar 1'C di kota Granada.
Alhambra (Bahasa Sepanyol),  Bahasa Arab: الْحَمْرَاء, Rome: al-ḥamrāʼ, ialah sebuah kompleks istana, benteng (kubu) dan taman yang terletak di atas Bukit Sabika di kota Granada, Sepanyol. Alhambra adalah salah satu monumen seni bina Islam yang paling megah dan terkenal, salah sebuah istana yang terpelihara,  terbaik di dunia Islam yang bersejarah di Eropah, khususnya pada masa Kekhalifahan Islam di Andalusia. Selain itu, istana ini mengandungi contoh seni bina Renaissance Sepanyol yang ketara.

Kompleks ini dimulakan pada tahun 1238 oleh Muhammad I Ibn al-Ahmar, emir Nasrid pertama dan pengasas Emirat Granada, negara Muslim terakhir Al-Andalus. Alhambra  dibina di atas bukit Sabika, singkapan Sierra Nevada yang telah menjadi tapak kubu terdahulu dan istana abad ke-11, Samuel ibn Naghrillah. Kemudian penguasa Nasrid secara berterusan mengubah suai tapak tersebut. Kempen pembinaan yang paling penting, yang memberikan sentuhan istana diraja, berlaku pada abad ke-14 semasa pemerintahan Yusuf I dan Muhammad V. Selepas tamatnya Christian Reconquista pada tahun 1492, tapak itu menjadi Mahkamah Diraja Ferdinand dan Isabella (tempat Christopher Columbus menerima pengesahan diraja untuk ekspedisinya). 

Pada tahun 1526, Charles V menugaskan sebuah istana gaya Renaissance yang baharu dalam penjajaran langsung dengan istana Nasrid, tetapi ia tidak disiapkan pada awal abad ke-17. Tapak itu menjadi rosak selama berabad-abad berikutnya, dengan bangunannya diduduki oleh setinggan. Tentera Napoleon memusnahkan sebahagian daripadanya pada tahun 1812. Selepas ini, Alhambra menjadi tarikan bagi pengembara Romantik Inggeris, Amerika dan Eropah. Ada seorang penulis paling berpengaruh di antara mereka iaitu Washington Irving, yang menghasilkan Tales of the Alhambra (1832) membawa perhatian antarabangsa ke tapak tersebut. Alhambra adalah salah satu monumen Islam pertama yang menjadi objek kajian saintifik moden dan telah menjadi subjek banyak pemulihan sejak abad ke-19. Kini Alhambra menjadi salah satu tarikan pelancong utama Sepanyol dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Kami dijadualkan memasuki Alhambra pada pukul 9:30 pagi. Alhamdulillah, kami tiba lebih awal sekitar pukul 8:45 pagi. Di sinilah kami bertemu dengan tour guide. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dengan dua orang tour guide Sepanyol, seorang lelaki dan seorang perempuan.


Dari dalam bas, dapat menyaksikan pelancong dari tempat lain bersama tour guide masing-masing di pintu masuk kawasan istana.


Sementara menunggu ketibaan tour guide pada pukul 9 pagi, sempat ambil gambar kenangan di luar pagar.


Beginilah suasananya di musim sejuk, berlatarbelakangkan pohon-pohon beranting gondol tanpa daun.


Pelancong lain sudah mula berkumpul menanti waktu untuk bergerak menuju ke pintu masuk. Sementara itu Amie kongsikan sedikit info berkaitan Alhambra, tetapi gambar keseluruhan Alhambra Amie pinjam dari Pak Google. Maklumlah, kawasannya sangat luas dan tidak dapat ambil gambar ikut sudut yang sesuai. Sebenarnya suasana keseluruhan Alhambra boleh dirakam dari gereja San Nicolas sewaktu kami berkunjung ke masjid tempoh hari tetapi ketika itu waktu malam! 

Sumber : Google

Semasa era Nasrid, Alhambra adalah sebuah bandar serba lengkap yang berasingan daripada seluruh Granada di bawah. Alhambra mempunyai pelbagai kemudahan kota Muslim seperti masjid, hammam ( tempat mandi awam), jalan raya, rumah, bengkel tukang, penyamakan kulit, dan sistem bekalan air yang canggih. Sebagai sebuah kota dan benteng diraja, Alhambra mengandungi sekurang-kurangnya enam istana utama, kebanyakannya terletak di sepanjang pinggir utara dan mempunyai pemandangan ke kawasan Albaicín.

Selama kekuasaan para sultan Nasrid, di sinilah arkitek Islam mencapai puncak seni bina di Andalusia. Unsur seni Islam terlihat dalam detail ukiran kaligrafi, geometri mozek, air pancur dan taman-taman yang indah. Antara seni bina yang terkenal dan terpelihara sehingga menjadi tumpuan para pelancong sehingga ke hari ini termasuklah:
  • Istana Comares (Palacio de Comares)
  • Istana Singa (Palacio de los Leones)
  • Aula Dua Saudari (Sala de Dos Hermanas)
  • Taman Generalife, tempat istirahat musim panas para sultan
  • Mezuar
  • Istana Partal
Istana-istana lain pula hanya diketahui melalui sumber sejarah dan dari penggalian moden. Di hujung barat Alhambra ialah kubu Alcazaba. Beberapa menara yang lebih kecil dan pagar berkubu juga terletak di sepanjang dinding Alhambra. Di luar tembok Alhambra dan terletak berdekatan di sebelah timur ialah Generalife, bekas estet desa Nasrid dan istana musim panas yang disertai dengan kebun-kebun bersejarah dan taman-taman berlandskap moden.

Sumber : Google

Seni bina istana Nasrid mencerminkan tradisi seni bina Moor yang dibangunkan sejak berabad-abad sebelumnya. Ia dicirikan oleh penggunaan halaman sebagai ruang tengah dan unit asas letaknya dewan dan bilik lain disusun.  Halaman biasanya mempunyai ciri air di tengahnya, seperti kolam pantulan atau air pancut. Hiasan tertumpu pada bahagian dalam bangunan dan dikemaskini terutamanya dengan mozek jubin pada dinding bawah dan stuko diukir pada dinding atas. Corak geometri, motif tumbuh-tumbuhan, dan inskripsi Arab adalah jenis utama motif hiasan. Selain itu, ukiran seperti stalaktit yang dikenali sebagai muqarnas, digunakan untuk ciri tiga dimensi seperti siling berkubah.

Google : Alhambra di waktu malam


Sekarang sudah pukul 9 pagi. Seorang tour guide lelaki dan seorang lagi perempuan akan membawa kami ke Alhambra. Amie termasuk dalam kumpulan tour guide lelaki. Tak ingat siapa namanya sebab tak buat catatan.


Tour guide kami, lelaki Sepanyol yang tampan sudah bersedia dengan ear talkie walkie untuk berkomunikasi dengan kami sepanjang berada di Alhambra.


Kami memulakan perjalanan dari pintu pagar menuju ke pintu gerbang Alhambra.


Apabila berjalan, kurang sedikit rasa sejuk walaupun tidak berpeluh. Namun ketika angin bertiup, sejuknya!

Sewaktu Amie berada di Morocco, Amie bertukar-tukar info dengan Leong, rakan sekerja yang sedang melancong ke Sepanyol dan Portugal bersama anak dan isterinya. Katanya, suhu di Alhambra sangat sejuk sehingga mencecah 0'C!




Tembok batu kelihatan sangat kukuh!
Jalan yang kami lalui bukanlah jalan zaman dahulu seperti di Albaizin ketika melalui lorong menuju ke masjid. Barangkali jalan ini lebih moden dan baharu, memandangkan lebih kepada rupa jalan bertar dan dibina untuk kemudahan para pelancong menuju masuk ke Alhambra. Namun begitu kenalah kumpul tenaga untuk menapak bukit!


Sesekali memandang ke atas, oh! Langit biru dan awan putih di bahagian bawah. Bermakna kami berada di paras yang lebih tinggi dari bumi. Sesuailah dengan nama kedudukan Alhambra yang terletak di Bukit Sabika.


Apabila menoleh ke belakang, inilah rupa kawan-kawan yang sedang mendaki bukit.


Sampailah kami ke pintu gerbang.




Sangkaan Amie meleset. Rupanya belum lagi sampai ke Alhambra!



Kena jalan lagi ke hadapan! Toleh lagi ke belakang. Kelihatan kawan-kawan peserta sedang memasuki pintu gerbang.



Jadi, ambillah dulu kesempatan bergambar di pintu masuk Alhambra.


Di belakang Kamsiah, tertera tulisan ALHAMBRA. Itu barulah nampak bangunan lama dengan batu-bata kasar yang pelbagai.

Conjunto Monumental De La Alhambra

Peta di atas menunjukkan kawasan Kompleks Alhambra.

Bersama tour guide.

Alhamdulillah. Kami meneruskan lawatan setelah melalui proses pemeriksaan dan mendapat tiket lawatan. Maka, barulah bermula perjalanan kami yang sebenar.
Alhambra bukan hanya monumen seni bina, tapi juga simbol toleransi budaya, pengaruh Arab-Islam, Yahudi, dan Kristian pernah bersilangan. Alhambra mengingatkan dunia pada masa ketika seni, ilmu, dan peradaban berkembang di bawah panji Andalusia.

Tiket lawatan : Horario de visita del conjunto monumental pada pukul 9:30 pagi.

9 comments

  1. Bestnya dah sampai ke Alhambra. Semoga ada rezeki za juga travel ke sana,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, mudah-mudahan tercapai hasrat untuk ke sini. Amin.

      Padam
  2. Punya luas ya alhambra ni, dah berjalan jauh pun rupa rupanya belum masuk lagi dalam kawasannya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, berkilometer juga kami jalan masuk dan keluar Alhambra.

      Padam
  3. Jalan dalam cuaca yang sejuk mungkin kurang penat ya.
    Menarik Alhambra... banyak gak tengok movie dan drama berlatar belakangkan tempat ni.
    Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat jejak 🤲

    BalasPadam
  4. Jauh juga nak menapak tu. Atas bukit istananya. Dari gambar google, cantik sungguh.

    BalasPadam
  5. Wahhh.. terus sy teringat dengan satu kdrama kegemaran sy, Memories Of Alhambra.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kak SK..dari mula kak Amie share ke Alhambra, memang dok teringat je cerita tu...tp,bukan favourite sgt, sebab tak faham sgt ceritanya.. hahaha pening kepala kita

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe