Menyeberangi Selat Gibraltar - Dari Benua Afrika ke Benua Eropah

10:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak sabar rasanya hendak menyeberangi Selat Gibraltar, menelusuri sejarah kegemilangan tamadun Islam yang bertapak sekitar 750 tahun di bumi Andalusia. Namun begitu di hati berasa sedikit terkilan kerana tidak membuat persediaan dengan membuat ulang kaji dan mempelajari sejarah tamadun Islam di Andalusia. Apa pun, dengan izin Allah dapat jejakkan kami di sini biar pun sekadar mengutip sisa-sisa kenangan yang sudah menjadi lipatan sejarah.


Sebelum itu, Amie kongsikan maklumat berkaitan Selat Gibraltar dari  DETIK TRAVEL:
Pada titik tersempit selat ini, Sepanyol dan Morocco di Afrika Utara hanya berjarak 13 kilometer sahaja. Selat Gibraltar juga menghubungkan Laut Mediterranian dengan Lautan Atlantik. Berdasarkan catatan sejarah, nama Selat Gibraltar berkait dengan peristiwa penaklukan pasukan Islam ke atas Semenanjung Iberia yang terjadi pada awal abad ke-8M.

Asal-usul nama Selat Gibraltar diambil dari nama panglima perang Bani Umayyah iaitu Thariq bin Ziyad.

Thariq bin Ziyad merupakan salah seorang panglima perang paling terkenal dalam sejarah Islam. Ketika Bani Umayyah berada di bawah kekuasaan Al-Walid I (705-715), beliau memimpin seramai 7,000 pasukan dari pantai utara Morocco untuk menakluk Al-Andalus (bagian Semenanjung Iberia yang meliputi Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar, dan sekitarnya). Sesampainya di daratan Sepanyol, Thariq mengumpulkan pasukannya di selat yang berdampingan dengan bukit karang yang sekarang dikenal dengan nama Bukit Gibraltar. Di bukit inilah, Thariq memerintahkan pasukannya untuk membakar kapal mereka.

Perintah ini membuatkan angkatan tenteranya tidak mempunyai jalan selain bertempur hingga meraih kemenangan atau mati syahid. Hanya dalam waktu sekitar dua tahun, seluruh daratan Sepanyol berhasil dikuasai pasukan Islam pimpinan Thariq dan penaklukan berterusan hingga ke Portugal. Thariq kemudian diangkat menjadi gabenur Al-Andalus.

Untuk meneladani kisah kepahlawanannya, bukit tempatnya berpidato kemudian dinamai Jabal Thariq (Bukit Thariq). Nama Gibraltar adalah derivasi Sepanyol dari bahasa Arab, Jabal Tariq, yang diambil dari nama Thariq bin Ziyad. Umat Islam menduduki Gibraltar selama sekitar 750 tahun, hingga akhirnya terusir pada tahun 1462. Hingga kini, perairan sempit yang memisahkan negara Sepanyol dan Morocco dikenal dengan nama Selat Gibraltar.

Opppss!
Terlebih cerita pula. Belum lagi sampai ke Sepanyol, sudah buat mukadimah.

Di Tanger Med, Port Center.


Kami meninggalkan Gotel Tanger Med lebih awal memandangkan perlu berada di pelabuhan untuk daftar masuk feri. Seperti biasa, sempatlah rakam sekeping dua gambar dari dalam Majorel Voyage. Suasana masih pagi benar. Matahari pun belum sempat memancar terang, apalagi dalam suhu dingin dengan kepalan awan yang melindungi sinarnya.

Selamat tinggal bumi Morocco.

Selamat datang ke Tanger Med Port Center.

Sempat bergambar dengan tour guide dan pemandu Majorel Voyage sebelum daftar masuk.


Sewaktu di dalam bas, sempat melihat pemandangan sepanjang pelabuhan Tanger. Semuanya warna putih bersih, luas saujana mata memandang. Sayangnya kedudukannya di sebelah kiri bas, sedangkan Amie duduk di bahagian kanan bas. Pandang sahajalah dari jauh dan rakam dalam ingatan sahaja.


Sebelum daftar masuk sempat meninjau-nijau kawasan sekitar.


Kereta yang tersusun ini ialah kereta elektrik. Tidak pastilah samada kereta untuk dieksport atau kereta import.




Seperti menaiki pesawat, peraturan yang sama perlu dilalui untuk menaiki feri termasuk proses imbas bagasi dan juga pemeriksaan passport di pintu imigresen.



Ketika hendak melepasi pintu imigresen, tiket kami diambil . Kebetulan sebelum itu Amie sempat ambil gambar tiket. Jadi, ini sahajalah gambar tiket kenangan menyeberangi Selat Gibraltar.


Beberapa minit berada di ruang menunggu, kami diarahkan untuk membawa beg masing-masing untuk menaiki bas menuju ke jeti.

Beginilah keadaan di dalam bas, dengan beg masing-masing.


Bersama-sama kami, seorang penumpang yang sangat peramah bercerita tentang dirinya yang ulang-alik selama 35 tahun menaiki feri menyeberangi Selat Gibraltar kerana bekerja. Katanya, beliau bekerja di Tarifa, Sepanyol dan rumahnya di Tanger, Morocco.

Membawa beg masing-masing menuju ke jeti.



Sebelum menaiki feri, sekali lagi passport kami diperiksa.



Alahai! Terlupalah pula hendak melihat nama feri yang kami naiki.


Kami menaiki tangga bertingkat-tingkat! Tak larat hendak angkut beg sendiri. Syukurlah ada insan gagah perkasa dalam kalangan kami yang membantu angkat beg ke tingkat empat.


Naik tangga dan terus naik tangga sehinggalah ke lantai tujuh!

Lantai 7.



Selat Gibraltar tidaklah begitu panjang, sekitar 13 atau 14 kilo meter sahaja. Perjalanannya  memakan masa lebih kurang sejam dari Pelabuhan Tanger untuk sampai ke Pelabuhan Tarifa. 


Feri mula bergerak meninggalkan bumi Morocco.


Ketika berada di dalam feri, tak perasan pula mana satu Laut Atlantik dan mana satu Laut Mediterranean. Nampak warna air laut yang biru tua menandakan betapa dalamnya Selat Gibraltar.



Rakan-rakan rombongan sedang membeli makanan di restoran.


Tempat duduk untuk berehat pun banyak disediakan.

Kerusi dan meja makan kelihatan tersusun kemas.

9

Suhu sangat sejuk! Malam semalam sempat bersembang melalui WhatsAap dengan Leong, seorang rakan yang sedang mengembara bersama anak dan isterinya ke Sepanyol dan Portugal. Katanya, suhu di Sepanyol pada waktu malam mencecah 0'C.



Banyak bentuk awan yang seolah-olahnya tidak sama dengan awan di tempat kita! Adakah suhu di satu-satu tempat turut mempengaruhi rupa bentuk awan?

Amie suka-suka saja ambil gambar awan yang kelihatan sedang melindungi bukit / gunung di sanun. Sekejap-sekejap Amie masuk dalam feri, sekejap-sekejap buka pintu dan berdiri di tepi untuk ambil gambar.  Apabila angin laut bertiup, itu yang rasa sejuk sangat,  dan masuk semula ke dalam feri.


Menjelang pukul 12 tengah hari, feri merapat ke pelabuhan Tarifa, Sepanyol.


Setelah selesai urusan pemeriksaan imigresen dan beg, sekarang kami sudah bersedia untuk menuju ke bas yang akan membawa kami ke Algeciras.


Selamat datang ke Sepanyol!



Amie belanja beberapa keping gambar di sekitar Algeciras.





Tempat pertama yang hendak dituju sudah tentulah ke restoran!

33 comments

  1. Waaah betul, tak panjang selatnya ya kak. Masih lebih panjang selat Sunda yg memisahkan pulau sumatera dan pulau Jawa 27 km.

    Menarik juga kalo naik Ferry begini. Ya laah, dekat juga jaraknya . Pantesan si bapak tadi cerita bolak balik antara marocco dan spanyol tiap hari 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak sangka benua Afrika dengan benua Eropah hanya dipisahkan oleh Selat Gibraltar yang sempit itu.

      Padam
  2. Best nya naik ferry ke Spain. Cuaca pun cantik. Lama betul ya warga Morocco tu ulang alik ke Spain untuk bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 35 tahun kiranya lama sungguh tempoh dia ulang-alik dari Morocco ke Sepanyol.

      Padam
  3. Indahnya hamparan bumi ciptaan Tuhan dari langit ke lautan yang membiru

    BalasPadam
  4. bestnyaaaaa......another wish list spain insyallah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki kak Amie dapat jejak kaki di sini. Excited mungkin sebab tu terlebih mukadimahnya kan Kak Amie. Hihi..Rombongannya tak ramai, senang nak manage dan lebih selesa tak ramai. Cantik pulak tengok kereta tersusun kemas begitu. Untung juga ada yang mahu menolong angkat beg. Kalau tidak jenuh juga tu guna kudrat nak mengangkatnya. Melalui proses yang ketat juga kan. Baguslah begitu, untuk keselamatan. MashaAllah cantik betul permandangan biru laut tu. Biru betul. Tengok depan mata rasa nak ambil gambar dari segenap sudut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kena dua kali scan bagasi. Sekali sewaktu di pelabuhan Tanger di Morocco dan sekali sewaktu sampai ke pelabuhan Tarifa di Sepanyol. Ada 39 peserta rombongan kesemuanya.
      Memang berterima kasih sangatlah kepada peserta yang gagah perkasa menyumbang tenaga angkat beg besar kami.

      Padam
  6. MasyaAllah cantik warna langit dan laut biru gelap. Betullah…lain macam bentuk awannya.

    Saya bayangkan feri kecil sebab cuma 1 jam perjalanan. Rupa-rupanya feri luas selesa sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang selesa sangat duduk dalam feri tu walaupun tak lama. Tandas banyak, tempat duduk dan makan pun banyak. Cuma yang tahan waktu angin bertiup tersangatlah sejuk dan cepat-cepat lari masuk dalam.

      Padam
  7. ha ah kan? bentuk awan dia macam kapas bergulung2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... ingatkan bentuk awan sama dengan awan khatulistiwa. Rupanya ada beza awan Mediterranean.

      Padam
  8. Tulisan yang disertai dengan foto-foto yang cantik ini sangat menggambarkan perjalanan yang mengasyikan.
    Ah Mbak Amie membaca tulisan ini serasa saya diajak tour menyeberangi Selat Gibraltar.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sahajalah gambar yang sempat dirakam. Sebenarnya saya takut ambil gambar dari atas feri. Takut HP terjatuh dalam laut....hehehehe.

      Padam
  9. Bestnya seberang negara menggunakan feri je. Tapi feri tu besar betul, macam kapal cruise pula bila tgok lounge area tu.

    Cuaca kat spain tu nampak mcm panas je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali pandang memang terasa seolah-olah panas. Sebenarnya sejuk! 15'C ketika kami berada di situ.

      Padam
  10. Nampak canggih tempat daftar masuk di pelabuhan tu.
    Feri gitu selesa betullah.
    Awan depa seketoi-seketoi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, macam kita daftar masuk kapal terbang.
      Tak berani ambil gambar banyak, curi-curi jew. Takut kena tegur pengawal keselamatan seperti sewaktu ambil gambar di Doha Airport hihihiii.

      Padam
  11. Terima kasih info tentang Selat Gibraltar Kak Amie. Tahu akan kewujudannya tapi tak pernah baca kisah sejarahnya.
    Cantik awan tu nmpk tergantung :)
    Selesa betul ferinya...wpun perjalanan sekitar sejam je TP byk kemudahan yg disediakan atas feri 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka kan selatnya tidaklah begitu jauh memisahkan dua benua.
      Alhamdulillah, memang sangat selesa keadaan di dalam feri.

      Padam
  12. Langit nampak biru cerah tapi akak berselubung dengan jaket mesti sejuk kan masa tu, canggih betul nampak feri mereka tu . Cantik betul nampak awan dia tu, memang cantik la tempat orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah.
      Alhamdulillah berpeluang melihat alam indah ciptaan Allah. Nampak bersih langit biru dengan awan putih tergantung di angkasa.

      Padam
  13. sampai tingkat 7 kena usung beg...jenuhh...
    langit biru, awan berkepok2...
    subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ini naik feri dua tingkat saja dari Menumbuk ke Labuan. Kiranya first time ni naik feri besar bertingkat-tingkat.

      Padam
  14. terima kasih kak, dah macam saya sekali join akak pergi melancong. Lawa pemandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih.
      Alhamdulillah dapat merasai sekali perjalanan kembara kami.

      Padam
  15. SA ada baca blog siapa ntah pergi Spain jugak...bab usung bag sampai tingkat 7 tu x dapat SA bayangkan..masalahnya bag bukan ringan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baiklah beg itu diangkat sampai tingkat 4 saja. Kalau sampai tingkat 7 memang pengsanlah tukang angkatnya.

      Padam
  16. Takpe kak…summary mukadimah yg memberi ilmu pada kita. Hebat seorang Thariq bin Ziyad ni zamannya kan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe