Dari Algeciras ke Granada

10:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bas dipandu laju dalam perjalanan dari Algeciras menuju ke Granada. Banyak rakam gambar tetapi tidak jelas.


Dari tingkap bas, dapatlah tangkap gambar sekitar pelabuhan.

Google

Jarak Algeciras ke Granada sejauh 257 km dan kira-kira 2 jam 40 minit pemanduan melalui bandar seperti beriku:
  • Algeciras
  • Sotogrande
  • Los Llanos
  • Salto del Agua
  • Marbella
  • Urbanización Marbesa
  • El Lagar
  • Zapata
  • Loja
  • Granada
Google






Gambar-gambar ini dirakam  di sekitar Algeciras sewaktu bas belum dipandu laju.






Mbak Watie (kami panggil Puan Watie) sangat fasih berbahasa Sepanyol. Kami dengar sahaja beliau berbual dengan pemandu bas. Puan Watie berkongsi info dengan kami tentang Bukit Gibraltar atau Jabal Tariq di Sepanyol yang menjadi  bukti keberanian Tariq bin Ziyad bersama 7,000 (ada yang mengatakan 12,000) tenteranya menakluk bumi Andalus.  Puan Watie menunjukkan bukit tempat pendaratan Tariq, tetapi tak dapatlah HP cap kapak Amie dapat merakam pemandangan yang sangat jauh! Bukit Gibraltar itu dinamakan sempena namanya. 

Google

Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol). Pada waktu itu, kerajaan Umaiyah berada di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik.

Nama pejuang Islam ini begitu harum sehingga diabadikan pada sebuah semenanjung perbukitan berbatu karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol, iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq. Istilah ini bererti Gunung Tariq, disebut juga Gibraltar. Ini merupakan nama sebuah semenanjung kecil yang terletak di pantai tenggara Sepanyol. Daerah ini disebut demikian sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian Tariq bin Ziyad ketika menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.

Untuk lanjut tentang Tariq bin Ziyad bolehlah rujuk di sini: TARIQ BIN ZIYAD

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, amat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Tariq bin Ziyad berasal daripada bangsa Barbar. Mengenai sukunya pula, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada dari suku Nafza atau suku Zanata.

Tariq dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, Gabenor Afrika Utara dan di bawah penguasaan Musa inilah beliau memeluk agama Islam bersama orang-orang Barbar lainnya yang tunduk di bawah kekuasaan Musa setelah menakluki daerah Tanja.

Dikisahkan bahawa setelah memeluk Islam, mereka (orang-orang Barbar) mengikuti ajaran agama Islam dengan baik. Oleh hal yang demikian itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar orang-orang Barbar itu tentang al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang lain. Sesudah itu, Musa melantik Tariq (yang merupakan perajurit Musa yang paling paling handal) menjadi penguasa daerah Tanja, di utara Maghribi dengan 19,000 orang tentera daripada bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya.

Pada bulan Rejab tahun 97 H (Julai 711 M), Tariq bin Ziyad mendapat perintah daripada Musa bin Nusair untuk menyerang Semenanjung Andalusia. Dengan 7000 orang perajurit yang sebahagian besar daripada bangsa Barbar, Tariq menyeberangi Selat Andalusia dengan perahu-perahu (bahtera) pemberian Julian, Gabenor Ceuta di Afrika Utara, yang bersekutu dengan kaum Muslimin untuk menentang Raja Roderick, penguasa kerajaan Visigoth di Andalusia.

Setelah mendarat di pantai berbatu karang yang kemudian dinamakan Gibraltar, Tariq beserta pasukannya berhadapan dengan 25,000 orang perajurit Visigoth. Pada mulanya kedatangan pasukan Tariq ini menimbulkan kehairanan bagi Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick kerana mereka datang dari arah yang tidak diduga, iaitu dari arah laut. Walaupun jumlah anggota pasukan kaum Muslimin jauh lebih sedikit dibandingkan pasukan musuh, namun semua itu tidak menimbulkan kegentaran di kalangan para perajurit Muslimin, lebih-lebih lagi dituangkan dengan kata-kata penuh semangat daripada panglima mereka.

Agar pasukannya tidak gentar menghadapi musuh, Tariq menggunakan taktik di mana sesampai sahaja angkatan perang (laut) setelah menyeberangi Selat Andalusia, beliau berkata kepada para perajuritnya bahawa perahu (bahtera) yang diberikan oleh Julian itu telah sengaja dibakar. Tariq pun berucap dengan penuh semangat: “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan”.

Taktik yang digunakan oleh Tariq itu ternyata amat berkesan. Akhirnya, pertempuran itu dimenangi oleh Tariq dan Raja Roderick sendiri tewas dalam pertempuran tersebut.

Kemudian Tariq meminta tambahan pasukan kepada Musa. Lalu Musa menghantar 5,000 orang perajurit yang sebahagian besar berbangsa Barbar. Satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh para perajurit Tariq; kota-kota tersebut termasuklah Toledo, Elvira, Granada, Cordoba, Malaga, Arichidona.

Apabila tiba musim panas pada tahun 711 M, Tariq telah berjaya menguasai separuh daripada wilayah Andalusia. Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum menempa kejayaan itu, Tariq telah mendapat firasat bahawa beliau pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama Khulafa al-Rasyidin berjalan di atas air hingga bertemu dengannya, lalu Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira bahawa beliau akan berjaya menakluk Andalusia. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar sentiasa mendampingi kaum Muslimin dan sering pula menepati janji.

Mendengar kejayaan yang dicapai oleh Tariq, Musa bin Nusair berasa iri hati. Pada tahun 712 M, beliau menyusul Tariq bersama 18,000 perajuritnya melalui jalan lain yang ditempuh oleh Tariq. Musa berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, Sevilla. Beliau juga menewaskan kerajaan Visigith, Theodomir di Orihuela. Beliau bertemu Tariq dan pasukannya di Telodo. Mereka berjaya menakluki Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Dengan demikian, seluruh daratan Semenanjung Andalusia berjaya dikuasai oleh perajurit Muslim. Setelah itu, mereka kemudiannya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid.

Setelah berjuang bermati-matian menakluki Sepanyol, bukan penghargaan yang diterima oleh Tariq melainkan pemecatan yang dilakukan oleh Musa bin Nusair. Tariq dipecat atas alasan tidak patuh arahan Musa walhal sebenarnya Musa iri hati terhadap kejayaan Tariq. Namun, kejadian ini tidak mengganggu usaha penaklukan ke atas Sepanyol. Jauh sebelum penaklukan ke atas Sepanyol, antara Musa dengan Tariq sememangnya sudah terdapat bibit-bibit persaingan. Namun, Tariq tetap menghormati ketuanya. Peristiwa pemecatan Tariq diketahui oleh Khalifah al-Walid. Ketika memanggil kedua-dua, jelas Khalifah memberi lebih Tariq.

Setelah Khalifah al-Walid meninggal dunia, nama Tariq bin Ziyad seakan-akan tenggelam, namun Gibraltar yang terus ‘timbul’ di dalam lipatan sejarah telah mengharumkan nama seorang panglima Islam yang hidupnya berjuang di jalan Allah dengan menegakkan syiar Islam menyeberangi sempadan benua, hingga Islam dapat diterima di Eropah.

Tariq bin Ziyad kembali ke rahmatullah pada tahun 720M.

Sebenarnya Amie sangat cetek pengetahuan tentang sejarah Islam di Eropah. Maklumlah waktu sekolah dahulu hanya belajar sejarah Rasulullah dan Khulafa Al Rasyidin dan secara umum belajar tentang Dinasti Umayyah dan Abbasiyah. Itu pun sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Kiranya, jalan-jalan ke Sepanyol ini sebagai lawatan sambil belajar sejarah Islam.


Sewaktu kami tinggalkan Algeciras, suhu ketika itu menujukkan bacaan 15'C. Sebelum terlelap seketika, sempatlah ambil video beberapa saat dan dapatlah melihat semula suasana ladang zaitun di bumi Sepanyol. Di kiri dan kanan jalan banyak kilang minyak zaitun. Selain ladang zaitun, tanaman lain termasuklah bunga matahari dan gandum.

Pemandangan ladang zaitun di Sepanyol.



Bas berhenti di Huétor-Tájar  iaitu sebuah kawasan perbandaran yang terletak di wilayah Granada (Andalusia), di selatan Sepanyol. Kedudukannya kira-kira 43 km ke barat bandar Granada.


Seperti biasa, kami menumpang tandas dan mencari tempat untul solat. Memandangkan tiada ruangan solat, jadi tour guide meminta izin untuk kami tunaikan solat di ruangan luar cafe.

Di sinilah tour leader membentangkan tikar untuk solat.



Sebelum ini tour leader selalu mengingatkan kami bahawa orang yang bermusafir itu selalu menghadapi kesulitan. Salah satu daripadanya ialah kesulitan untuk menunaikan solat terutamanya tempat seperti yang kami hadapi sekarang ini. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dapatlah kami tunaikan solat jamak takhir zohor dan asar di sini.

Selain kesulitan untuk solat, kesulitan lain sudah tentulah sukar untuk mendapat makanan halal. Kalau di Morocco memang tidak jadi masalah, tetapi di Sepanyol dan Portugal tempat makan halal sudah tentulah tidak sebanyak seperti yang ada di Morocco.


Sempat meninjau suasana di sekitar La Parada. Nampaknya matahari semakin condong arah tempat tidurnya!



Perjalanan diteuskan sambil mata menikmati suasana petang membawa ke senja.











Kami sudah menghampiri kota Granada.




Cantik kan?



Pemandangan ketika matahari terbenam di sini memang mempesonakan.

Rakaman video ketika sampai ke Albaizin, Granada.


Hendak ambil gambar tetapi banyak sangat aksesorinya! Ramai sangai orang hendak ambil gambar ketika ini. Masuk sajalah di celah-celah yang boleh... ahaks!



Albaizin, Granada

13 comments

  1. Jauh juga perjalanan tu tapi tak mengapa sepanjang perjalanan pun disajikan dengan permandangan indah. Yang penting ambil gambar kak Amie, jelas tak jelas belakang kira. Ada juga kenangan kalau ambil gambar dari dalam kenderaan bergerak.
    Terima kasih kak Amie berkongsi sejarahnya. Dapat juga kami ilmunya.
    Bila dah ramai-ramai terpaksalah kita menyelit daripada tak ada lansung. Mencabar juga untuk mencari kemudahan solat dan makanan halal. Mencabar tapi semuanya Allah permudah. Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah antara kesukaran dalam permusafiran. Hampir setiap pagi tour leader beri tazkirah tentang kelebihan menghadapi kesulitan.
      Betul tu. Terpaksalah menyelit asalkan dapat ambil gambar kenangan.

      Padam
  2. Warna baju kak Amie glowing yaa hijaunya 😍👍. Apa semakin malam dia akan semakin glow in the dark?

    Btw kak Amie, menariiik cerita sejarahnya . Tapi saya agak bingung pas baca tahun kematian Thariq. THN 711 M dia menguasai setengah dari Andalusia. Tapi dia meninggal THN 270 M . Terbalik mungkin ya kak angkanya ?

    Penyakit iri hati ini memang lah sudah berakar dari dulu yaa. Bahkan pemimpin pun bisa iri kepada anak buahnya , yg lebih rendah dari dia. Padahal memiliki anak buah yang cerdas, bisa diandalkan, sangat berguna untuk menaikkan pamor si pemimpin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dik.
      Memang silap tarikhnya. Sudah Kak Amie betulkan.
      Sedih sebenarnya di akhir kisah dalam tamadun Islam yang bertapak selama 750 di Andalusia ini. Itulah, Kak Amie pun kena study lebih lanjut untuk memahaminya.

      Padam
  3. Mujurlah Kak Amie comel, boleh menyelit juga utk bergambar hihi...
    Subhanallah cantiknya gambar² tu semua...

    BalasPadam
  4. Cantik sungguh view..jauh lagi perjalanan ye kak...mujur akak travel ke sini dapat la SA baca dan amibil tahu sedikit sejarahnya...

    BalasPadam
  5. Menarik sejarah thariq tu. Saya pun kutang tahu pasal sejarah islam di bumi eropah ni, baca gitu2 jela. Tapi agak sedih memikirkan sepanyol ni dahulunya antara kota islam yg kuat, sekarang tidak lagi. Sampaikan susah nk jumpa masjid atau makanan halal dah kan

    Cantik semua gambar2!

    BalasPadam
  6. Cantiknya view sunset. Sebelum tu foto cantik2 cuaca terang langit biru.

    BalasPadam
  7. Asyik sekali ini foto-foto pemandangannya Mbak.
    Terlihat langit berwarna biru cerah. Fotonya bagus-bagus membuat saya terpesona memandangnya.
    Perjalanannya jauh juga ya Mbak. Apakah ada kemacetan lalu lintas disana?
    2 foto yang terakhir...indah sekali warna langitnya.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Subhanallah.. cantik view nya tu.
    Ambil gambar free accessories 😁

    BalasPadam
  9. Cantik gambar semua. Langit biru, ada awan cantik. Mencabar juga, sebab tiada tempat untuk solat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe