Sotong Panggung, Kaki Ayam Masak Kicap & Mangga Udang
10:24 PTGCerita di petang minggu yang baru sempat dijadikan entri. Kelmarin Encik Suami minta Amie masak kaki ayam dan juga buat sotong panggung. Oleh kerana Encik Suami sudah viralkan dalam kalangan ahli keluarganya tentang penemuan resipi sotong panggung, jadi terujalah mereka ingin merasa sotong panggung yang sudah berpuluh tahun tidak dinikmati!
Diringkaskan cerita, menjelang petang siaplah seperiuk besar KAKI AYAM MASAK KICAP YANG SANGAT LEMBUT HINGGA TERLERAI KULIT DARI TULANG! dan SOTONG PANGGUNG
Ketika kami hantar Sotong Panggung & Kaki Ayam Masak Kicap ke kampung, hujan turun dengan lebatnya. Sebelum sampai ke kampung, banjir pula di tengah jalan!
Apa pun, sudah namanya rezeki akhirnya sampailah juga sotong panggung, kaki ayam dan mangga udang ke kampung. Seronok melihat anak-anak buah dan ipar duai berebut sotong panggung dan kaki ayam masak kicap! Sempatlah kami minum petang di tengah-tengah hujan ribut di kampung. Ada roti canai, mee goreng, pisang goreng, cekodok pisang dan keropok lekor. Menunggu hujan reda, akhirnya kami pulang ke rumah lewat pukul 10 malam.
Sempat jugalah Amie berkongsi resipi Sotong Panggung & Kaki Ayam Masak Kicap dengan adik ipar dan anak-anak buah.
Sotong Panggung, Kaki Ayam Masak Kicap & Mangga Udang. |
Kaki Ayam Masak Kicap Yang Sangat Lembut, Terlerai Tulang dengan Kulit! |
Sotong Panggung. |
Sotong Panggung |
Sotong Panggung |
Kali ini Amie cuba ikat Sotong Panggung dengan menggunakan daun kucai. Resipi Sotong Panggung boleh lihat di sini: SOTONG PANGGUNG
Kaki Ayam Masak Kicap |
12 comments
mesti seronok mereka dapat menjamu selera makanan yang dibawa. Lagi lagi sotong panggung yang dah lama tak makan. kak amie buat pun sama rasanya. Alhamdulillah berkongsi rezeki. Besar betul buah mangga tu. 1.9kg beratnya. Berbaloi sungguh makan kupas sebiji je dah cukup. Kecur tengok makan dengan sambal kicap tu.
BalasPadamwah semua sedap
BalasPadamHehe rezeki kena kongsi. Seronok makan beramai-ramai. Lagi seronok mereka suka makanan Puan Amie masak.
BalasPadamBesar betul mangga dibawa ke kampung.
berselera makan ramai2 dgn keluarga kan
BalasPadamSeronoknya kak Amie, makan ramai2 dgn ipar duai, terasa kemeriahannya. Tiba2 sy terbayang kenangan semasa di LD biarpun cuma seketika di sana.
BalasPadamSedapnya...SA teruja tgok mangga udang cicah kicaap lada tu...sedapnya...SA ada beli jugak mangga..x tau la dah masak ke apa...terliur dah ni....
BalasPadambesarnya mangga udang tu
BalasPadamHDMI
BalasPadamKVM SWITCH
hdmi
extender arc
https://www.easycoolav.com
Seronok, dapat makan bersama keluarga. Besarnya mangga tu. Hari tu, saya ada jumpa mangga besar juga, di kedai buah. Puas makan. :)
BalasPadamBesarnya mangga tu.. kalau yg besar mcm tu sy x brp reti nk potong 😂😂😂
BalasPadamSedap lagi menyelerakan..
BalasPadampaling teringin kaki ayam msk kicap tu..sedapnya nampak..
BalasPadam