Air Tangan Keluarga
11:55 PGSesekali gantung periuk dan makan hasil air tangan orang lain memang seronok sangat! Hari-hari tanpa henti masak dan makan hasil air tangan sendiri kadangkala rasa jemu pula.
Malam tadi anak buah hantar laksa asam. Aduhai! Rezeki Allah. Terima kasih Lina.
Laksa Asam air tangan Lina. |
Hari Sabtu lepas, berkunjung ke kampung. Kakak ipar minta Amie goreng mee hoon. Oleh kerana Amie sibuk, Amie minta Encik Suami masak. Amie sediakan bahan. Inilah hasilnya Mee Hoon Goreng Encik Suami.
Cili Jeruk |
Kebetulan Amie baru menyiapkan cili jeruk. Encik Suami minta sedikit bawa ke kampung untuk makan dengan mee hoon goreng.
Sebelum bergerak ke kampung, intai-intai pokok mangga udang kalau-kalau ada sebiji dua buah yang masih ada.
Jom ke kampung. Nanti boleh kupas mangga di sana.
Mangga udang. |
Kakak ipar tolong kupas mangga. Ketika itu Amie sedang bergoogle meet. Tak dapatlah nak bantu banyak. Amie hanya hiris buah mangga udang yang sudah dikupas.
Hirisan mangga udang. |
Anak buah sudah sediakan pencecah. Ada timun dan sengkuang. Jadi hanya ambil bahan yang disukai, tuangkan pencecahnya sahaja.
Mangga udang, timun, sengkuang dan kuah yang sangat sedap! |
Kuih Raja Musa Biras |
Biras Amie buat Kuih Raja Musa dengan sambal sardin dalam tin. Teringat arwah MIL. Selalu arwah buat Kuih Raja Musa kalau anak cucu datang ke kampung. Bila melihat gambar ini, kenapalah tak makan dua tiga keping lagi waktu itu!
Amie ambil sikit-skit makanan dan bawa ke sudut dapur sambil bergoogle meet. Sambil makan sambil berinteraksi secara maya.
Kaki Ayam Masak Kicap Hasna. |
Anak buah, Hasna sudah berjaya masak kaki ayam yang terlerai tulang dengan kulit. Seronoknya dia sebab setelah mencuba beberapa kali sebelum ini, akhirnya dapat hasil yang memuaskan! Terima kasih Hasna sudi belajar masak kaki ayam dengan auntie. Minggu sebelumnya, Amie yang bawa kaki ayam masak kicap begini ke ke kampung.
Sotong Kangkung Kakak Ipar |
Kakak ipar bawa sotong kangkung. Katanya, minggu lepas Amie buat sotong panggung, kali ini dia pula buat sotong kangkung.
16 comments
Bestnya kak dapat makan macam2 jenis makanana... walaupun sambil kerja tapi best
BalasPadamfirst time tengok kuih Raja Musa tu
BalasPadamSeronok ini buat secara potluck. Memang kenyang walaupun makan sedikit.
BalasPadamkuih raja musa tu macam adunan tepung yang di goreng garing, betul ke kak
BalasPadamPerghh kak besar nya buah mangga tu?!!!!
BalasPadamSaya asyik baca kuih Raja Muda Musa...hihihi terrelate dengan Jalan Raja Muda Musa @ Kg Baru tu...
BalasPadamKuih tu macam roti puree kat sesetengah restoran mamak puree depa memang bukan jenis kembong.Apa rasa dia cikgu?
Lepas ni cikgu dah boleh serah tugas menggoreng mihun kepada En Majid dah tu...hihihi
Besarnya mangga tu!
BalasPadamSeronoknya dapat pass baton memasak :D
Bestnya kak Amie dapat gi makan kat rumah kakak ipar. Ingatkan kuih tu nama penuhnya ada perkataan biras di hujung
BalasPadamBesarnyaaaa buah mangga tuu! Puas hatii dapat makan tuuuuu
BalasPadamMihun goreng tu banyak betul telurnya.. Saya suka telur banyak-banyak juga.
BalasPadammeriah mee hoon goreng suaminampaknye...
BalasPadambesar giler buah mangga tu, dapat sebijik mesti puas hati
Memang jemu nak makan masakan sendiri. Sekali ada orang bagi makan tu satu rezeki dan berselera makan. sesekali kena ubah selera mungkin. Seronok tu dapat makan berkongsi rezeki dan makan menu lain. macam macam ada. Sedapnya sotong kangkung
BalasPadambestnye nmpk semua makanan. teh masala yg gmbr last tu pon nmpk sedap..
BalasPadamKite suka tgok meehon goreng akak nii. Ishh da lama sgt xmakan.hehe
BalasPadamGeram tengok mangga yang Firdaus petik.
BalasPadamUniknya nama kuih Raja Musa tu...
Mangga udang tu besar gedabak..
BalasPadam