Shared Joy Is Double Joy; Shared Sorrow Is Half A Sorrow
8:04 PTGApabila melihat Firdaus gembira, kita pun ikut senang hati. Apabila melihat Firdaus sedih, kita pun turut berduka. Firdaus ini kalau menyatakan rasa rindu terhadap abang-abangnya memang akan disertai dengan air mata. Ituu yang tak sanggup kita saksikan. Gembira dan duka dikongsi bersama. Yang gembira kalau dikongsi akan bergandalah rasa kegembiraan itu. Yang sedih dan duka kalau dikongsi akan berkuranganlah kesedihan itu.
Shared Joy Is Double Joy; Shared Sorrow Is Half A Sorrow (Swedish Proverb)
Hari ini Firdaus dapat dua kejutan yang membuatkannya senyum sepanjang masa. Kejutan pertama, Firdaus terima kiriman daripada Abang Farid.
Bukan main seronok dia. Tak sabar nak buka bungkusan.
Apa agaknya kiriman Abang Farid?
Biskut Meiji Hello Panda perasa strawberi, coklat dan susu.
Samyang Carbonara Hot Chicken Flavour Ramen.
Ada kad-kad kecil mengiringi kiriman biskut-biskut tadi.
Hati kanak-kanak mana tak rasa gembira dapat kiriman makanan kegemarannya! Terima kasih Abang Farid! Banyak biskut Firdaus sudah makan!
Petang tadi, dapat pesanan ringkas daripada guru mata pelajaran Sainsnya pula. Buku aktiviti Sains yang dihantar pada minggu lepas akan dikembalikan. Tunggu saja anak guru mata pelajaran Sainsnya datang berbasikal di hadapan rumah pada sebelah petang. Firdaus sabar menanti. Ketika Amie sedang sibuk menyiapkan kerja, Firdaus tergesa-gesa buka pintu dan berkata: Mommy! Teacher bagi hadiah!
Wah! Ini kejutan kedua buat Firdaus pada hari ini.
Dihulurkan sebuah beg plastik berisi buku aktivitinya bersama bungkusan hadiah.
Sukanya Daus dapat pewarna! Ulang Firdaus berkali-kali.Selain pewarna, Firdaus dapat correction tape, pensel, pemadam dan peraut.
Mommy! Bagi tahu Teacher, Daus bilang terima kasih ya!
Okey sayang.
Kita pun sampaikan mesej ucapan terima kasih Firdaus.
Jawab gurunya : You deserve it Daus. Your Welcome.
16 comments
tahniah daus....
BalasPadammakcik wangi rasa daus ni murid yg rajin dn pintar...
wah tahniah Firdaus!!
BalasPadamSemoga membesar jadi anak yang berjaya! :)
Kesian Firdaus menahan kerinduan, kesedihan menjadi ringan bila dikongsi.. Syukur dapat kiriman abang, yang membaca pun lega, Alhamdulilah dapat rezeki menghembirakan Firdaus, betul Firdaus deserves it.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki firdaus, senyum lebar firdauss dapat hadiah yang tak disangka sangka.
BalasPadamWah firdaus pun makan ye ramen carbonara tuuuuu, lepas ni boleh lah sambil buat kerja sambil makan hehehe.
Alhamdulillah..seronok Firdaus dapat hadiah dari Abang Farid di Malaya. Ingat pesan Abang Farid tu Daus :)
BalasPadamTambah seronok dia dapat juga hadiah dari Cikgu. Hati Daus berbunga bunga harini.
Wah,seronokya lain macam kan bila dapat kiriman.Semoga Daus ceria-ceria selalu supaya mommy & baba juga turut ceria
BalasPadamAlhamdulillah.. bestnya..seronok Firdaus..
BalasPadamSeronok Firdaus dapat hadiah. Sweetnya, ucapan dari abang dia, kad yang comel-comel tu. Ghost hug. Hehe..
BalasPadamwahh mesti daus happy tak terkira tu..
BalasPadamorang dewasa pon seronok bila dapat hadiah, inikan pula kanak-kanak...
BalasPadamBestnya jadi firdaus, abang- abangx lupa kat dia erk...best sungguh tu dapat macam- macam hadiah
BalasPadamSeronoklah firdaus.. Macam-macam barang dapat..
BalasPadamhappy firdaus. banyak makanan best2 tuuu.hehe
BalasPadamKemain seronok firdaus ya dpt bungkusan tu
BalasPadamUsahkan budak kecik macam Firdaus, aunty pun suka kalau dapat bingkisan macam ni
BalasPadamMemang kegembiraan berganda untuk Firdaus :)
BalasPadam