Firdaus Dapat Adik Baharu!

by - 3:54 PTG

Firdaus masih ingat lagi tarikh kehadiran kucing ke rumah kami iaitu pada 2 Jun 2021. Firdaus beri nama Comella. Rupa-rupanya Comella sedang bunting. Sehari sebelum Aidil Adha, Amie ingatkan Firdaus supaya sediakan kotak untuk tempat Comella dan anak-anaknya yang bakal lahir.

Pada petang Isnin, ketika Amie sibuk masak ketupat dan rendang, Firdaus pun sibuk membongkar barang-barang di dalam stor. Katanya, dia sudah jumpa satu kotak yang sesuai untuk Comella.

Pada 18 Julai kira-kira pukul 9 malam Comella melahirkan seekor anak. Oleh kerana ketika itu hujan lebat, Amie tidak benarkan Firdaus berada lama-lama di dalam stor, tempat Comella bersama anaknya. Keesokan paginya, Firdaus mendapati Comella melahirkan tiga ekor lagi anak. Setelah Firdaus menyediakan makanan dan minuman susu hangat untuk Comella, kami pergi ke kampung.

Menjelang tengahari, kami pulang ke rumah. Rupanya seekor lagi anak kucing lahir! Kesemuanya ada 5 ekor.

Bukan main seronok Firdaus dapat adik-adik baharu! Semakin rajinlah dia melayan makan minum Comella. Encik Suami suruh Firdaus pindahkan Comella bersama anak-anaknya ke dalam kotak yang disediakan dan pindahkan ke tepi tangga dapur. 
Apabila Amie lihat kotak tersebut.... ya Allah! Itu bukan kotak dik! Itu bakul kuih raya! Uwaaaaaa! Inilah akibatnya kalau harta karun Amie, Encik Suami angkut pindah ke dalam stor baharu! Firdaus sangka semua barang di dalam stor sudah tidak digunakan lagi. Amie pun tidak sangka bakul kuih raya itulah yang Firdaus maksudkan sebagai kotak tempat tidur Comella dan anak-anaknya!

Firdaus kata, nanti dia akan keluarkan Comella dan anak-anaknya dari bakul kuih raya. Firdaus akan cari kotak lain. Amie kata, tak perlulah dik. Biarlah. Sudah jadi rezeki kucing kamu berehat dalam bakul kuih raya!

Firdaus tidak jemu-jemu melihat Comella dan anak-anaknya.

Istimewa sungguh Comella dan anak-anaknya di dalam bakul kuih raya... ahaks!


Sibuklah Firdaus merakam gambar video Comella. Kemudian  dihantar kepada Abang Farid, Fuad dan Fairuz. Kelmarin kami ziarah ke kampung Encik Suami. Tak henti-henti Firdaus bawa berita supaya mak dan pak saudara,  kakak dan abang sepupunya tahu dia sudah ada adik-adik baharu!

You May Also Like

24 ulasan

  1. Rezeki Comella dapat bakul cantik, penyayang Firdaus ni..caring sangat dia,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, dia rasa sunyi. Terkurung sepanjang PKP.

      Padam
  2. See...firdaus memang penyayang la kak amie...bagus dia ada peneman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Betul tu. memang dia jaga sungguh-sungguh kucing-kucingnya.

      Padam
  3. Uish...1st baca ingat adik betul.Tanjat gegirl ingatkan kak Amie peknen senyap2..hahahaha

    Tahniah Daus,dapat 5 adik!
    Rezeki Comella dapat rumah cantik...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahahaa.... dah nenek-nenek bilanya nak beranak lagi hihihiii.

      Padam
  4. Meriahlah keluarga bulus ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat bayangkan keriuhannya nanti Wak.

      Padam
  5. comelnya anak anak bulus firdaus

    BalasPadam
  6. omeyyy nya anak2 comella.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.... anak-aak Comella memang comel!

      Padam
  7. Ingatkan betullah si firdaus nak dapat adik baru… hehehe

    BalasPadam
  8. Comelnya nama Comella Firdaus bagi. Tu dia terus Comella dapat rumah cantik. Rezeki Comella dapat rumah cantik dengan anak anak baru. Ramai anaknya tu. Meriah nanti jadi teman Firdaus. Seronok dia dapat adik baru cerita dengan semua orang :) First time, tu yang dia leka tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang happy sangat Firdaus. Setiap hari waktu terluangnya diisi dengan melayan Comella. Jaga makan minumnya, dan jaga kebersihan tempat tinggalnya.

      Padam
  9. Wahhh comel sungguh bekas comella dengan anak anak tuuu hahahaha, tahniah firdaus dapat adik berbulu 5 ekor, jaga elok elok okey. Anak comella ni anak bapak ni, takde sekor ikut warna maknya hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa... itulah! Terkejut juga tengok semua hitam. Tapi tak tahu di mana sang bapa berada hihihiii.

      Padam
  10. Comel. Sudah ada nama ke? Hehe letak mula huruf F juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum ada nama lagi. Pening Firdaus nak cari 5 nama hihihiii.

      Padam
  11. Wah, bukan main lagi Comella dan anak-anaknya dapat katil cantik! Mesti tak menang tangan layan adik-adik baru 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai Firdaus cari katik untuk Comella hehehee.

      Padam
  12. wahh. comelnye bakul tempat tinggal comella dan anak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan Syu bakul kuih raya jadi tempat tinggal Comella dan anak-anaknya.

      Padam