Spinach Noodles
10:58 PGJumpa lagi di pagi Rabu yang redup. Mari teruskan rutin harian seperti biasa. Tiba-tiba teringat lagu nasyid zaman remaja purba nyanyian kumpulan Al-Mizan. Terngiang-ngiang senikata lagu Dunia dan Akhirat:
Beribadat kita
seolah kan mati esoknya
Bekerja berusaha
seolah kan hidup selamanya
Itulah sabda nabi kita
Muhammad Rasulullah
Dari itu janganlah
kita berlengah
Kerjakan semua perintah Allah
untuk akhirat sebelum terlambat
Tapi jangan lupa
kita hidup di dunia
Perlulah bekerja
dan juga berusaha
Mencari rezeki pemberian Allah
mencapai cita-cita
Oleh itu janganlah kita hanya
menadah tangan duduk berdoa
tanpa berusaha tak akan berjaya
Sebelum beraktiviti, mari kita alas perut terlebih dahulu. Pagi ini Amie sempat sediakan Spinach Noodles Soup dan kami bertiga bersarapan bersama sebelum Encik Suami keluar ke tempat kerja.
Spinach Noodles Soup ini cara olahannya ikut kepala Amie... ahaks! Amie gunakan 200gm spinach noodles dan masak di dalam 1,000 ml (1 liter) air panas mendidih. Mee akan mengembang dan menyerap kesemua air.
Amie sediakan kuah sup dengan cara mencelur satu demi satu bahan yang ingin Amie jadikan sebagai aksesori spinach noodles. Sebelum itu Amie didihkan 1 liter air dan ditambah dengan hirisan halia muda, bawang putih dan lada putih tumbuk. Kemudian Amie celur satu persatu bahan seperti udang, belly salmon, fish ball, lobak merah, brokoli dan sawi bunga. Amie keluarkan dan toskan setiap bahan. Akhir sekali Amie tinggalkan sayur sawi bunga dan bubuh garam / bahan perasa.
Spinach Noodles & The Gang |
Sarapan pagi : Spinach Noodles Soup & The Gang |
Spinach Noodles
|
Brokoli & Lobak Merah |
Udang & Belly Salmon |
Kicap Lada. |
Firdaus makan spinach noodles & roti telur.
Habis licin roti telur tak tinggal baki dikerjakan Firdaus.
Kerjakan sembahyang
puasa dan lainnya
Di samping jalankan
tugas seharian
Dari itu wahai
semua umat Muhammad
Bekerja untuk dunia
beribadat untuk akhirat
Jangan hanya dunia dipentingkan
akhirat utamakan.
18 comments
Lagu nasyid tu ... nostalgia sungguh. Masa sek rendah, lagu ni pasti akan dijadikan persembahan setiap kali hari penyampaian hadiah dan maulidurrasul tanpa pernah jemu.
BalasPadamCantik sungguh persembahan Mee Bayam, kak Amie, terliur sudah kami di sini, mana mahu cari???
Dulu-dulu lagu nasyid meresap ke jiwa dan raga!
PadamJemput makan mee bayam hihihiii.
Unik mi kangkung. Macam- macam ada jual di Sabah.
BalasPadamEk silap mi bayam. Patut pelik kangkung pula.
PadamWarna pun cantik.
Hehehee... tersasul kangkung pulak ye. Warna bayam tu, sedap kenyal rasanya.
Padamuniknya spinach noodle..ada cili kicap ngam
BalasPadamCili kicap itulah yang bagi rasa.
PadamEh,saya ternyanyi la nasyid tu..Memang hafal sebab zaman kanak-kanak selalu dengar.Nostalgia sungguh lagu nasyid dulu-dulu...
BalasPadamCantiknya mee bayam..Nak BDR sesuai makan mee bayam nanti boleh jadi Popeye...💪
hihihi
Spinach noodle macam sedap je, boleh try ni sesuai untuk diet
BalasPadamborong china
beli barang dari china
air freight malaysia
shipping company in malaysia
Shipping from China to Malaysia
wah unik lah spinach noodle nih
BalasPadamnampak menyihatkan
Saya lihat cili kicap dah kecur air liur.. hihi
BalasPadamSedap spinach noodles versi Kak Amie. Rencah asing-asing senang ambil mana yang suka. Roti telur fav Firdaus ke tu.
BalasPadamMenu sihat di pagi hari… mee tu letak cili kicap mesti bertambah sedap
BalasPadamNampak sedapnyaaa spinach noodles akak niii 😋
BalasPadamMeriahnya. Kalau masak macam ni untuk sarapan, pukul berapa agaknya kak Amie bangun
BalasPadamMenarik Spinach noodles...warna pun menarik...
BalasPadamSelalu terliur tengok masakan kak amie sebab bahan bahan dia banyakkkkk, memang puas hati kalau makan.
BalasPadamsihat mkn mee bayam. kt mne nk cari mee bayam tu kak amie?
BalasPadam