Sandwich Sardin Simple Dimple
8:44 PTGTanpa sinaran matahari, suasana tampak suram. Ambil gambar di senja hari, nampak bayang. Apa pun, jemput makan Sandwich Sardin Simple Dimple kami! Ikutkan selera Firdaus, tak bubuh tomato dan yang sewaktu dengannya. Terfikir juga, bubuh sajalah. Terbayang pula nanti budak kecil itu tak jadi makan, atau keluarkan satu-persatu aksesori dari dalam roti. Malas buat kerja dua kali, ikutkan sajalah seleranya. Kalau bubuh apa juga jenis daun salad, dia akan makan. Jadi bubuhlah salad coral green. Curi-curi bubuh bawang besar cincang halus. Yang bagusnya, Firdaus makan roti wholemeal atau roti tepung gandum penuh!
Sandwich Sardin Simple Dimple. |
Hidangan kami hari ini: Sandwich Sardin Simple Dimple, ikan layar panggang, lobak merah dan brokoli celur, lettuce, jambu air madu dan honeydew serta kurma ais. Minuman panas, longan & halwa kundur. |
Kurma Ais |
Sambal Hijau @ Ijo. |
Buah jambu air madu & honeydew. |
Sandwich Sardin Simple Dimple |
- 6 keping roti tepung gandum enuh @ roti wholemeal
- 1 tin kecil Ikan Sardin Ayam Brand
- 3 sudu besar mayonis
- 1 sudu kecil jus limau kasturi
- 1/2 biji bawang Holland - hiris halus
- salad coral green secukupnya
- mentega
- Panaskan ikan sardin bersama sosnya sebentar sahaja. Cukup setakat mula mendidih. Padamkan api dapur
- Pindahkan dalam sebuah bekas lain. Hancurkan ikan sardin.
- Tambahkan mayonis dan hirisan bawang Holland serta jus limau kasturi. Gaul sebati.
- Ambil sekeping roti wholemeal. Sapukan sedikit mentega.
- Letakkan dua helai salad coral green di atasnya.
- Sudukan sardin secukupnya.
- Tutup dengan sekeping roti lagi.
- Potong dua.
- Sedia untuk dihidangkan.
20 comments
Suka tengok hidangan Amie, banyak buah & sayuran.
BalasPadamBaruuuu buat tadi, sama lah dengan firdaus, tak makan tomato hehehehe
BalasPadamkurma ais tu sedap..longan + halwa kundur sedap minum panas2..
BalasPadamsemua ni sedap sis, terus plan esok nak lunch dgn sandwich tuna dlm tin. hehe kat ofis senang je camtu tapi if kat rumah cfrm memacam accessories ditambah
BalasPadamsedapnya sandwich, meriah dan ceria dengan sayuran, anak-anak ni ikut pilihan sayur diorang suka, biasa ibu abah la habiskan sayur tu
BalasPadamSelamat beriftar cikgu & keluarga.
BalasPadamCemburu tengok makanan sihat & segar.Hihihi
SK mana Sk...
Kata nak pakai kebaya..
Jom...hihihi
simple dimple yg osem sedap
BalasPadamSangat-sangat menyelerakan. Kecur dibuatnya.
BalasPadamAssalanualaikum Amieku sayang,
BalasPadamAlhamdulillah masih diizinkn Allah utk kesini. Kalaulh dpt sepriring sandwich alangkh bahagia rasa d hati😊. Tlg doakn saya. Semuga Amie terus bahagia😊
Belum pernah lagi letak coral green dalam sandwich.
BalasPadamSedap-sedap belaka, dengan pelbagai warna sayuran & buah-buahan. I like :)
BalasPadamdalam banyak2 sardin yang saya pernah cuba, ayam brand la paling sedap
BalasPadamKalau kat rumah sy ni buat sandwich sardin, sy soh isi sendiri intinya sebab Pak Inche dan Iman tak makan sardin yg dah sandwich. Kalau sandwich telur , bru sy siapkan terus dgn tomato dan saladnya.
BalasPadamIkutkan je selera dia makan. Susah juga kalau letak bahan yang dia tak makan. Curi curi letak bawang dia makan juga tanpa curiga. hihi..dah tersuka Firdaus makan sambal ijo.
BalasPadamsimple. tp sedap dan kenyang paling penting.
BalasPadamSedapnyaaa kak. Da lama xbuat sandwich ni.hehe
BalasPadam
BalasPadamSedapnya sandwich sardin ni. Lama tak makan sandwich sardin.
sandwich paling mudah, kan. sedap plak tu.
BalasPadamni antara inti yg paling kerap saya buat.
kedua is inti telur mayonis.
now kan dok rumah, itu yg sarapan semua homemade.
nak keluar rumah, takot! sesekali, oder delivery nasi lemak / roti canai.
Sandwich sardin... sedapnya! Baguslah Firdaus pandai makan roti wholemeal. Selalu budak-budak tak suka.
BalasPadamSimple dimple tp membangkitkan selera yg memandangnya
BalasPadam