Mee Hoon Goreng Putih
10:07 PGJumpa lagi di pagi Isnin yang nyaman. Kelmarin hujan sepanjang petang membawa ke malam. Hari ini tanah nampak lembab, dan tumbuh-tumbuhan kelihatan bersabar subur.
Sudah sarapan pagi? Amie sempat masak Mee Hoon Goreng Putih. Nak bagi nama Mee Hoon Goreng Singapura taku tak menepati pula bahan yang digunakan. Jadi namakan Mee Hoon Goreng putih sahajalah sebab tak bubuh kicap atau cili kisar. Warnanya pun putih kuning disebabkan warna yang terbit dari lobak merah. Sebagai pelengkap hidangan Mee Hoon Goreng Putih, Amie tumbuh bawang putih dan cili padi, tambahkan perasa dan juga jus limau kasturi.
Amie gorengkan keropok kentang untuk Firdaus. Encik Suami minta Sotong Panggung. Sempat jugalah Amie ikat Sotong Panggung dengan daun kucai.
Mee Hoon Goreng Putih. |
Mee Hoon Goreng Putih, Sotong Panggung, Keropok Kentang, lada, epal dan limau sunkist. |
Keropok Kentang |
Limau sunskist dan epal. |
Lada. |
Sotong Panggung. |
- 1 bungkus mee hoon - rendam dengan air biasa hingga kembang
- 2 biji telur
- 1 cawan isi udang basah
- 1 biji lobak merah kecil - sagat
- 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
- 10 batang kucang - hiris 2 cm
- 3 ulas bawang putih - tumbuk
- 3 biji bawang merah - tumbuk
- 1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut - tumbuk
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- Panaskan minyak.
- Tumis udang kering, bawang putih dan bawang merah sehingga terbit aroma.
- Tolak ke tepi kuali bahan tumisan tadi. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau-kacau hingga hancur. Kemudian campurkan dengan bahan tumis tadi.
- Masukkan lobak merah dan udang basah.
- Tumis sehingga udang basah berubah warna.
- Seterusnya masukkan mee hoon. Gaul rata.
- Taburkan lada hitam, garam / perasa pilihan.
- Padamkan api dapur.
- Taburkan daun kucai.
- Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
30 comments
suka meehoon camni..nk plak kalo ada cili kicap..sotong panggang menarik tu
BalasPadamMee hoon goreng begini rasa ringan jew masuk perut.
PadamDana suka keropok kentang, lama dah tak jumpa... sedapnya mehun goreng akak dengan semua menu sampingan, kat rumah ni jarang masak mehun putih si Aiyan tak minat tapi dana suka heheheh... sejenis suka lada hitam
BalasPadamSedap keropok kentang tu. Firdaus suka makan.
PadamBihun putih macam ni fav dania ni...kalau nak tengok dia makan bertambah- tambah kena la buat bihun putih ala-ala spore ni
BalasPadamBahaya bihun putih ni. Memang tak cukup makan sepinggang!
PadamAmie, boleh share resepi lada? Nampak sedap. tq.
BalasPadamYa, boleh. Memang untuk dikongsikan. Silakan.
PadamLama sy tak masak Mee Hoon Goreng Putih ni. Teringat dulu, arwah makcik, kalau masak mee hoon goreng, mesti putih jer warnanya
BalasPadamMee hoon goreng putih ni walaupun tanpa sentuhan kicap dan merah cili, memang ada rasanya yang tersendiri.
Padammeehoon kalau yang kaler putih ni memang panggil meehoon singapore je..hehe
BalasPadamBiasanya begitulah.
PadamRasanya dah bertahun tak masak mee hoon putih sejak dah pandai masak mee hoon merah.Dulu tak pandai masak meehoon merah.Dah reti masak meehoon merah,eh,lupa dah nak masak meehoon putih.Nampak sedap tu dengan sotong panggung...Unik namnanya
BalasPadamMeriah masakan mee hoon ye. Ada mee hoon hitam kicap, merah cili dan mee hoon putih Singapore.
PadamSukanya kalau orang masak letak seafood tak berkira sebab memang minat seafood hehe. Saya singgah baca dan follow. Salam kenal ☺
BalasPadamSedapkan masuk aksesori banyak-banyak dalam mee hoon goreng.
PadamTerima kasih sudi follow.
Pertama kali tahu ada keropok kentang. Cantik warnanya.
BalasPadamSedap menu sarapan hingga ke tengahari ini.
Keropok kentang tu ada warna kuning juga. Dua-dua rasa pedas.
PadamCantiknyaaaa rupa meehoon goreng putih akak ni.. mestiiiii sedapp 😋
BalasPadamYangbuat sedap tu sebab bubuh udang kering.
PadamCCL panggil beehoon singapore
BalasPadamYe betul. Mee hoon Singapore.
PadamBetullah... Biasa panggil mihun Singapura.
BalasPadamGeram tengok udang tergolek-golek dalam mihun putih tu. Apa ada pada nama, yang penting sedap
BalasPadamSedap bihun putih makan dengan keropok. Menarik betul warna keropok kentang tu. Pink warnanya. Wahh bersotong panggung lagi. Lepas dendam makan bila dah lama tak makan.
BalasPadamMewahhh mee hoon kak amie! Banyakkkk udangnya!
BalasPadamBanyak udang dalam meehoon Amie. Sedapnya, kegemaran saya, meehoon goreng ni. Tak kisah hitam ke, putih ke. Hehe.. resepi Amie sama macam arwah mak saya cakap, kalau goreng meehoon, letak udang kering, baru sedap. :)
BalasPadamSemalam saya pun msk mihun putih,tambah juga kobis selain carrot dan gandingkan dgn kepak ayamas.mmg bertambah makannya
BalasPadamSedapnya meehoon tu mewah udang pulak tu.. perah limau letak kicap pedas.. perghhh
BalasPadamsedap mee hoon goreng putih.
BalasPadam