Air Asam Belimbing Buluh
9:48 PTGHujan berpanjangan dari tengahari membawa ke petang. Di pertengahannya banjir kilat sehingga masuk ke halaman rumah kami. Syukurlah air tak masuk ke dalam rumah sebab kami 'tinggikan tangga' menjadi tembok rumah. Walaupun air telah surut tetapi hujan masih turun renyai-renyai.
Sudah tentunya dapur pun jadi gelap. Walaupun buka lampu, tapi oleh kerana tuan punya dapur tidak mempunyai ilmu fotografi, hentam sajalah mana yang dapat...ahaks!
Hujan-hujan begini, makan apa pun sedap!
Amie teringin makan nasi dengan ikan bunak @ ikan tudung periuk masak singgang. Teringat buah belimbing buluh, rasa kecur pula bayangkan air asam belimbing buluh! Encik Suami dan Firdaus pula sibuk melayan ikan tenggiri panggang. Kita asyik hirup kuah singang.
Bila asyik melayan selera, tak tersedar air asam belimbing buluh hampir licin!
Air Asam Belimbing Buluh |
Hidangan hari ini:
- Nasi putih
- Ikan tenggiri panggang
- Singgang ikan bunak @ ikan tudung periuk
- Air Asam Belimbing Buluh
- Ulam-ulaman - kacang bendi, yumak, coral red, timun & telur masin
- Kurma Safia
- Buah-buahan - limau sunkist, honeydew & strawberi
- Jus timun
Kurma Safia |
Ikan Tenggiri Panggang. |
Ulam-ulaman i kacang bendi, yumak, timun, coral red & telur masin. |
Hirisan limau sunskist, honeydew & strawberi. |
Belimbing Buluh. |
Terima kasih rakan-rakan yang sudi kunjung singgah di dapur Amie. Ini sahajalah tempat Amie meluah rasa, melepas lelah dan resah dalam menjalani rutin harian. Resipi yang Amie kongsi pun sebenarnya resipi biasa-biasa sahaja. Tidak ada istimewanya. Hanya menu sehari-hari. Nampak banyak penuh dalam talam sebab semua benda dicampur di situ.
Teringat dalam entri lepas, Fiza dari Blog Sihatimerahjambu pernah bertanya jenis salad yang selalu Amie hidangkan. Ada macam-macam jenis seperti coral red, coral green, lettuce dan yumak. Yang Fiza tanya dulu tu, salad jenis lettuce. Yang Amie hidangkan hari ini nama dia yumak.
Afeezz dari blog dan aku menulis untuk diri sendiri pernah bertanya resipi air asam tomato. Nanti kalau Kak Amie buat air asam tomato Kak Amie kongsikan resipinya ya Afeezz. Tengok resipi Air Asam Belimbing Buluh pun boleh. Gantikan saja belimbing buluh dengan tomato.
Air Asam Belimbing Buluh
Bahan-bahan:
- 3 biji belimbing buluh - hiris nipis
- 10 biji cili padi
- 3 biji bawang merah -hiris
- 1 sudu kecil belacan - bakar
- 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air masak
- 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
- garam / gula / perasa pilihan
Cara:
- Patah-patahkan 5 biji cili padi.
- Tumbuk 5 biji cili padi yang lain bersama belacan bakar. Tak perlu tumbuk halus.
- Masukkan 2/3 daripada belimbing buluh yang dihiris nipis. Tekan-tekan dengan anak lesung hingga separuh hancur.
- Keluarkan bahan tumbuk dari lesung, dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan bawang merah, garam / gula / perasa pilihan, air pati asam jawa, jus limau kasturi dan lebihan hirisan belimbing buluh.
- Gaul sebati.
- Hidangkan.
32 comments
Selamat menjamu selera
BalasPadamNampak sedap2 belaka
Selamat beriftar sunat Zulhijjah
BalasPadamSedap- sedap semuanya...
Terima kasih Mama Cella. Jemput.
Padambelimbing buloh,buat air asam.cicah ulam. pun. sedapp. ni
BalasPadamYang masam-masam tu buat kecur jew kan Mama Sara Nur.
PadamHujan hujan makan apa pun sedap. lagi lagi menghirup kuah panas. kecur air liur tengok asam belimbing buluh. Terasa rasa masamnya tu.
BalasPadamTerima kasih Kak Amie inform. haritu check semula entri tu tak reply lagi. Nanti nak cari lettuce tu. Biasa beli lettuce bulat ke namanya. Nak cari yumak ni jugak. Suka salad jenis rangup.
Di LD tak ada daun pegaga, daun selom, pucuk-pucuk yang ada di Malaya tu. Jadi terpaksalah beli daun-daun salad saja untuk buat ulam.
PadamSalad jenis rangup memang sedap kan Fiza.
Haah nampak macam-macam jenis salad Puan Amie tunjuk. Bagus makan pelbagai jenis sayur.
BalasPadamPerasan Puan Amie suka buat pencicah.
Encik Suami suka makan ulam. Selalu dia cari sambal buat pencecah. Itu yang kita rajinkan diri untuk sediakan.
PadamSedapnyaa
BalasPadamJemput Rabiah.
PadamNampakk menu yang menyihatkan bila tengok juadah kak amie ni, lengkap sayur dengan buah buahan.
BalasPadamYe Atiqah. Bila sudah berusia ni, kenalah jaga makan semampu yang boleh. Lebihkan sayur dan buah.
PadamTerliurnya . Ini kalau makan dengan ulam ulaman laju je kan
BalasPadamBetul tu.
PadamAssalamualaikum, menyelerakan semua, sejuk2 hujan, hirup kuah singgang lagi sedap tu..
BalasPadamWaalaikumussalam. Ye, betul tu.
Padamsedap air asam tu.. tenguk pun dah kecur air liur hehe
BalasPadamJemput Nard.
Padamair asam r sambal wajib ada kan amie...pembuka selera tu
BalasPadamYe Kak PI. Itulah yang Encik Suami selalu cari sebab dia suka makan dengan ulam.
PadamBaca entri ni sambil terkerut2 muka tahan masam ..
BalasPadamOoohh ye ke. Belimbng buluh tu tak rasa masam sangat setelah campur dengan macam-macam bahan yang lain.
PadamTerus kecur air liur tengok ais asam belimbing buluh Kak Amie 😄
BalasPadamSelalu bubuh belimbing buluh dalam masak lemak.menarik juga buat air asam
BalasPadamFuh! Bau air asam tu lekat kat jari yg best tu!
BalasPadamtengok belimbing buluh tu terus rasa kecur kak oi
BalasPadamsedap. terliuh betul!!
BalasPadamcara buat video
kaki bengkak
supplement ibu mengandung
Kalau ada belimbing buluh, boleh try resepi air asam tu
BalasPadammeriah nampaknye menu walaupon simple
BalasPadammmg naik selera mkn dgn ulam dan telur masin tu..
BalasPadamBahaya, ada air asam ni, boleh bertambah nasi. Hehe.. walaupun Amie cakap resepi lauk biasa-biasa je, memang itulah yang sedapnya! Boleh dapat idea nak masak apa. :)
BalasPadam