Kari Ikan Layar Tanpa Santan

7:14 PTG

Walaupun sibuk siapkan kerja hakiki, namun dapur tetap diutamakan. Hari ini masak agak lewat. Sambil memantau PDPR Firdaus, kita bersilat di dapur. Apabila Firdaus tidak faham menyiapkan kerja sekolahnya, budak kecil itu datang bawa buku ke dapur. Aduhai sayang! Habislah buku latihan bau belacan! 

Nanti lepas masak Mommy tunjukkan.

Ok.Ok!

Dia pun keluar dari dapur bawa buku latihan dan penselnya.

Beberapa minit kemudian datang lagi.

Mommy! Betulkah jawapan yang Daus tulis ini?

Aduhai sayang Mommy! Habislah nanti buku latihan bau tempoyak pulak!

Haaa... begitulah kira-kiranya suasana peperangan di antara ibu dengan dapur dan PDPR Firdaus. Syukurlah kita sudah siap hantar laporan BDR sendiri!

Aroma belacan, aroma tempoyak dan segala aroma yang terbit dari dapur, akhirnya siaplah hidangan tengahari yang kami nikmati menjelang pukul 3 petang. Amie panaskan semula Kari Ikan Tanpa Santan (pagi tadi makan dengan lempeng kelapa). Amie tambahkan terung goreng

Kari Ikan Layar Tanpa Santan.

Jom makan tengahari:
  • Nasi Putih
  • Kari Ikan Layar Tanpa Santan
  • Sotong Goreng Salut Tepung BESTARI
  • Pucuk Timun Tumis Udang Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
  • Ulam Daun Salad - Petai & Ikan Kerapu Masin Kukus
  • Sambal Tempoyak
  • Nanas Madu
Salad, Ikan Kerapu Masin Kukus & Petai.

Kelmarin petang anak buah hantar daun salad, kobis, lettuce dan pucuk timun. Salad-salad itu bolehlah dijadikan pelengkap hidangan kami untuk beberapa hari. Selalunya kalau ada pucuk timun, Amie akan masak lemak cili api. Hari ini Amie tumis sahaja. Gunakan Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. Ringkas dan cepat!

Sambal Tempoyak.


Pucuk Timun Tumis Udang Sambal Tomato Versi Ikan Bils.

Sotong Goreng Tepung BESTARI.


Sotong Goreng Tepung BESTARI ini 2/3 masuk perut Firdaus. Dia dah tak pandang lauk lain. Habis sotong dalam piring, dia pun tak mahu makan nasi lagi walaupun ada sejemput dalam pinggan!

Hirisan Nanas Madu.


Halba Campuran.

Gambar dari entri lama : Halba campuran (biji sawi, jintan putih,, jintan manis dan halba)


Terpulanglah nak guna ikan apa yang disukai. Amie gunakan isi ikan layar. Seperti biasa, sentuhan terakhir di hujung masakan sudah tentulah dituang perahan jus limau nipis. Masakan kari MIL, baik ikan atau ayam memang tak pernah Amie lupakan. Limau nipis itu bahan wajib, pengganti asam jawa atau asam gelugur. Itu citarasa MIL yang diwarisi menantunya... ahaks! Seingat Amie MIL tak pernah masak kari ikan layar!

Bahan-bahan:
  • 500 gram isi ikan - potong ikut saiz yang digemari
  • 2 biji terung panjang - belah 2 - potong 2 - goreng hingga layu - angkat - toskan
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya - boleh gunakan asam jawa/ asam gelugur
  • 600 ml air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumis:
  • 1 sudu besar halba campuran (biji sawi, jintan manis, jintan puti & halba)
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 biji tomato saiz besar - potong dadu
Bahan rempah:
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan halba campuran. Kacau seketika dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih.
  2. Setelah bawang mula kekuningan, masukkan pula daun kari dan kacau lagi, dan kemudian masukkan cili merah.
  3. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong dadu. Kacau rata dan masak sebati sehingga hancur. 
  4. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau sebati, dan kemudian masukkan air. Perlahankan api dapur.
  5. Setelah kuah mendidih masukkan ikan. Biarkan masak selama 5 minit.
  6. Masukkan terung yang digoreng tadi, taburkan garam / gula / perasa pilihan. Kacau beberapa kali dan biarkan masak seketika.
  7. Akhir sekali, tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua,dan padamkan api dapur.

20 comments

  1. Lapar tengok lauk pauk kak amie hari ni...nampak sedap betul tu

    BalasPadam
  2. Mujur dah kenyang, kalau tak... mahu hulur pinggan kosong ni.

    BalasPadam
  3. Firdaus lagi suka makan lauk daripada nasi. Sedaplah itu makan sotong goreng tepung Bistari.

    BalasPadam
  4. Nak kukus jugalah ikan kurau masin yg MIL kita pos hari tu. Nampak macam sedap ikan kerabu masin kukus Kak Amie tu :)

    BalasPadam
  5. Hihi.. Daus.. Daus.. penghibur hati mommy dan aunty2 yang singgah di sini. Nampaknya, Daus suka ratah lauk saja dan kurang makan nasi.

    BalasPadam
  6. suka tengok hidangan Amie, mesti lengkap..pucuk timun tk pernah makan, mesti rasa lemak2..petai & sambal tempoyak gandingan mantap..

    BalasPadam
  7. Lauk kak amie x pernah x meriah.. bestnya tgk

    BalasPadam
  8. 2/3 masuk perut firdaus ya hahaha, sedappp sangat lah tuuu makan sotong goreng tepung kak amie tuu

    BalasPadam
  9. Saya pun suka kalau kari tak bubuh santan. Sedapnya sotong goreng tu. Kalau saya ada, boleh berebut dengan adik Firdaus. Hehe

    BalasPadam
  10. sedap sangat.
    saya kalau makan kari, santan tak santan, memang saya ok sahaja.

    BalasPadam
  11. Kari ikan tu sama dgn itara punya style..cuma kt sini depa guna jus asam jawa bkn jus limau nipis..lain2 bahan sama.

    BalasPadam
  12. uish... terliur betul tengok kari ikan ni kak. Saya mmg favourite kari ikan. tak kisah laa ikan apa. Terima kasih share resepinya kak amie.

    BalasPadam
  13. MENU LENGKAP SEMPURNA SEDAP JE

    BalasPadam
  14. Ikan layar...sedapnya.
    Kat semenanjung tak jumpa orang jual ikan ni..

    BalasPadam
  15. Hehe..Firdaus tak sabar nak siapkan kerja rumah.terpaksa tanya mommy kat dapur. Goreng gorengan favourite Firdaus tu yang tak pandang lauk lain. Pucuk timun boleh dijadikan sayur juga ye. Baru tahu.Sedap juga lauk kari tanpa santan.

    BalasPadam
  16. petai dan salad tu yg paling menggoda mata dan lapaqqqqqqqqq :D

    BalasPadam
  17. Tertarik saya dengan petua perahan jus limau nipis tu kak. Terima kasih sudi kongsi :)

    BalasPadam
  18. tk pernah masak pucuk timun....nanti
    blh k wangi cuba

    BalasPadam
  19. Mesti sedap.. Lauk pauk pun banyak pilhan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe