Jantung Pisang Masak Lemak Kencur
10:10 PTGJumpa lagi. Sambil menyiapkan entri sambil-sambil memantau Firdaus menyiapkan tugasan Pendidikan Muzik. Tugasan diberi pada 15 Julai 2021 tetapi belum disiapkan. Kita ini buta muzik...ahaks. Tak pernah belajar muzik. Tercengang-cenganglah juga setiap kali hendak menerangkan sesuatu topik muzik supaya Firdaus mudah faham. Akhirnya, kita pun hantar mesej kepada guru mata pelajaran Firdaus. Malam-malam ganggu cikgu! Sudahlah hari cuti, dan cuti sekolah pula. Harap tidaklah cikgu rasa terganggu, tapi sebenarnya memang ganggu waktu cikgu! Minta maaf banyak-banyak cikgu.
Allahu Akbar. Salam disambut. Dijawabnya dengan baik walaupun kita mesej sudah pukul 9 malam. Mommy Firdaus tak faham apa itu Permainan Tangga Melodi. Terima kasih banyak cikgu.
Apabila Firdaus tahu cara menjawab soalan -soalan yang diberikan, seronoklah dia. Sambil melukis tangga melodi, sambil bernyanyi-nyanyi. Diulang-ulang lagunya yang entah dari mana diperolehinya. Amie dapat tangkap senikata lagunya:
ibu
aku lapar dan haus
ibu
aku kehausan
ibu akan memberiku susu
banyak susu ibu
terima kasih
saya boleh minum susu yang sedap
saya sendirian
tetapi saya bersyukur
mempunyai ibu
dan ibuku menjagaku dengan baiknya!
Setelah selesai menjawab latihan sebanyak 3 muka surat, Amie tanya Firdaus.
Lagu siapa sayang Mommy nyanyi tu?
Daus nyanyi sendiri.
Sayang dengar dari mana?
Tiada dengar dari mana-mana. Daus nyanyi lagu Daus sendiri.
Apabila Amie amat-amati lagunya, ternyata patah perkataan yang muncul dari bibirnya itu merupakan apa yang dilaluinya setiap hari. Misalnya, apabila rasa haus dan lapar, memang Amie akan berikan minuman seperti susu. Perkataan 'saya sendirian' itu memang lahir dari rasa sunyi dan sepi tanpa ketiga-tiga abangnya. 'Tetapi saya bersyukur' itu diterjemahkan dari kerja sekolah mata pelajaran Pendidikan Kesihatan minggu lepas yang bertajuk Bersyukur dan Kasih Sayang.
Sekarang Firdaus boleh berehat, dan bersedia untuk tidur. Amie siapkan entri Jantung Pisang Masak Lemak Kencur. Selepas ini Amie akan hantar hasil kerja Firdaus ke telegram guru mata pelajarannya.
Petang tadi, kami makan bersama. Jantung pisang pemberian anak buah, Amie masak lemak kencur. Tambahkan seekor ikan talapia goreng, kerat dua. Lengkapkan dengan sambal belacan, ulam kacang bendi dan timun serta telur dadar. Sudah tentulah telur dadar itu 2/3 jadi milik Firdaus.
Encik Suami pula, petang tadi sediakan jus timun campur epal hijau.
Jantung Pisang Masak Lemak Kencur |
- Nasi putih
- Telur dadar
- Ikan talapia goreng
- Jantung pisang masak lemak kencur
- Ulaman kacang bendi dan timun
- Hirisan buah nanas, strawberi & kurma
- Sambal belacan
Kurma |
Telur dadar. |
Ikan talapia goreng. |
Ulaman: Kacang bendi, timun & tomato ceri. |
Sambal Belacan Siam. |
Hirisan nanas & strawberi. |
- 1 biji jantung pisang - celur hingga masak - toskan - hiris nipis
- 1/2 biji kelapa parut - kisar dengan 2 cawan air
- 1 keping asam gelugor
- garam / gula / perasa pilihan
- 25 tangkai cili padi kampung warna hijau
- 3 ketul isi kencur
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu kecil belacan
- Tuangkan santan ke dalam periuk.
- Masukkan jantung pisang. asam gelugor dan bahan tumbuk / kisar.
- Masak di atas api sederhana.
- Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
- Apabila kuah mula mendidih, taburkan garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
15 comments
Bagus itu tidak tahu tanya guru. Hehe nampaknya Puan Amie ambil peranan bertanya bagi pihak Firdaus.
BalasPadamMacam-macam cara buat pecak.
Itulah realitinya PDPR. Memang perlu bantuan dan bimbingan ibu bapa untuk belajar di rumah. Syukurlah mudah untuk merujuk dan bertanya kepada gurunya. Secara tidak langsung kita pun ikut belajar sukatan tahun 2 juga hihihiii.
Padamlapar terus!
BalasPadamlamanya tak makan jantung pisang
Jemput!
PadamMasak lemak + sambal belacan = memang sedap..
BalasPadamKalau kat NS dipanggil Lawar Jantung Pisang kak amie..gandingan menu lain2 tu pun memang kena
BalasPadamconfirm bertambah nasi makan nanti ni
Comelnya lagu Firdaus. Lirik dia tu menusuk hati. Pandai Firdaus buat rentak lagunya. Sedapnya lauk jantung pisang masak lemak. Kena dengan hidangan lauk lain.
BalasPadamLama tak makan jantung biasa. Biasa rebus cicah budu je dengan satu lagi jenis masakan tak pasti apa dia. Kena tanya mama masak apa yg satu lagi tu.
BalasPadamSedap jantung pisang..tp akak tak pernah lg masak mcm ni..biasa masak lemak kuning tu ja ataupun buat kerabu..
BalasPadamSedapnya jantung pisang kalau nak makan kena ada sambal belacan! Tak kira lah menu apa pun. Sedap lah pulak
BalasPadamSedapnya hidangan malam. Tersentuh dengan nyanyian Firdaus, begitu syukur dia dengan ibunya. SubhanAllah.
BalasPadamyummyyy
BalasPadamlama x mkn ni
Saya x pernah rasa jantung pisang, pernah la dulu rasa sikit tp x terima tekak…
BalasPadamSedap sedap hidangan kak amie!
BalasPadamComel lagu ciptaan firdaus. Terhasil daripada apa yang dilaluinya sendiri. Bersendirian tanpa abang abangnya tapi alhamdulillah masih bersyukur ada ibu dan ayahnya.
Nampak sedap jantung pisang masak lemak tu . CCL tak pernah cuba lagi menu tu . Tapi tahu mesti sedapkan
BalasPadam