Tips Membuat Cili Jeruk Rangup & Tahan Lama
11:02 PGSelamat berhujung minggu. Selamat menunaikan puasa sunat 9 hari terawal Zulhijah. Moga segala amal ibadat yang dilakukan penuh keihklasan akan mendapat ganjaran yang besar daripada-Nya. In syaa Allah.
Pagi ini tidak ada paparan sarapan pagi seperti biasa. Amie kongsikan cara-cara untuk menghasilkan cili jeruk rangup. Sebelum ini Amie pernah kongsikan di sini: MUDAHNYA MEMBUAT CILI JERUK RANGUP!
Dalam entri yang lepas Amie ada sebut tempoh ketahanan cili jeruk ini selama sebulan. Sebenarnya lebih daripada itu, apalagi kalau kita simpan dalam peti sejuk. Berbulan-bulan juga cili jeruk ini masih elok walaupun Amie simpan dalam suhu bilik. Tapi, kena jagalah kebersihannya terutama sewaktu ambil cili jeruk dari bekasnya. Gunakan sudu yang bersih untuk keluarkannya.
Terima kasih sekali lagi Amie ucapkan kepada tuan punya asal resipi cili jeruk di sini: RESIPI CILI JERUK RANGUP TAHAN LAMA. Amie ubahsuai resipi berdasarkan sukatan yang Amie gunakan.
Cili Jeruk |
- 750 gram cili hijau muda
- 3 cawan cuka makan
- 1 sudu besar kapur makan
- 1.5 cawan gula pasir
- 1 sudu besar garam
- 6 cawan air untuk masak cili
- Potong mengikut ketebalan yang seragam.
- Bilas di dalam mangkuk tapisan supaya dapat asingkan biji cili.
- Larutkan kapur makan, dan rendam cili di antara 1-2 jam.
- Toskan dan basuh bersih cili sekurang-kurangnya 3 kali untuk menghilangkan bau kapur.
- Jerang 6 cawan air hingga mendidih. Tutup api dapur.
- Masukkan cili tadi dan kacau rata. Biarkan selama 20 - 30 saat sahaja.
- Toskan cili dan masukkan dalam bekas kaca yang sudah dibasuh dengan air panas.
- Panaskan cuka, gula dan garam sekadar larut sahaja dengan menggunakan api kecil. Tak perlu hingga mendidih.
- Tuangkan bahan ke dalam bekas cili.
- Biarkan selama 45 minit sebelum digunakan.
- Simpan dalam peti sejuk untuk menghalang kulat kerana tidak gunakan bahan kimia sebagai pengawet.
17 comments
Tq share. Boleh try ni sebab inche suami suka makan cili jeruk. Biasa makan bila order char kuay teow atau beli mi/bihun goreng di pasar malam.
BalasPadamOkey lepas ni dah boleh buat cili jeruk sendiri...nampak sedaptu..SA suka cili jeruk yang macam ni...
BalasPadamtq Kak Amie share cara buat cili jeruk..saya anak beranak memang suka makan mi goreng atau kue teow goreng dengan cili jeruk, tapi tak pernah buat lagi di rumah..
BalasPadamOwh,tips nya rendam air kapur dulu yer.
BalasPadamMesti bertambah rangup & sedap ni.Saya biasa buat tak ada step rendam air kapur tu...Terima kasih sharing.
cantik bekas cili jeruk tu kak amie..
BalasPadamOhh macam tu cara penyediaan dia. Sebelum ni saya buat tak basuh dengan air kapur tu. Tu je sekali pernah buat. pasni kalau rajin boleh cuba cara Kak Amie. Boleh simpan lama okaylah. Terima kasih Kak Amie share resipi.
BalasPadamsedap ni jeruk cili
BalasPadamGuna kapur makan rupanya. Selalu tidak masukkan apabila buat.
BalasPadamAisehman... Tengok cili jeruk aje pun, dah seploh kali sy telan ailio ni, kak Amie
BalasPadamTak mahir nak potong cili secara serong gitu. Selalu tak sekata. Hehe
BalasPadamSedapppp makan cili jerukkk kalau goreng kueh teow atau mi goreng, terbayang japp rasanya cili jerukk tuuu hehehe
BalasPadamWowww. Dappp nii kak 😋
BalasPadamtq utk tips rangup tu.
BalasPadamaida buat tanpa air kapur.
lepas ni boleh cuba.
memang kalau rangup, lebih sedap.
tanpa cili jeruk ni, mee goreng kurang ummph! :)
Saya suka mkn cili jeruk dgn mi,bihun,kueteow grg tp perut tak tahan cuka..sat lg memulas..
BalasPadamKalau nak simpan buat stock jualan,cili jeruk ni boleh tahan brapa minggu kak?
BalasPadamTak pasti berapa lama sebab saya tak pernah buat stock jualan.
PadamUntuk bekalan di dapur, pengalaman saya memang tahan lebih 3 bulan.
Terima kasih kak Amie, saya dah buat Cili Jeruk ikut panduan blog akak 😊
BalasPadam