Hari-Hari Dalam PKP Yang Firdaus Lalui!

7:03 PTG

Cerita hari Isnin lepas.
Nama Firdaus tersenarai untuk terima hadiah.
Guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan letakkan hadiah di hadapan pintu kelas .
Ibu bapa boleh datang ambil.

Ini dia bungkusan hadiah yang Encik Suami bawa pulang.


Dan gambar atas bawah ini merupakan hasil tugasan Firdaus membuat penanda buku.


Firdaus sangat teruja terima hadiah. Tak sabar dia nak buka bungkusan.


Ini dia hadiah dalam bungkusan itu:
  • Buku Nota
  • Pensel
  • Pemadam
  • Sticker Kata-Kata Motivasi
Comel betul pemadam bentuk ikan itu! Sayang pulak apabila Firdaus guakan untuk memadam tulisan!


Firdaus minta rakam suaranya dan hantar kepada guru mata pelajarannya. 
  • Selamat petang Cikgu Sherline. Terima kasih bagi Daus hadiah.
  • Selamat petang Daus. Sama-sama. Cikgu harap kamu suka hadiah itu.
Eh! Firdaus tak sebut dirinya 'saya', tapi disebut dirinya 'Daus'!
Budak ini nampak manja betul dengan cikgunya kan.

Petang tadi Firdaus sibuk siapkan tugasan Bahasa Arab. Sepatutnya sudah hantar kepada Ustaz tetapi ada kemusykilan yang dihadapinya. Lagilah kurang semangatnya apabila Amie beritahu akan rakam Tasmik Quran hantar kepada Ustaz. Minggu lepas ustaz sudah semak latihan Bahasa Arab. Walaupun sudah disemak online, tetapi ustaz semak sekali lagi secara manual buku latihan murid-murid.

Tak dapat Amie lupakan sewaktu Firdaus menyiapkan tugasan di bawah ini. Sebenarnya gambar atuk dan nenek itu, Firdaus lekatkan gambar Atuk Cocos di Lahad Datu, tetapi tdak ada pula gambar Nenek Cocos. Jadi, Amie cadangkan lekatkan sajalah gambar Nenek Jawa Selangor. Yang penting semuanya lengkap. Untuk gambar saudara perempuan pula, oleh kerana Firdaus tidak ada kakak, jadi Firdaus lekatkan gambar kakak sepupunya. Ustaz bagi 5 bintang!



Ustaz semak lagi buku latihan Firdaus.


Oleh kerana Ustaz sudah pesan sesiapa yang warnakan gambar-gambar dalam buku latihan akan diberi markah bonus, jadi gigihkan Firdaus mewarna.


Banyaklah hasil kerjanya ustaz bagi cemerlang!


Hari ini Firdaus buat Mommy pening!
Latihan Bahasa Arab sudah disiapkan tetapi ada satu yang dia tak boleh jawab.
Berkali-kali dia datang 'ganggu' Amie yang sedang berBDR - PDPR.
Akhirnya Amie renung lama-lama latihan yang diberikan.
Firdaus perlu isi tempat kosong berdasarkan gambar yang diberikan. Gambar tersebut ialah gambar mulut.
Daus mau tulis apa ini Mommy?
Ini mulutkah?
Atau bibir?
Ada gigi.
Ada lidah lagi.
Mana satu mau Daus tulis?

Akhirnya Firdaus tulis lisaanun (lidah). 
Geleng-geleng kepala sambil bercakap pada diri sendiri .... inilah KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)!

15 comments

  1. Comel hadiah. Betullah pemadam itu sayang hendak guna. Hehe satu gambar seribu jawapan.

    BalasPadam
  2. Tahniah utk daus. rajin dia belajar time pkp ni..

    BalasPadam
  3. Rajinnya Firdaus.. aunty bagi lima bintang jugaklah

    BalasPadam
  4. seronoknya dapat hadiah, lagi excited dia nak buat kerja sekolah ya. Cik Timm sendiri tergelak je tengok kakak yg sentiasa pegang rotan utk pastikan anak2 dia buat homework, hehe..

    BalasPadam
  5. Tahniah daus
    rajin buat kerja sekolah

    BalasPadam
  6. Best of luck Daus.. teruskan kecemerlangan❤

    BalasPadam
  7. Insyaallah.. Nampak cerahmasa depan Firdaus ni.. Muka pun nampak cerdik saja.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah . Tahniah adik daus . Berkat usaha ada juga rewards kan . Comel pulak hadiah2 tu .lepas ni lagi bersemangat la nak pdpr kn

    BalasPadam
  9. Tahniah Firdaus dapat hadiah. Seronok dia dapat hadiah. Memang manja tu gelarkan dia Daus dengan cikgu. hihi...Comel pemadam, memang rasa sayang nak guna. Bagus Firdaus ye rajin mewarna. Boleh dapat markah lebih. Lengkap tugasan Firdaus dah. Eh eh..terhibur telatah Firdaus nak cari jawapan. KBAT sungguh lah

    BalasPadam
  10. rajin Firdaus belajar. walaupun suasana tak sama macam di sekolah. Tahniah ye dapat hadiah

    BalasPadam
  11. Rajin Firdaus belajar,cemerlang pencapaiannya, tahniah Firdaus, cute pemadam tu.

    BalasPadam
  12. Comel gift dr cikgu daus.. semuanya tema biru... tahniah daus sayang 👏👏👏

    BalasPadam
  13. ish comel nya gift tuuu! moga Firdaus sentiasa rajin belajar. inshaallah berjaya dunia akhirat :)

    BalasPadam
  14. Tahniah firdaus! Memang rajin sungguh firdaus ni kan kak amie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe