Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
6:15 PTGKelmarin sudah puas menjamu selera dengan ketupat dan rendang daging. Hari ini kembali ke menu harian. Amie nampak banyak cili padi dan buah tomato di dapur. Teringat pula ada stok ikan bilis. Bolehlah buat sambal tomato. Biasanya Amie bubuh udang kering tetapi kali ini Amie bubuh ikan bilis. Hasilnya nanti bolehlah bubuah atas ikan panggang, atau makan dengan ayam goreng atau juga cecah dengan ulam-ulaman.
Hidangan makan tengahari kami hari ini ringkas sahaja. Ada nasi putih lauk ikan tenggiri masak singgang. Amie bubuh budu sedikit dan tambahkan terung gboma & tomato kampung. Firdaus nak makan anak ikan bawal hitam goreng. Jiran sebelah hulur terung. Amie goreng beberapa biji. Makan terung cecah sambal tomato.
Sambal Tomato Versi Ikan Bilis |
Hidangan makan tengahari. |
Ikan tenggiri masak singgang bubuh budu. Tambah terung gboma & tomato kampung. |
Anak ikan bawal hitam goreng. |
Terung pemberian jiran.
Ulam-ulaman : terung goreng & kacang botol. |
Hirisan buah honeydew. |
Cili padi, cili merah & tomato. |
Jom kita lihat resipi Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. Amie masak dalam jumlah yang agak banyak. Boleh simpan untuk dimakan pada hari yang lain. Sebelum masak nasi dan masak lauk yang lain, Amie tenggekkan dahulu periuk berisi Sambal Tomato Versi Ikan Bilis ini atas dapur. Apabila selesai masak, sambal pun sudah terbit minyak dan boleh dinikmati sebagai lauk makan tengahari.
Bahan-bahan:
- 2 cawan cili padi
- 8 biji cili merah -patahkan 2
- 10 biji tomato saiz kecil - belah 4
- 2 cawan ikan bilis - bilas & toskan
- 7 ulas bawang putih
- 2 labu bawang besar - hiris kasar
- 1 sudu besar belacan
- gula melaka secukupnya
- 2 keping asam gelugur
- garam / perasa pilihan
- 3/4 cawan minyak
Cara:
- Kisar ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan belacan dengan mencampurkan 3/4 cawan minyak.
- Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk / kuali.
- Kisar pula cili padi, cili merah dan tomato dengan menambahkan sedikit air. Kisar jangan terlalu halus.
- Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk / kuali.
- Tambahkan gula melaka secukupnya, dan masukkan asam keping.
- Masak dengan api perlahan. Tutup periuk / kuali. Buka sekali-sekala. Kacau supaya tidak berkerak.
- Setelah sambal terbit minyak, taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan biarkan seketika di atas dapur sebelum api dapur di padamkan.
Bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan. |
Bagi yang alahan belacan, tak perlu bubuh belacan. Ikan bilis sudah memadai untuk dapatkan rasa yang istimewa. Kalau rajin gunakan bawang merah saiz kecil. Amie campur bawang merah besar dengan bawang Holland. Belacan dalam gambar di atas itu penuh satu bekas. Ambil ikut keperluan sahaja.
Setelah kesemua bahan bercampur dalam periuk, beginilah kejadiannya.
Sambal Tomato Versi Ikan Bilis sudah terbit minyak. Kalau nak lagi kering, biarkanlah di atas api dapur seketika lagi. Encik Suami kata, aroma sambal tomato ini sampai ke bilik tidur di tingkat atas!
Tak terkira berapa kali Firdaus tambah nasi dalam pinggan! Budak kecil itu makan nasi lauk anak ikan bawal dengan sambal tomato. Amie hanya berpandangan dengan Encik Suami melihat Firdaus menambah-nambah nasi dan makan dua ekor anak ikan bawal.
Kata Encik Suami: Ada orang penat mengurus kedatangan ahli keluarga baru.
Firdaus terus menyuap nasi ke mulut. Amie terbayang sebentar lagi dia akan keluar memberi makan dan minum susu kucingnya yang baru melahirkan 5 ekor anak.
33 comments
Wah..menarik...kalau dapt ni memang sedap makan ngan ayam goreng panas- panas...ngan ikana goreng kan....
BalasPadamBetul SA. Rasanya pun taklah pedas sangat.
Padamsedappnya singgang tu
BalasPadamsy suka hirupp. kuahnya
Saya pun suka hirup kuah singgang.
Padamaduh aduh sedapnya kakkkk
BalasPadamJemput MY.
Padamtengok sambal tu menarik nyaaa!!
BalasPadammaunya berulang makan nasi klu dapat sambal cmatu ehehe
Itu laaa... Firdaus asyik menambah nasi dalam pinggan.
Padamwuuu ikan bawal akak nampak menarik :)
BalasPadamAnak ikan bawal hitam kegemaran Firdaus tu.
PadamSetiap hari mmg menyelerakan menu kak amie sekeluarga…
BalasPadamTerima kasih Afeezz. Menu kampung yang ringkas sahaja.
PadamSelera sungguh nampak lauk-lauk daripada ikan segar.
BalasPadamRatah pun sedap tu
Firdaus tu tukang ratah anak ikan bawal heheheee... suka betul dia.
PadamAmbil ikan bawal dan cicah dengan sambal tomato, fuh, sedap..
BalasPadamYa, itulah yang Firdaus suka sangat.
PadamBagus selera makan Firdaus. Kecil- kecil sudah biasa makan yang pedas.
BalasPadamTahniah ada 5 anak kucing baru.
Macam orang tua pula Firdaus kan, suka makan sambal. Biasanya saya kurangkan pedas sambal. Bertambah ahli keluarga dah ni hihihii.
PadamSenang bila ada stok sambal ni. Macam macam boleh dioleh dalam masakan. Saya pun biasa gunakan ikan bilis juga sebab husband tak makan belacan dan kurang suka udang kering. Kena ikut selera dia :)
BalasPadamYe, gunakan ikan bilis pun sedap.
PadamSenang ada stok sambal begini, nak makan hanya panaskan saja. Boleh cecah dengan apa-apa lauk.
Tak pernah tak menyelerakan lah menu hidangan kak amie ni, bertuah firdaus dan husband kak amie dapat makan sedap sedap selalu
BalasPadamTerima kasih Atiqah. Masakan kakak ringkas sahaja.
PadamCicah dengan cekodok sedapnya..
BalasPadamBetul tu. Memang sedap.
Padamsambal tomato gini makan dgn apa saja mmg sedap tu
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamSambal ni tahan beberapa hari pada suhu bilik.
Saya terbayang sambal Kak Amie ni dilawan dengan lempeng kepala... Alahai, terliur dibuatnya 😊
BalasPadamComel Firdaus berselera makan sampai bertambah-tambah.
Aduhai Farrah...
PadamEsok kakak nak buat lempeng kelapa!
Terbayang keenakannya, lawan kopi hitam panas!
kalau msk ni ada x dlm sejam baru selesai?
BalasPadamBoleh masaka dalam tempoh satu jam.
PadamKak Amie ambil masa lebih sejam sebab nak sambal mesra dengan api perlahan dan terbit minyak yang sempurna.
p/s terima kasih ats komen dan sggh blog sy. nnt sy smbg komen lg yaa😊
BalasPadamsedapnya nmpk sambal tomato ni. boleh cuba satu hari nnti..
BalasPadamSilakan Syu.
Padam