Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam
9:42 PTGAssalamualaikum. Jumpa lagi. Semalam tidur lewat untuk siapkan kerja hakiki. Sempat tidur 2 jam sahaja, kemudian bangun solat Subuh dan terus mengadap komputer membuat kerja-kerja online pula. Oleh kerana tidak cukup tidur kepala rasa berpusing. Kebetulan pula dapat arahan bertugas menyampaikan sijil-sijil SPM kepada calon-calon SPM 2020/21. Arahan datang kelmarin petang. Kita pun kelam-kabut nak buat persediaan PDPR sebelah pagi. Aduhai! Dua kerja dalam satu masa. Sabak sajalah. Pukul 10 malam ketika sibuk menanda kertas, datang arahan menerusi telegram pula. Kena ikuti PLC Akademik dari pukul 2:15 hingga 5 petang gunakan aplikasi Microsoft Teams.
Badan yang hampir rebah tiba-tiba tegak semula apabila subuh-subuh lagi Encik Suami telefon Fairuz. Katanya Fairuz akan pulang ke LD. Baru petang kelmarin suruh Fairuz pulang, dan rupa-rupanya Fairuz terus beli tiket dan ke balai polis minta kebenaran rentas daerah. Encik Suami sudah berusaha siang dan malam supaya anak-anak bujang dapat suntikan vaksin. Tunggu-tunggu giliran, tak juga sampai. Akhirnya Encik Suami nak cuba nasib, tunggu kalau ada yang menolak suntikan di mana-mana pusat di LD supaya Fairuz boleh gantikan.
Ketika Amie sibuk mengurus tugas di sekolah, telefon berbunyi.
"Mommy! Mommy masak apa hari ini?"
"Allah! Dah turun kapal terbang kah dik?"
"Ada ni di air port. Tunggu Baba datang ambil."
Aduhai anak bertuah! Bukan tanya khabar, tapi tanya masak apa hari ini?
Lama sungguh tak nampak Fairuz. Minggu pertama Aidil Fitri Fairuz sudah ke Kota Kinabalu. Tak sempat kira berapa lama Fairuz tak balik LD sejak PKP 3.0 dilaksanakan. Bukan main gelap berminyak mukanya! Katanya setiap hari berpanas, ambil ikan untuk diagihkan ke pasaraya-pasaraya sekitar Kota Kinabalu.
Orangnya tidak pernah pulang dari akhir bulan Mei lagi. Setiap bulan pandai pula bank in duit untuk Mommy dan Baba. Sudah diberitahu, simpan saja duit upah urus ikan, tapi tetap juga dikirim. Allahu Akbar! Di saat-saat berjauhan, apa yang kita harapkan hanyalah kesihatan dan keselamatan anak-anak. Sesungguhnya resah dan rindu sebagai orang tua tidak dapat dibeli dengan wang ringgit!
Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam |
Hidangan tengahari Rabu:
- Nasi Putih
- Udang Galah Ala-Ala Tom Yam
- Ayam Goreng Salut Tepung BESTARI
- Ikan Belais Panggang Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
- Ulam Lettuce, Coral Red & Tomato Ceri
- Sambal Tempoyak
- Mangga Madu
Ayam Goreng Salut Tepung BESTARI |
Ikan Belais Panggang Sambal Tomato Versi Ikan Bilis |
Lettuce, Coral Red & Tomato Ceri. |
Sambal Tempoyak. |
Mangga Madu |
Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam. |
- 10 ekor udang galah saiz sederhana - bersihkan
- 1 cawan hirisan brokoli
- 7 biji baby carrot
- 1 labu bawang besar - hiris kasar
- 3 ulas bawang putih - pecahkan
- 2 batang serai - potong dua - ketuk
- 2 cm lengkuas - diketuk
- 5 helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas
- 1 pokok daun ketumbat - ambil bonggol - ketuk
- 10 biji cili padi - diketuk
- 2 biji limau nipis - ambil jusnya
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 liter air
- garam / gula / perasa pilihan
- Masukkan air di dalam periuk / kuali.
- Masukkan serai, lengkuas, bawang putih, bawang besar, baby carrot, bonggol akar ketumbar dan cili ppadi.
- Apabila mendidih masukkn udang galah, dan brokoli.
- Setelah udang galah berubah warna, masukkan daun limau purut, tuangkan sos ikan, taburkan garam / gula / perasa pilihan.
- Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
- Hidangkan dengan taburan daun ketumbar.
26 comments
tomyam kesukaann
BalasPadambesar2 udangnya
Jemput Mama Sara Nur. Tomyam ni sedap hirup kuahnyakan.
PadamTomyam putih tu, tentu sedap rasanya Kak Amie. Kita pun tggu Iman dapat tarikh baru ni, ntah bila, katanya 30 hari tapi senyap smpi skrg.
BalasPadamMudah-mudahan cepatlah sampai giliran. Encik Suami setiap hari tanya khabar dua bujang di Malaya, dah dapat panggilan ke belum untuk vaksin. Belum ada jawapan lagi katanya. Risau dah sang bapa.
PadamTomyam putih...sedap tu Amie..manis2 udang galah..
BalasPadamYe, sedap hirup kuah...slurrppp..sluurrppp!
Padamterharu baca n3 amie mesti xsabar nk bertemu anak kesayangan menjamunya mskn air tangan ibunya yg lazat
BalasPadamRindu anak Kak PI hehehee.
PadamSedapnya..
BalasPadamTerima kasih.
PadamSedapnya udang galah... teringat pengalaman makan tomyam udang galah kelapa muda kat Hatyai... Sedap giler...
BalasPadamHohoooo... sebut Hatyai memang syurga makanan tu!
PadamHampir itu rasa tomyam. Hehe anak buat kejutan balik.
BalasPadamYa, ada. Serai, daun limau purut, pedas, masam, masin semua ada.
PadamTeringat dulu zaman study nak balik rumah, dah nak sampai mesti tanya mak masak apa. Bukan nak bertanya khabar. hehe..begitulah anak anak. Mak pulak mesti tak sabar masak sediakan untuk anak bila sampai rumah. Sedih pulak rasa bila kenang lama tak balik kampung ni.
BalasPadamSedapnya lauk udang galah masak ala tomyam. Dalam fikir tak ada bahan, ada juganya beberapa bahan penting.
Pertalian erat antara ibu dan anak, memang begitulah kan Fizah.
PadamYe, ada juga bahan yang boleh digunakan untuk masak. Ikut kreativiti sajalah.
lama tk mkn udang galah..sedap ada mangga madu tu
BalasPadamSaya hantu mangga madu. Sedap!
PadamSedapnya ayam goreng
BalasPadamBudak-budak di rumah suka ayam goreng.
PadamOkey boleh la SA buat nanti..SA tengah ada amasalah dengan selera ni..sejak vaksin SA kehilangan selera makan...
BalasPadamLaaa... kesiannya SA. Moga cepat datang selera. Take care tau!
PadamWah,sedapnya menghirup..
BalasPadamDapat makan udang galah besar2 seronoknya . Rasa kemanisan isi tu
BalasPadamsedapnya nmpk, besar -besar udang galah tu.
BalasPadamBaru haritu makan udang galah, memang sedap! Lapar perut pulak baca entri ni di malam hari hahaha
BalasPadam