Rezeki di Hari Minggu
1:33 PTGSelamat berhujung minggu. Apa cerita sepanjang hari ini? Seperti biasa Amie masih teruskan kerja-kerja online. Berehat seketika. Sambung semak kertas pentaksiran pula. Kemudian tambah ilmu untuk diri dengan menyertai google meet. Sambil-sambil pantau kerja sekolah Firdaus yang tertunggak. Rupanya ada beberapa muka surat latihan Bahasa Arab yang belum selesai.
Sementara tunggu masa untuk ikut ZOOM sebentar lagi (tambah ilmu lain pula), Amie masuk dapur maya. Pagi tadi anak buah hantar buah sukun, jantung pisang dan pisang nipah. Jantung pisang itu nanti kalau sempat Amie nak buat pecak, bubuh kencur!
Buah sukun, jantung pisang dan pisang nipah. |
15 comments
hari ahad, hari yang sibuk untuk Kak Amie ye. Aktiviti harini santai santai je. kemas rumah sikit sikit. Betullah kak Amie, dah lama jugak tak jumpa buah sukun. Sedapnya buat goreng sukun. Jantung pisang, lama jugak tak makan. Paling suka buat ulam, rebus cicah sambal belacan :)
BalasPadamSukun tu, potong nipis-nipis dan goreng. Tak payah letak apa pun dah sedap. Kruk krak, kruk krak. :D
BalasPadamSelamat menyelesaikan kerja-kerja online, Amie.
SElamat hujung minggu kak amy! semoga dipermudahkan segala urusan kak amie sekeluarga. Terbaik kak amy, setiap masa terisi dnegan baiknya.
BalasPadam3 minggu lepas dengar Radio Klasik sambil masak kat rumah Achik.DJ Raz cakap makan sukun goreng celup tepung.Masa tu rancangan apa ntah dengan RTB(Brunai)DJ RTB cakap kalau kat Brunai sukunnya hanya digaul garam kunyit & goreng.Lagi sedap daripada celup tepung katanya.Hingga hari ni masih teringat tapi tak jumpa lagi orang jual sukun,sedangkan dulu banyak kat pasar..
BalasPadamRumah saya selalu juga ada buah sukun. Mak saya goreng banyak-banyak lepas itu dingin beku. Nanti hendak makan keluarkan balik panaskan.
BalasPadamsedapppp sukun. macam nak beli lagi..hehe
BalasPadambuah sukun..shida pertama kali tgk buahnya..xpernah makan juga kak ^_^
BalasPadamAlhamdulillah rezeki hujung minggu, sedap semua terutama sukun tu lama tak nampak. Bagus menambah ilmu, terinspirasi nak menambah ilmu juga terutama untuk anak2 inshaAllah.
BalasPadamLama tak makan sukun goreng..sedapnya, lemak2..cicah sambal kicap..
BalasPadamwahh rezeki. sedapnya sukun tu kalau digoreng atau dibuat kerepek..
BalasPadamBuah sukun kalau dah lembik boleh buat jemput2
BalasPadamSukun tu klu goreng pon sedap…
BalasPadamBetul kak amie, buat kerepek sukunnn memang sedapppp.
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki kan...nampak sedap plak buah sukun tu...lama dah tak makan...
BalasPadamSelain digoreng buah sukun jgk sedap dimasak lemak kuning,campur ikan bilis ataupun udang,cili padi..
BalasPadam