Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin
8:31 PTGKadang-kadang rasa rindu nak baring-baring selepas selesai PDPR dan menghantar laporan di petang hari. Biasanya kalau sudah terbaring memang akan terus terlelap! Nanti PDPR Firdaus entah ke mana!
Syukurlah hari ini Firdaus beri kerjasama. Latihan Matematik dibuat hingga selesai. Sebelum ini Amie mesti bantu Firdaus selesaikan latihannya sebab Firdaus belum menguasai sepenuhnya konsep bahagi. Hari ini pun guru Matematiknya masih berikan latihan Membahagi Dalam Lingkungan Fakta Asas.
Kemudian buat rakaman video Firdaus baca Surah An. Nas tanpa melihat al-Quran. Hantar kepada ustazah yang mengajar Pendidikan Islam. Sebelum itu Firdaus buat rakaman suara juga untuk Tasmik, dan hantar kepada ustaz Bahasa Arab. Alhamdulillah. Walaupun berkurung di dalam rumah, masih ada peluang untuk mempelajari al-Quran secara maya.
Setelah siap latihan subjek Matematik dan Pendidikan Islam, dan hantar melalui GCR Firdaus siapkan pula subjek Bahasa Inggeris.
Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari untuk Amie dan Firdaus semak semula kerja-kerja yang telah diberi. Mana tahu ada yang tertinggal. Biasanya ada tu... ahaks!
Wokey!
Cerita hari ini, sambil berBDR sambil bantu PDPR Firdaus, sempat jadi lipas kudung di dapur. Untuk memudahkan olahan masakan, seperti biasa kalau masak lemak cili padi Amie tak bubuh bawang putih bawang merah dah. Inilah hasilnya kalau selalu intai dapur Suria Amanda. Dah jangkit-jangkitan masak lemak cili padi...hihihiii!
Firdaus pula awal-awal lagi sudah beri isyarat : Dah lama Mommy tak masak ayam! Ha... betul tu. Jadi hari ini panggang seketul ayam dalam air fryer. Mudah dan pantas! Maka, pada pukul 2:30 petang terhidanglah:
- Nasi putih
- Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin
- Ayam Panggang Air Fryer
- Ikan Bawal Hitam Goreng
- Cili Bawang Putih
Hidangan tengahari & lauk-pauk. |
Ayam Panggang Air Fryer : 22 minit. Suhu 180'C. |
Ikan Bawal Hiitam Goreng |
Cili Bawang Putih |
Hirisan buah honeydew & limau sunskist. |
Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin |
- 400 gram rebung - celur hingga lembut - toskan
- 1 keping ikan kerapu masin - potong 3 - rendam 20 minit - bilas beberapa kali untuk kurangkan masin
- 1 cawan suhun yang sudah direndam hingga kembang
- 1 kotak santan
- 500 ml air
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai - diketuk
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- segemggam cili padi kampung - tumbuk
- garam / gula / perasa pilihan
- Masukkan air ke dalam periuk bersama rebung, serai, cili padi dan serbuk kunyit.
- Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan ikan kerapu masin, asam gelugor dan santan kotak. Perlahankan api.
- Masukkan suhun, garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau sehingga kuah mendidih, dan padamkan api dapur.
19 comments
Bolehlah saya cuba cili bawang putih. Tq.
BalasPadamYa Allah..dah la tengah lapar ni..kat Bukit Jalil sampai maghrib baru sampai rumah.Jalan-jalan sini..ya ampun sedap-sedapnya lauk...
BalasPadamFirdaus pun alert dah dengan masakan mommy. Lama tak masak ayam ye. Sedap lauk rebung campur ikan masin tu. Suka rebung, sebab rangup rangup makan. Selamat berhujung minggu kak. Ada lah tu homework Firdaus yang tertinggal.
BalasPadamWah..baru tau cili bawang putih tu.
BalasPadamSedap masak lemak cili padi ada ikan masin.
Sama kite kak, sokmo merakam anak berpdpr hehe
BalasPadamlama x mkn lemak rebung
BalasPadambaru terfikir nk masak lemak rebung weekend ni terus ada dh kt sini
BalasPadamEh macam,nak try je menu cili bawang utih tu m nampak,macam lain dari lain sebab ada minyak,bijan
BalasPadammenu semua memenuhi selera kak amie..mkn bertambah lg2 ada cabai kicap tu..
BalasPadamYesss tebung peberet akak...sedap dimasak mcm mana sekalipun kan...cili bawang putih tu pertama kali dengar..
BalasPadamKALAU 4-5 ORANG ANAK PDPR LETIH IBUBAPA NK PANTAU KERJA SEKOLAH MRK KAN..SEDAPNYA REBUNG MASAK LEMAK KUNING
BalasPadamMeriahnya lauk2 di LD ni, sy nak ceduk gulai lemak rebung cili api tu dulu
BalasPadamBaca pasal orang handle anak PDPR, saya pun terasa penatnya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kerajinan masak Macam-macam. Selamat berhujung minggu
BalasPadammenarik cili bawang putih tu. nk cuba buat la nnti.
BalasPadamTerliur tengok gulai rebung tu, kak.
BalasPadamSelamat berPdPR untuk Kak Amie dan anak-anak. Moga semua berjalan lancar dan baik-baik aja.
ikan bawal goreng tu paling sedap bg saya, hahaha
BalasPadamTerliurnyaaa tengok masak lemak cili padi kak amie tu!
BalasPadamRebung antara benda yang saya tak makan..
BalasPadamDa lama xmkn rebung nii 😋
BalasPadam