Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Timun
6:41 PTGAssalamualaikum. Jumpa lagi di dapur kecil Amie. Kali ini Amie kongsikan Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Timun. Sayangnya Amie terlupa padamkan api dapur setelah kuah mendidih. Amie buat kerja lain. Walaupun api kecil, santan tetap mendidih! Jadi, nampak pecah santanlah kejadiannya!
Firdaus asyik tertinjau-tinjau sewaktu Amie masak di dapur. Apabila terpandang udang galah, dia tanya: Mommy nak masak apa udang ni? Kita jawablah: Mommy nak masak lemak cili padi.
Bolehkah Mommy gorengkan Daus udang? Daus tak mahu makan udang ada air (kuah).
Amie pun gorengkan untuknya 3 ekor udang galah. Bukan main seronok dapat udang gaah goreng. Firdaus ratah begitu saja tanpa nasi. Setelah habis tiga ekor, boleh pula dia bertanya: Daus minta satu ekor udang ni boleh? Jari tunjuk udang galah masak lemak cili padi!
Wah! Nampaknya Firdaus makan dua jenis masakan udang galah. Udang galah goreng dengan udang galah masak lemak cili padi!
Seperti biasa Amie tambahkan ulam-ulaman dalam hidangan, ikan cencaru panggang, air asam cili picit dan juga sayur kacang panjang tumis dengan daging dan bubuh sos tiram.
Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Timun. |
Hidangan nasi dan lauk-pauk. |
Kacang Panjang Tumis Sos Tiram dengan Daging Lembu. Tambah lobak merah dan juga tauhu. |
Ulam-ulaman daun salad, kacang botol, timun, petai & tomato ceri. |
Ikan Cencaru Bakar. |
Air Asam Cili Picit. |
- 7 ekor udang galah saiz sederhana - bersihkan
- 3 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 batang timun - belah dua - buang empulur - potong ikut saiz yang disukai
- 1 helai daun kunyit - siat
- 2 keping asam gelugur
- 2 batang serai - diketuk
- garam / gula / perasa pilihan
- 2 cm kunyit hidup
- 20 biji cili padi kampung
- Tuangkan santan cair ke dalam periuk.
- Masukkan timun, serai, asam gelugor dan bahan tumbuk.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang galah.
- Setelah udang galah berubah warna, tuangkan santan pekat.
- Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
- Masukkan daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
- Setelah kuah mendidih, padamkan api dapur.
16 comments
Hahaha...bijak Daus.....
BalasPadamDia nak bagi adil...Kalau 7 ekor susah nak bahagi.Dah paw sekor tinggal 6 senang Mommy & bah sorang 3 ekor..hihihi
Hahaaa... betul betul betul (ikut gaya Upin & Ipin).
PadamBesarnya udang galah tu, Amie. Banyak lauk. Alhamdulillah.
BalasPadamWahhh.. bersaing2 ya kak kita masak lomak cili api. Sy pun klu masak LCA, tak bubuh bawang, jimat bawang, hihi.
BalasPadamPuas hatiiii makan udang galah besar gituuuu! Ni kalau tak menambah, memang rugii hehehe
BalasPadamSedap-sedap nampaknya masakannya
BalasPadamMenyelerakan kak.. x penah pulak sy masak lemak masuk timun.. mak pn x penah masak mcm tu.. hehehe.. mmg timun yg kita buat rojak tu ke?
BalasPadamsedapnya tgk udang tp..shida xleh mkn udang..alahan seafood kak Amie huhuu..xpela kak amie tlg mkn kan utk shida je hehee :)
BalasPadamWAaa.. sedapnya semua menu2.. udang galah tu memang tak boleh kalah. masak pulak lemak cili ... adoiiii.... meleleh air liur.
BalasPadamKata nak udang galah goreng tapi makan juga udang masak lemak.
BalasPadam3 bahan protein hidangan hari tersebut.
besarnya udang galah pesona selera
BalasPadambesarnya udang galah tu. mesti isi dia manis kan. sedappp..
BalasPadamAllahu...masuk sini dalam keadaan lapar..terus berbunyi perut SA...sedap semuanya....nak buat la air asam cili picit tu...tapi risau kalau- kalau jari pijar pulak
BalasPadamsaya mmg feveret seafood mcm udang, ketam, sotong, kerang... tapi sekarang ntah kenapa alergik plak. memang dah x makan. hilang satu nikmat makan
BalasPadamUdang goreng garam dan kunyit tu memang sedap diratah. rasa udang sebenar. Okay jugak tu masak udang masak lemak cili api campur timun. Guna santan fresh memang kena jaga api. Mak saya kalau masak lemak gigih dia mengacau kuah santan tu tak nak bagi pecah minyak.
BalasPadamGeramnya ngok udang tuuuu.. dah trbayang rasa dia 😋
BalasPadam