Kari Nangka Muda Dengan Perut

by - 10:38 PTG

Sebenarnya Amie nak buat perut air asam tapi lain pulak jadinya. Inilah akibatnya kalau masuk dapur dengan kepala yang sarat dengan macam-macam yang diingat dan difikir! Lain kali fikiran itu sangkutkan dulu di pintu dapur.... ahaks!

Perut air asam yang diangankan akhirnya duduk seperiuk dengan nangka muda. Jadilah Kari Nangka Muda Dengan Perut! Air asamnya pula dapat teman baru iaitu telur rebus! Begitulah jodoh pertemuan di antara pasangan itu.

Wallahua'lam bissawab.

Kari Nangka Muda Dengan Perut.



Hidangan makan tengahari Khamis yang redup dan nyaman:

  • Nasi Putih
  • Kari Nangka Muda Dengan Perut
  • Telur Rebus Air Asam
  • Ikan Jepun Goreng
  • Ulaman : Salad Coral Green, Timun Jepun & Tomato Ceri
  • Papadom
  • Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
  • Buah Limau Sunkist
Telur Rebus Air Asam.

Telur Rebus Air Asam pernah viral sebelum ini. Disebabkan tidak rancang untuk menyediakannya, jadi terlupa pula untuk rebus telur dalam keadaan 3/4 masak. Telur rebus masak penuh dengan air asam begini pun sedap juga! Kalau Amie buat yang tak masak penuh memang 2-3 biji ratah begitu saja.

Ikan Jepun Goreng.

Ulaman : Salad Coral Green, Tomato Ceri & Timun Jepun.

Papadom.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.

Limau Sunkist.
Kari Nangka Muda Dengan Perut.


Jom kita lihat resipi Kari Nangka Muda Dengan Perut. Seperti biasa Amie tidak tambahkan asam jawa atau asam gelugur sebaliknya Amie tuangkan perahan jus limau nipis di akhir masakan. 

Bahan-bahan:

  • 400 gram nangka muda - celur hingga empuk - potong ikut saiz yang digemari
  • 300 gram perut - celur hingga lembut - potong ikut saiz yang digemari
  • 250 ml santan pekat
  • 700 ml santan cair
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji limau nipis - perah jusnya
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula/ perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
Bahan penumis:
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan penumis. 
  2. Setelah terbit aroma, masukkan pula bahan kisar. Kacau rata.
  3. Perlahankan api dapur. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit santan cair.
  4. Setelah terbit minyak, masukkan nangka muda dan perut.
  5. Gaul rata dan kemudian tuangkan santan cair.
  6. Biarkan masak sehingga mendidih. 
  7. Tuangkan santan pekat. Masak seketika lagi.
  8. Masukkan garam / gula / perasa pilihan. 
  9. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

You May Also Like

18 ulasan

  1. Nasib baik jadi lauk. Kalau tidak jadi haru juga jadinya.

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan telur rebus air asam tu, tapi nampak sedap je..

    BalasPadam
  3. Wah . Nampak menarik kari nagka gabungan dengan perut . Selalu kebanyakkan orang buat kerabu perut je kan . Telur rebus air asam tu sedap . Mengingatkan ccl kepada arwah tok . Dia memang suka telur rebis air asam ni .

    BalasPadam
  4. air asam bertelur kreatif n sedap

    BalasPadam
  5. Teringin nak makan masak lemak nangka perut tu sbb lama dsh x buat. Pasti sedap kan?

    BalasPadam
  6. sedapnya tengok semua menu akak... lamanya tak makan babat kalau kat rumah memang dana tak pernah masak sebab Edy tak makan, jadi kalau teringin tu bila ada jual kt kedai baru dapat beli yang dah siap di masak...

    BalasPadam
  7. Saya pernah masak sayur nangka masak lemak je. Masak kari tak pernah rasa lagi. Nampak sedap juga tu masak kari. Telur Rebus Air Asam viral tu tak pernah rasa lagi. Husband sejenis tak suka makan masam masam, itu yang malas nak cuba tu.

    BalasPadam
  8. saya selalu rasa kelaparan kalau bukak blog Kak Amie ni..haha..semua nampak sedappp

    BalasPadam
  9. Telur rebus air asam tu viral kan sekarang tapi sy tiada keberanian mencuba. Kalau kari nangka muda dgn perut tu memang menggoda.

    Sy pun skrg macam2 fikir, pergi dapur nak buat lain tapi lain pulak yg dibuat.

    BalasPadam
  10. Okey dh nampak telur rebus air asam tu..nampak sedap tu ha....kari namgka muda tu pun sedap...biasa la kak amie..kadang kita nak masak lain jadinya lain

    BalasPadam
  11. lama dah kak ana tak makan gulai nangka ni amie, sedap2 nya menu amie :)

    BalasPadam
  12. Banyak yang saya belum pernah makan ni Amie…ikan jepun, telur rebus air asam, kari nangka dengan perut. Seronok tengok juadah Amie macam-macam ada.

    BalasPadam
  13. biasa mkn. nangka masak lemak. je. lain2. tak penah lg

    BalasPadam
  14. Menarik betul telur rebus dengan air asam . Kari nangka dengan perut pasti special..

    BalasPadam
  15. Telur rebus air asam viral tu mmg nmpk sedap tp x pernah nk try sbb sy rasa sy buat air asam x sedap.. hehehe

    BalasPadam
  16. telur rebus air asam tuu menarik. boleh try nanti :)

    BalasPadam
  17. Nampak sedapppp telur rebus air asam tuuu, tak pernah rasa lagi setakat ni.

    BalasPadam