Mangga Kampung Mangga Air
5:21 PTGPagi tadi selepas solat Subuh, Encik Suami ajak ke pasar. Nampak suasana di luar pasar sayur yang sangat sibuk. Lori-lori pembekal sayur bersusun memenuhi ruang letak kereta. Terpaksalah Encik Suami mencari tempat letak kereta di seberang jalan. Dapatlah kami senam kaki beberapa ratus meter dari pasar. Para peniaga kecil-kecilan sibuk dengan jualan masing-masing. Kami beli sayur-sayuran, buah dan cili hijau.
Dalam perjalanan ke kereta, terpandang penjual mangga kampung duduk di samping beberapa plastik bungkusan berisi mangga. Amie berhenti beli sebungkus. Minggu lepas pun Amie beli sebungkus juga tetapi di tempat lain. Tak habis makan di rumah sendiri, boleh hulurkan ke kampung sebab Encik Suami pun rajin jenguk kampung.
Encik Suami kata mangga kampung yang Amie beli itu namanya mangga air. Amie sukakan aromanya, dan rasanya yang manis-manis masam itu. Di sekolah, ada dua pokok mangga air yang entah berapa puluh tahun usianya. Buahnya sangat lebat, dan bila gugur kami kutip.
Walaupun banyak jenis mangga yang manis, mangga kahwin, mangga kacukan tetapi apabila terjumpa mangga air @ mangga kampung, terus rasa kecuuurrr!
Mangga Air |
Mangga air yang dibeli minggu lepas. |
Mangga air yang dibeli pagi tadi. |
13 comments
Sedapnyaaa mangga kak
BalasPadammangga kg yg kecik kan, sy panggil pelam telur😊 sedappp ni
BalasPadamteringat pokok tepi bendang, duk kutip. siat@ gigit guna gigi je bwah pokok ha haa
Saya makan apa sahaja jenis mangga.
BalasPadammangga ni salah satu kesukaan aida.
BalasPadamand yg paling senang jumpa.
kat melaka ni, ada 1 jenis tu nama nya Melaka Delight.
manis. sgt suka.
Sekali pandang macam buah mangga pauh...2 kali pandang macam mangga telur...3 kali pandang terus terliur..aduhai Kak Amie..sedapnya kalau mencicah ni
BalasPadamKalau buat air mangga ni sedapp jugak kan kak amie
BalasPadamDulu ada tanam mangga telur depan rumah..rupanya macam ni juga..mangga yang sama nama lain ke camne..atau berbeza. Tengok mangga terus kecur.
BalasPadamOh.. Nilah kisah buat resepi sambal tu ye
BalasPadamRumah mak saya dulu boleh dikatakan keliling rumah ada pokok mangga. Sekarang dah takde
BalasPadamKat kelantan buah ni dipanggil pauh ringgan...masa mudanya masam yakmat..
BalasPadamBaru tahu ada nama mangga air, Kak Amie.
BalasPadambuah mangga air ke ni. bru je housemate offer buah mangga, kwn ofis dia bg katanya.
BalasPadamrumah saya di kampung dulu ade pokok mangga ni, sekali berbuah mmg banyak sampai tak termakan..
BalasPadam