Sarapan Pagi Jadi Hidangan Tengahari dan Petang
5:07 PTGHampir pukul 5 petang, barulah boleh tarikh nafas setelah selesai PDPR dan hantar laporan. Firdaus pula hari ini berdikari menyiapkan latihan Matematik. Tak sempat semak entah betul entah tidak, terus saja Amie hantar kepada gurunya melalui google class room. Allahu Akbar! Esok lusa cuti, kita buat lihat senarai semak mana-mana kerja yang belum siap ya sayang.
Pagi tadi sempat siapkan sarapan pagi. Tak sangka pula kerja tak selesai menjelang tengahari. Tak sempat masak untuk hidangan tengahari. Carilah apa-apa buah yang boleh dimakan. Nampak ada lebihan nasi goreng, Amie panaskan semula. Makanlah berdua dengan Firdaus.
Firdaus pula entah berapa kali bawakan Amie air minuman. Air kosong saja. Tak payah disuruh, pandai dia hulurkan mug berisi air. Katanya: Mommy banyak kerjakah hari ini? Pukul 4:30 petang nanti boleh Daus main basikal?
Biarlah Firdaus main basikal. Buka WhatsAap, ada lagi tugasan Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam. Melihat budak kecil itu seronok berada di luar, tak sampai hati pula panggil masuk buat kerja sekolah!
Firdaus pun nak bergembira!
Mommy pun nak berehat juga!
Jom lihat menu sarapan pagi tadi. Ada nasi goreng ikan perencah sambal tomato versi ikan bilis. Habis dah stok sambal tomato versi ikan bilis! Kemudian Amie dadarkan telur dan gorengkan keropok kentang manis pedas. Amie sediakan juga semangkuk salad avocado campur lettuce, dan tomato ceri.
Salad Avocado, Lettuce & Tomato Ceri. |
Nasi Goreng Ikan Perencah Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. |
15 comments
Haah makan apa sahaja yang ada. Selalu makan roti letak sapuan mentega kacang dan Biscoff.
BalasPadamBagus juga masak sekali bawa hingga ke malam.
menarik ccl tengok telur dadar tu
BalasPadamKadang macam tu juga Kak Amie. Melayankan letih dan penat. Makan je lebihan makan pagi untuk tengahari. Asalkan kenyang. Lepas ni kena ready sambal tomato bila dah habis stok. Seronok Firdaus pun dapatlah main basikal hari ni. Esok hari cuti dapatlah berehat sikit dan buat kerja sekolah. Selamat berhujung minggu Kak Amie.
BalasPadamCantiknya telur tu, syg nk mkn, hihi..sini pulk bru lpas hujn lebat, sejuk sikit bumi kedah ni..
BalasPadamSy kalau sibuk, memang lebih suka panaskan apa yg ada jer. Paling rajin, sy order online jer la 🤣
BalasPadamCergas Firdaus main basikal, sedap salad avocado tu, pandai berkretif pelbagaikan makanan..
BalasPadamSemua menarik & nampak sedapnyaaaaaa...
BalasPadamsama Muhammad pun ada lagi berbaki kerja sekolah semalam..nak suruh habiskan kesian pulak tengok..kadang nak paksa sangat takut dia stress ..ikan goreng tu pun nostalgia bagi sy jgk kak..hihii
BalasPadamKeropok kentang manis pedas tu menarik nya..gabungan yg sempurna dimakan bersama nasi goreng
BalasPadamKesian pulak tgk dgr daus nk main basikal tu.. mcm anak2 sy jgk dh siap pdpr tanya boleh x main kt carporch saja? Biasa mcm tu lah kalau sy bdr & pdpr, lunch mkn apa saja dulu nnt lps asar br masak yg proper
BalasPadamdalam kalut2 pun hidangan mknnya lengkap sempurna
BalasPadamKalau SA pun...SA akan makan sarapan pagi sampai tengahari,macam hari ni ada lebihan nasi goreng...dah la pak zain buat sedap..terus rasa nak makan tengahari nanti...
BalasPadamMasuk blog ni nampak makanan, tengah malam pun rasa lapau..
BalasPadambila lapar nampak telor dadar akak pon nampak sedap.haha
BalasPadamSaya selalu tertarik dengan telur dadar kak amie tu hahaha
BalasPadam