Corned Beef Sandwich by Firdaus
6:25 PTGFirdaus suka sangat makan Corned Beef Sandwich. Kalau dia sukakan satu-satu makanan berulangkali disebut-sebut sehinggalah makanan kesukaannya itu ada di depannya. Petang tadi Firdaus tolong buat Corned Beef Sandwich. Ada syaratnya pula kalau nak letak sayur. Hanya boleh letak daun salad atau lettuce dengan timun sahaja. Jangan bubuh tomato katanya!
Amie gunakan roti wholemeal. Suka pula Firdaus makan . Jom kita lihat hasil air tangan Firdaus di bawah ini.
Corned Beef Sandwich by Firdaus |
Hidangan petang. |
Oleh kerana sudah minum petang dengan Corned Beef Sandwich, jadi inilah makan malam kami. Perut pun sudah kenyang. Jambu madu pula Amie taburkan serbuk asam boi. Cukuplah minum petang merangkap makan malam kami untuk hari ini.
Firdaus suka Corned Beef produk Brunei. Boleh beli di Shopee. Dulu Amie mengangkut corned beef dari Brunei Darul Salam... heheheheh!
Nampak macam murah saja sebab Brunei gunakan mata wang dollar. Kalau beli guna duit kita harganya berganda-ganda! Bagaimana pun prodek ini dijamin halal. Tidak perlu was-was atau ragu-ragu.
20 comments
Produk Brunei. Hehe ada ya corned beef. Di Malaysia tidak pernah nampak tin corned beef.
BalasPadamBetul tu. Saya pun tak pernah nampak. Bekalan daging pun tak cukup, kena import dari luar negara.
PadamCorn beef bmc ni mmg sedap.. anak2 sy pun suka nasik goreng cornbeef.. kalau jumpa byk kt rak supermarket mmg borong lebih walaupun harga agaklah kayangan 😂
BalasPadamKalau dah sedap, harga kayangan pun rembat juga ye. Itulah, Firdaus suka sangat sejak kali pertama saya bawa dari Brunei.
PadamSebenarnya saya mencemburui cara puan mengambil gambar.. Cantik..
BalasPadamKan….
PadamTerima kasih Encik Fairus dan Afeezz. Sebenarnya saya langsung tak ada ilmu fotografi. Saya main hentam saja ambil gambar ikut suka hati sendiri. Aksesori pun tak ada sebab nak jimat masa.
PadamSelalu jumpa corn beef ni kat pasaraya tapi tu la.. tak pandai dan tak boleh bayang cara nak mengolahnya
BalasPadamSaya belajar makan corn beef tu dari kakak ipar. Dia buat sandwich bawa picnic di pantai waktu anak-anak kecil dulu.
Padamnanti b oleh cari kat mall..mcm xpernah jumpa pula brand ini kak amie..
BalasPadamYang dalam gambar tu Kak Amie beli di Brunei. Boleh beli di shopee tapi selalu habis.
PadamFirdaus tak suka makan tomato ye. Tak pernah nampak pulak corned beef ni kat pasaraya. Mungkin tak membelek pun ye jugak.
BalasPadamDi Malaya memang tak ada Fizah. Hanya di Brunei. Ada di Sabah tapi sekitar Kota Kinabalu saja. Tak tahulah kalau di Sarawak.
PadamSedapppnyaa makan jambu dengan serbuk asam boi tu!
BalasPadamFirdaus suka sangat tu, sampai tak mahu makan nasi.
PadamBelum pernah try cornbeef tapi ada nampak kat pasaraya dekat rumah ni.
BalasPadamNak try lah nanti..
Produk selain Brunei Darul Salam saya tak berani beli Mama Cella. Pernah saya terbaca, walaupun ada logo halal tapi diragui.
PadamApa rasa corned beef ni. Selalu gak nampak kat supermarket tp x berani nak beli pasal mostly bukan keluaran bumiputera…
BalasPadamLain jenama lain rasanya Afeezz. Kak Amie beli di Brunei, dan ada beberapa jenama. Hati-hati kalau nak beli sebab kadang-kadang walaupun ada status halal, tapi ada yang diragui.
Padammcm menarik corned beef ni. jauh ya, dari brunei tu.
BalasPadam