Sedapnya Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai!

7:56 PTG

Cepatlah musim durian sampai! Tak sabar menunggu lebih lama. Kena zikir banyak-banyak macam Mama Cella hihihiiii. Sesungguhnya kita sangatlah berjimat cermat apabila gunakan tempoyak. Maklumlah tempoyak buatan sendiri. Tiba musim durian boleh buat tempoyak lagi.

Jomlah kita buat Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai. Banyak kali juga kongsi resipi di dapur maya ini:


    Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai.

Hidangan makan tengahari: Ikan Bawal Panggang, Air Asam Tomato, Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai, Sayur Bening Ubi Rambat dengan Cekur Manis & Hirisan Limau Sunkist & Jambu Air Madu.

Ikan Bawal Hitam Panggang


Air Asam Tomato

Sayur Bening Ubi Rambat & Cekur Manis

Hirisan Limau Sunkist & Jambu Air Madu

Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai

Bahan-bahan untuk Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai:
  • 1/2 cawan isi petai 
  • 1/2  cawan ikan bilis - bilas - toskan
  • 1/2  cawan tempoyak
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1/2  cawan air
  • 4 sudu besar cawan minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 30 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata. Tambahkan air.
  3. Masukkan ikan bilis, petai, bawang besar, hirisan cili merah dan daun kunyit.
  4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kalau suka sambal pekat, masak lebih lama sedikit. Kalau suka yang agak berkuah, bolehlah padamkan api dapur .

18 comments

  1. Wah ada simpanan tempoyak.
    Kena berjimat cermat guna. Datang musim durian makan puas-puas dan simpan banyak-banyak.

    BalasPadam
  2. Pasal tak sabar nak makan tempoyak la, hari tu sy belasah aje durian dengan sambal belacan dan masak lemak, hihi

    BalasPadam
  3. Adoiii....memang kita ada chemistry....Saya pun masak tempoyak hari ni..Pun td dok detik dalam hati kena jimat tempoyak sebab kalau durian tak turun harga..macam gelaplah peluang nak buat tempoyak musim ni.hihihi
    Esok kita up...

    BalasPadam
  4. 4 hari berturut2 SA makan lauk semua ada petai..pening dah bau petai...hehehe....tapi kat rumah Kak Amie ni SA tertarik dengan ikan bawal panggang tu..x pernah buat lagi ikan bawal panggang

    BalasPadam
  5. Rasa lapar lah pulak malam-malam nampak bilis petai tempoyak tu.. kena cari lah petai weekend ni.

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. Rajin memasak pelbagai lauk hari-hari.

    BalasPadam
  7. Sedap sambal tempoyak cara kak amie. Nak buat sambal tempoyak daun kayu tapi tak ada pulak. ada daun kunyit je. Mungkin boleh buat cara kak amie ni.

    BalasPadam
  8. terus lapar tengok pepagi buta nih
    sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  9. masakan sambal tempoyakmmg mengait selera

    BalasPadam
  10. Meleleh aie liur nengok sambal tempoyak tu… kak share resepi air asam tomato tu…

    BalasPadam
  11. Dah lama tak makan petai... btw jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    BalasPadam
  12. dulu2 masa duduk kampung je dana tak pernah jumpa tempoyak, kt kampung dana jarang sgt orang jumpa tempoyak... bila dah merantau baru kenal, bila dah kenal tempoyak dengan petai memang tak tolak

    BalasPadam
  13. Di sana belum musim durian ke? Di Malaya sedang meriah sana sini orang makan durian termasuk ahli politik. Eh.

    BalasPadam
  14. petai. ikan bilis. tempoyak.
    semua ada dlm peti ais, kak.
    kerajinan je lom ada ni :) hi hi hi

    ari tu buat sambal tempoyak.
    cili padi dan tempoyak je.
    dgn nasi panas. ikan goreng.
    hmmmm bertambah nasi!
    apatah lagi versi akak ni, aduh, selera sgt!

    BalasPadam
  15. Walaupun tak makan petaii, tapi tetap nampak menyelerakan! Gemok jugak petai petainya hehehe

    BalasPadam
  16. wahh petai. fav ni. susah nak cari dkt kk ni. eh, ke syu yg xpndai cari. haha

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe