Makanan Kehidupan
4:04 PTGApabila terpaksa duduk berjam-jam lamanya mendengar ceramah, apakah yang akan terjadi seterusnya? Hendak bergerak sedikit nanti dipanggil pula! Duduk memasang telinga dan memaksa segala info masuk ke otak adalah satu penderitaan yang maha kejam! Sengsaranya hanya Allah sahaja yang tahu....hiks!
Mengantuk?
Itulah musuh nombor satu yang tak boleh dibawa bincang!
Jom masuk dapur maya sekejap. Mudah-mudahan kurang rasa mengantuk tahap lembu jantan itu!
17 Julai 2021, terima kiriman 3 buah buku daripada rakan lama, Noriah Hj. Siren dari Putrajaya. Banyak juga hasil tulisan nya. Noriah ini adik kepada Dr. Nor Raudah Hj. Siren yang pernah kirim buku-buku tulisannya kepada Amie. Rupa-rupanya adik-beradik ini aktif menulis. Sebagai sokongan moral, Amie beli antologi daripada Noriah:
- Makanan Kehidupan
- Travelog Cuti-Cuti Malaysia
- Terima Kasih Tuhan
Makanan Kehidupan (Siri Anekdot & Bumi Kehidupan) ini merupakan nukilan 20 pengkarya. Mereka melihat betapa makanan sebagai rezeki daripada anugerah Allah perlu diikhtiarkan pengeluaran dan penggunaannya untuk melangsungkan kehidupan.
Travelog Cuti-Cuti Malaysia pula menghimpunkan karya 28 orang penulis menerusi 41 buah catatan kembara. di seluruh negara.Buku ini berkonsepkan Cuti-Cuti Malaysia serta mengetengahkan empat aspek iaitu sejarah warisan negeri, kebudayaan, makanan dan tempat menarik di setiap negeri di Malaysia.
Terima Kasih Tuhan, |
Buku Terima Kasih Tuhan ini Noriah hadiahkan untuk Amie. Percumalah kan! Terima kasih daun keladi Noriah! Ada 32 buah anekdot yang terkandung di dalam buku ini. Moga terus rajin menghasilkan karya!
Ada satu jam lagi untuk mengikuti PLC Akademik menerusi aplikasi Microsoft Teams. Sudah 2 gelas besar Firdaus ambilkan air kosong! Rasa nak rebahkan diri sahaja di bawah kerusi!
8 comments
Menarik buku-buku yang Puan Amie beli.
BalasPadamBuku terakhir itu harap dapat beri kelegaan padang keletihan Puan Amie.
Menarik semua buku2 ni. Alhamdulillah..dapat baca pengalaman penulis2 berbakat.
BalasPadamPerenggan pertama itu adalah apa yang berlaku pada kita pagi tadi 😜
BalasPadamMenarik pula semua buku2 tu, Kak Amie
sy suka penulisan Bonda Nor
BalasPadambyk memberi semangat
Selamat membaca kak Amie. Kalau saya nak tahan mengantuk dengar ceramah online, minum kopi takpun mengunyah kudapan
BalasPadamSelamat membaca puan.. Semoga bermanfaat.
BalasPadamAlhamdulillah dapat buku buku yang menarik. Selamat membaca kak Amie. Tepu rasa otak bila kena paksa info masuk dalam kepala. bertabahlah dengar sampai habis. moga ada juga yang melekat :)
BalasPadamSelamat membaca kak amie :)
BalasPadam