Sedapnya Kerabu Umbut Kelapa!
11:42 PGHari ini waktu solat Zohor di LD pada pukul 12.14 tengahari. Selepas solat nanti Amie akan bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Sebelum itu Amie kongsikan hidangan tengahari kami kelmarin. Amie buat Kerabu Umbut Kelapa. Panggang peha ayam guna air fryer untuk Firdaus. Suka sangat Firdaus makan ayam panggang dengan sambal hijau @ ijo. Amie kukus ikan cencaru dan sediakan air asam budu. Firdaus makan ayam, kami makan ikan dan ratah Kerabu Umbut Kelapa.
Kerabu Umbut Kelapa. |
Ayam Panggang Air Fryer |
Sambal Hijau @ Ijo |
Ikan Cencaru Kukus |
Air Asam Budu |
Hirisan Limau Sunkist & Honeydeow |
Jom lihat resipi Kerabu Umbut Kelapa. Amie olah ikut selera sendiri. Sedap diratah begitu saja.
Bahan-bahan:
- 400 gram umbut kelapa - hiris /potong ikut saiz yang disukai
- 2 batang kacang panjang - hiris serong
- 1 biji cili merah - hiris
- 4 sudu besar kelapa parut yang disangai / kerisek - tumbuk halus
- 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
- 5 biji bawang merah - hiris
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan isi ikan temenong siap ditumbuk
- 3 biji limau kasturi - perah jusnya
- garam / gula / perasa pilihan
Cara:
- Celur umbut kelapa hingga lembut. Toskan.
- Dalam sebuah bekas, masukkan isi ikan temenong, kerisek, bawang merah dan cili merah, garam / gula / perasa pilihan secukupnya. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan umbut kelapa, kacang panjang, dan santan pekat.
- Taburkan lada hitam dan tuangkan jus limau kasturi.
- Gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
16 comments
Kak Amie..SA tunjuk resepi umbut kelapa tu kat mak..mak cakap nampak sedap tapi mana nak cari umbut..sini memang susah kalau nak jumpa...hehehe...tengahri ni rasa nak bakar ikan cencaru and cicah budu la...sedapnyaaa....
BalasPadamtime kenduri kawen baru dpt mkn ni kalau kg sy Amie
BalasPadamsbnya kena tebang pokok kelapa dulu
ingat kawen kakak dulu ayah terpaksa korbankan pokok kelapa besar tepi umah
Hadoi...tak ada pula pokok kelapa DBKL yang tumbang ditiup angin.Hahahaa
BalasPadamKalau tidak,jadi mangsa dah...hihihihi
teringin nak cuba umbut kelapa. nak tau mcm mne rasa dia..
BalasPadamTak pernah jumpa lagi kerabu umbut kelapa Kak Amie. Sedap nampaknya tu. Hebat Firdaus makan ayam cicah sambal ijo. Tahan pedas ye dia. Semoga dipermudahkan urusan kerja Kak Amie harini. Aaaminn...
BalasPadamNampak sedap, kerabu umbut kelapa Amie buat. Saya last makan, rasanya 20 tahun lepas, masa kenduri kawin saya. :)
BalasPadamSedapnya kerabu umbut kelapa tp srjak dok kedah ni sekalipun tak pernah jumpA org masak atau jual umbut kelapa..kalau tebang kelapa pun dok terbiar mcm tu ja
BalasPadamtak pernah rasa lagi apa2 makanan berasaskan umbut kelapa ni
BalasPadamSusah jumpa lauk umbut selalu waktu kenduri baru jumpa.
BalasPadamHehe banyak lauk tiada kuah Puan Amie buat hari ini.
Kalau di tempat wak, umbut kelapa ni ada dijual di pasar minggu
BalasPadamKat sini, klu ke pasar besar, kalu nasib baik jumpa umbut kelapa, tapi dah lama sy tak ke pasar besar, hihi
BalasPadamLamanya tak makan umbut kelapa kak... susah nk jumpa, pasar tani pun takde.. rindu betul
BalasPadamKalau duduk bandar hanya mampu berangan nak makan umbut kelapa. Sedap tapi susah dapat.
BalasPadamNampakkk sedappp tapi tak pernahh makannn hehehe
BalasPadamTeringin nak makan umput kelapa. Hehe kat sini mcm xpenah jumpa kak
BalasPadamAlhamdulillah.. hr ni dpt mkn kerabu umbut kelapa..
BalasPadamJiran bagi.. Jazakumullahu khair