Pagi Khamis Yang Redup & Nyaman!
12:21 PTGDi luar nampak redup saja. Matahari pun tak nampak sinarnya. Jeling jam rupanya sudah pukul 12 tengahari. Sebentar lagi akan masuk waktu Zohor. Berhenti rehat dahulu dari BDR. Selepas hantar laporan nanti barulah turun ke dapur untuk masak nasi. Fairuz dah tanya, Mommy masak apa?
Amie belum lagi masak tengahari Perut masih kenyang. Sarapan pagi tadi beli di luar. Ada mee hoon goreng putih, mee goreng, gulungan kulit tauhu & the gang, kocong inti kacang tanah dan minuman panas putih bunga ros.
Mee Goreng. |
Mee Hoon Goreng. |
Gulungan Kulit Tahu (inti ayam & udang) & The Gang. |
Tauhu, Cili Merah & Capsicum Sumbat Ikan. |
Air Lada. |
Cili Jeruk |
Kocong Inti Kacang Tanah.
Teh putik bunga ros. |
Firdaus tegur:
Kenapa muka Mommy keluar air (peluh)?
Daus lap muka Mommy ya?
Diambilnya sehelai tisu. Dilap muka kita yang berpeluh dengan tisu.
Tapi peluh terus mengalir!
Hairan pula. Di luar masih redup tapi di dalam rumah panas berbahang. Rasa seperti duduk dalam sauna. Nanti tiba-tiba hujan pula!
22 comments
Menu yang menambat selera..
BalasPadamJemput sarapan.
Padamperghh meriah nya bkfs kak amie sekeluarga hehehe
BalasPadamHehehee... hidangan dari luar bawa masuk dapur sendiri.
PadamHaah selalu macam itu berbahang panas walaupun redup.
BalasPadamEntah fenomena apa pula kali ini. Jarang dah ikuti perkembangan kaji cuaca.
PadamKalau saya Sarapan mcm tu kenyang sampai ke petang
BalasPadamWah! Saya tetap lapar waktu tengahari.
PadamSuka bertandang rumah kak amie hari- hari..ada je menu istimewa dan lain dari yang lain
BalasPadamMenu lebih kurang sama SA, cuma tokok tambah.
PadamPrihatin sungguh Daus tengok mommy berpeluh, anak yang baik. Cepat besar nt bleh tolong mommy masak ya sayang
BalasPadamDah tak ada benda lain nak tengok dalam tempk berkurung ni, muka Mommy sajalah jadi sasaran hahahahaa.
PadamMeriah hidangan pagi, menyelerakan.. Bagus anak tolong lap wajah ibu..
BalasPadamDia hairan tengok peluh meleleh-leleh di muka.
Padamsedapnya nmpk mihun goreng tu.
BalasPadamJemput Syu.
PadamKulit tauhu goreng tu menarik..mesti sedap
BalasPadamminggu ni panas sangat, tapi akhirnya pagi tadi hujan lebat, sekejap je sejuknya. lepas tu panas balik..lepas mandi pun peluh bercerau-cerau..
BalasPadamSemua menu nampak menyelerakan . Sedap pulak tea putik bunga rose tu .sambil minum sambil relax2 je
BalasPadamMi goreng tu nampak sedap. Kosong tapi sedap. Dah lama tak rasa mi goreng kosong macam tu. Ada Fairuz kat rumah ada lah teman Firdaus. Sweetnya Daus lap peluh mommy. Ye lah kak, panas bahang tu agaknya.
BalasPadammacam di KL juga cuacanya. redup, tapi tak hujan, jadi bahang mataharinya masih terasa
BalasPadamBagus firdaus, prihatin sungguh dengan mommy dia.
BalasPadam