Makaroni Sambal Kacang Sotong Kering

9:59 PTG

Berehat seketika. Firdaus sudah angkat bendera putih. Penat agaknya menyiapkan tugasan Bahasa Arab. Esok pagi buku aktivitinya akan dihantar ke sekolah. Petang tadi buat senarai semak, ada beberapa halaman yang tidak disiapkan. Walaupun sudah hantar latihan secara maya dan sudah disemak, tetapi guru-guru sekolahnya meminta ibu bapa hantar buku latihan dan buku aktiviti. Selepas cuti nanti boleh ambil semula setelah disemak. Nampaknya walaupun cuti sekolah guru-guru sekolah Firdaus tidak bercuti sepenuhnya.

Amie pula, tutup seketika laman web PAJSK. Sempat kemaskini maklumat kokurikulum murid-murid mengikut unit beruniform, kelab / persatuan dan sukan. Esok sambung kembali. Begitulah antara kerja-kerja online yang tak kenal masa.

Kita cerita makan-makan pula. 

Petang tadi Amie masak ringkas-ringkas saja. Amie rebus makaroni, dan goreng bersama sambal kacang sotong kering. Sambal itu Amie simpan dalam bentuk sejuk beku. Jadi, hanya nyahbeku sahaja sebelum ditumis semula.

Sedang kita sibuk hancurkan telur rebus konon nak buat sandwich telur, datanglah budak kecik Firdaus nak bantu.

Daus nak buat! Daus nak buat!

Entah macam rupa apalah juga kejadian sandwich telur itu akhirnya. Tak apalah. Jangan halang minat anak-anak yang ingin mencuba sesuatu. Nanti boleh tengoklah rupa sandwich telur hasil air tangan Firdaus.... ahaks!

Amie panggang ayam di dalam air fryer dan siapkan air asam tomato sekali. Amie hanya bubuh garam kunyit dan sedikit kicap manis sahaja. Makan ayam panggang balut dengan daun salad dan cecah air asam tomato. Sedap! Hari ini kami tak makan nasi. Kami makan:

  • Sandwich telur
  • Makaroni goreng sambal kacang sotong kering
  • Ayam panggang air asam tomato
  • Buah tembikai, honeydew & limau sunkist
  • Kurma

Makaroni Goreng Sambal Kacang Sotong Kering


Hidangan makan keluarga.



Kurma



Inilah sandwich telur hasil tangan kecil budak Firdaus.
Terima kasih sayang Mommy tolong di dapur!

Ayam Panggang.

Air Asam Tomato.

Hirisan tembkai, honeydew & limau sunkist.


Makaroni Sambal Kacang Sotong Kering

Jom makan Makaroni Sambal Kacang Sotong Kering. Kalau nak rasa sedikit masam, perahkan sedikit jus limau nipis di atasnya sebelum digaul untuk dinikmati.
Wokey!
Jumpa lagi.
Amie nak sambung kerja online yang terhenti sebentar tadi kerana mengambil laluan terbitkan entri ini.

28 comments

  1. Unik pula makaroni dengan sambal kacang sotong kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belajar masak begini daripada kakak sulung. Dia lama tinggal di Brazil, New York & Paris. Katanya, tak perlu masak ikut tekak orang putih. Boleh saja 'melayukan' ikut selera kita heheheee.

      Padam
  2. Boleh tahan juga air tangan Firdaus, rasa macam nak soh berbesan ngan adik kita, ahaks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layan saja kebosanannya. Kesian asyik terkurung dalam PKP>

      Padam
  3. Lain macam.. Citarasa Barat diberi nafas ketimuran.. Hehe

    BalasPadam
  4. Ini baru dinamakan makanan barat digabungkan dengan makanan malaysia .
    Makaroni sambal kacang sotong kering . Uniknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, gabungan masakan lain budaya, jadi menu fusion.

      Padam
  5. Wow...belum pernah cuba macaroni bersama lauk timur..menarik!
    Pernah nampak SK buat pasta dengan udang cili api..Kat sini pasta vs sambal sotong kacang.Saya hanya pernah goreng ala mee goreng & bersama sardin sahaja.Pernah cuba goreng bersama pes tomyam tapi macam tak kena..
    seronok main masak-masak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni macam-macam idea masakan timbul. Asalkan dapat diterima ikut selera, jadilah menu tu hehehee.

      Padam
  6. Wow.. nampak sedap.. Tak pernah lagi cuba macam ni.

    BalasPadam
  7. First time jejak blog ni. Cantiknya gambar2 dalam entry. Makaroni sambal kacang sotong . Unik. penggemar sotong kering mcm ain mesti cuba! #Staysafe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ain, sudi datang ke dapur saya.

      Padam
  8. Wahh menu rare ni Kak Amie. first time saya tengok menu makaroni sambal kacang sotong kering. Menarik juga dimasak macam ni. Rajin Firdaus tolong mommy kat dapur. Hasil tangan Firdaus pun cantik buatannya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fizah. Memang Firdaus minat masuk dapur.

      Padam
  9. Nampak sedap. Belum pernah cuba makaroni goreng dengan sambal kacang. Ayam panggang cicah air asam pun nampak sedap juga. Sambal kacang tu, sama tak dengan kuah kacang yang makan dengan nasi himpit tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Nur. Sama seperti kuah kacang nasi impit.

      Padam
  10. sedap2 menunya kak amie..kak nnt share resepi air asam org sana :)

    BalasPadam
  11. Macaroni sambal kacang sotong kering tu nampak sedap sangat.. tiap2 hari menu kak amie meriah2 belaka

    BalasPadam
  12. Nampakkk sedapp dan menyelerakan! Bagus firdaus tolong mommy di dapur, memang boleh diharap lah firdaus tuu kan kak amie.

    BalasPadam
  13. first time dengar sambal sotong kering makan ngan macaroni....menarik...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe