Aidil Adha 10 Zulhijjah 1442H Terjemah Pengorbanan Perasaan Umat Islam

6:35 PTG

Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah.

Bagi Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim, pengorbanan secara umumnya bermaksud sesuatu yang perlu diusahakan, digembleng dan membuktikan kesediaan melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh.

Sementara dari perspektif agama, Aidiladha dikaitkan dengan tuntutan melakukan korban binatang-bintang ternakan serta merujuk kepada orang-orang yang menunaikan haji iaitu pengorbanan harta, tenaga dan sebagainya dalam usaha mereka melakukan ibadah itu.

Manakala, dalam konteks kehidupan masa kini pula, signifikan pengorbanan ialah bagaimana umat Islam bersabar dan redha mengharungi pengorbanan yang cukup besar ketika dunia masih diuji dengan pandemik COVID-19.

Tidak seperti kelazimannya, untuk sambutan Aidiladha kali ini, tiada lagi peluang merentas negeri dan daerah untuk pulang ke kampung bersama keluarga menyambut hari kebesaran itu.

Ini juga antara pengorbanan yang banyak menuntut kesabaran.

"Kalau kita nak kaitkan situasi kita dalam pandemik ini ialah pengorbanan perasaan kita yang rindukan kampung halaman kita, perasaan kita yang mahu bersama-sama dengan keluarga seperti biasa sebelum ini.

"Maka perasaan itu kita perlu korbankan untuk tahun ini semata-mata menjaga satu maslahah yang lebih penting iaitu maslahah nyawa yang semakin terancam akibat daripada pandemik COVID-19.

"Maka maksud hari raya Aidiladha tahun ini mungkin lebih hayati dalam konteks pengorbanan perasaan dan pengorbanan kerinduan. Mudah-mudahan pengorbanan itu menjadi tema Aidiladha yang dapat kita hayati tahun ini," katanya kepada Astro AWANI.

Tanpa kesabaran, seseorang itu, tegas beliau, tidak mampu berkorban apa sahaja termasuk perasaan dan ia merupakan suatu yang dituntut agama.

"Kita kena faham bahawa apa yang berlaku hari ini bukanlah perkara yang main-main dan tidak serius, tetapi perkara yang sangat-sangat mendesak kita dan tidak ada siapa pun yang mahu keadaan seperti ini. Maka kita perlu banyak bersabar," ujarnya lagi.

Justeru, Aidiladha, jelas Ikmal Zaidi, perlu disambut dengan penuh keinsafan dan penghayatan dalam memastikan umat Islam dapat mengharungi setiap dugaan terutama dalam pandemik COVID-19.

Sumber: ASTRO AWANI


Minggu lepas Bonda bersama Kak Aton pilih lembu di Bukit Kerayong. Kata Kak Aton, Bonda nak buat ibadah korban.

Inilah lembu korban Bonda.

Cerita tentang Aidil Adha, ada dua kisah yang tak mungkin dapat kami lupakan.

Peristiwa pertama : 11 November 1978.
Waktu itu Amie masih kecil lagi. Sehari sebelum Aidil Adha, lebih kurang pukul 12 tengahari,  Ayahanda terima telegram. Ayahanda terdiam beberapa ketika. Kemudian Ayahanda panggil Bonda dan suruh kami adik-beradik berkumpul. Bonda tinggalkan 5 ekor ayam kampung yang sudah dibersihkan untuk juadah Aidil Adha keesokan harinya.
Perlahan sahaja suara Ayahanda: Ijah sudah memninggal dunia!
Ketika itu Kak Aton terus peluk Amie sambil menangis. 

Tengahari itu juga Ayahanda dan Bonda terus bertolak ke Tangkak, Johor. Ijah ialah kakak kedua. Usianya ketika itu 20 tahun. Meninggalkan seorang anak lelaki usia 1 tahun 3 bulan. Bonda kata, mereka sampai ke Tangkak pada pukul 6 petang. Jenazah sedang dikebumikan. Penduduk kampung di sana mahu menggali semula tanah yang sudah ditimbus, tetapi Ayahanda Bonda redha dengan apa yang terjadi. Tidak perlulah gali semula tanah.
Sekarang sudah  43 tahun kisah itu berlalu. Anak arwah Kak Ijah pun sudah berumahtangga, dan Bonda sudah ada 6 orang cicit daripada cucu arwah Kak Ijah.

Peristiwa kedua : 26 Februari 2002.
Beberapa hari sebelum itu Amie terima telegram. Ayahanda sakit tenat. Kebenaran untuk pulang ziarah tidak dibenarkan. Alasan yang diberikan oleh majikan: Ayah kamu masih hidup. Amie tekad. Kami terbang pulang ke kampung pada petang Jumaat. Keesokannya cuti hari Sabtu dan Ahad. Hari Isnin, hari Raya Aidil Adha. Memang nampak Ayahanda dalam keadaan tenat. Pada hari Isnin, nampak agak sihat. Pagi Selasa kami pulang ke Sabah.

Sampai ke LD pada pukul 3 petang. Sampai ke rumah pukul 4 petang. Tiba-tiba telefon berdering. Suara Bonda di hujung telefon:
Bapa sudah tidak ada lagi.
Bapa pergi pukul 11 pagi tadi.
Sudah selamat dikebumikan.
Doakan kubur arwah bapa lapang dan terang.

Innalillahiwainnailaihiraajiuun.Teringat lagi waktu itu Amie terduduk di tangga rumah. Tersedu-sedan sampai bengkak mata! Terbayang pukul 11 pagi sewaktu arwah Ayahanda pergi, kami baru sahaja sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Subang. Dan pada pukul 2 petang akan sambung naik pesawat ke Lahad Datu.
Keesokannya pergi ke tempat kerja. Dan cuti diluluskan setelah Ayahanda pergi! Cuti itu sudah tiada maknanya!

Itulah peristiwa lampau yang sentiasa menggamit perasaan ketika tibanya Aidil Adha. Arwah Kak Ijah dijemput Allah sehari sebelum Aidil Adha, dan arwah Ayahanda kembali kepada-Nya sehari selepas Aidil Adha.

Selamat Menyambut Aidil Adha 1442 buat semua. 

15 comments

  1. Selamat Hari Raya amie & keluarga. Peristiwa yang terkesan di hati ya. Semoga arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
  2. Salam aidil adha buat kak amie dan keluarga.
    Walaupun dah lama berlalu, tapi peristiwa peristiwa tu masih segar dalam ingatan kan kak amie.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Salam Aidiladha Cikgu Amie...
    Semoga yang pergi ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Amie sekeluarga..

    semoga tenang roh mereka yang pergi dulu meninggalkan kita..

    BalasPadam
  5. SALAM Aidiladha dari SA dan keluarga di NS

    BalasPadam
  6. Salam aidil adha Kak Amie.. Maaf zahir & batin..
    Ternangis lak baca yang last last tu

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Amie. Ye tahun ni pengorbanan perasaan raya diperantauan. Allahu..berat ujian dan dugaan bila kehilangan orang yang tersayang. Tak dapat bersama arwah semasa waktu terakhir dia pergi. Alfatihah buat kedua duanya.

    BalasPadam
  8. Selamat menyambut raya qurban
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya Aidiladha.. Semoga pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT.

    BalasPadam
  10. Itulah prngorbanan kita kena buat iaitu tidak boleh berkumpul dengan sanak saudara.
    Ya Allah nasib baik Puan Amie sempat jumpa ayahanda sebelum arwah menutup mata. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  11. Sedihnya baca cerita Amie. Semoga roh orang tersayang yang dah pergi, ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Alfatihah untuk mereka.

    BalasPadam
  12. selamat hari raya kak :)
    moga rohnya dicucuri rahmat , ameen.

    BalasPadam
  13. Salam aidiladha untuk kak amie sekeluarga. Semoga mereka yg telah pergi ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Amiinn

    BalasPadam
  14. Salam Aidiladha buat Kak Amie sekeluarga.
    Pasti setiap kali Aidiladha menjelang, akan terbayang-bayang dua peristiwa tu.
    Al-Fatihah buat insan-insan yang telah pergi mendahului kita.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe