Sarapan Pagi Kuey Teow Sup Simple Dimple
9:30 PGCovid-19 masih lagi selesa menjelajah di segenap pelosok dunia. Entah bila dia akan balik kampung. Marilah kita ramai-ramai halau dia. Mungkin dia tak nampak jalan pulang. Ya Allah! Pelbagai usaha, pelbagai ikhtiar dijalankan. Namun angka kes tidak juga surut malah mencanak naik kepada jumlah yang sangat membimbangkan! Mari kita terus patuhi SOP dan sentiasa berdoa agar semuanya akan kembali pulih seperti sediakala.
Sudah sarapan pagi? Kami sarapan Kuey Teow Sup Simple Dimple. Hanya sediakan kuah sup tambah lada putih, halia dan bawang putih tumbuk. Kemudian masukkan hirisan dada ayam dan chicken ball serta sawi bunga dan tomato. Tak ada bawang goreng. Sudah ada warna hijau sayur sawi, tak perlulah tambah daun sup lagi, tapi tertabur pula dengan daun bawang.... ahaks!
Ada lebihan cili bawang putih kelmarin, bolehlah dijadikan pelengkap dan penyedap rasa. Pengat Ubi Kayu & Ubi Rambat pun ada lagi. Amie hanya panaskan dan tambah sedikit susu cair. Boleh cecah dengan roti. Firdaus hanya makan buah dengan pengat sahaja. Tak lama nanti, kalau perutnya lapar pandai-pandailah buka tudung saji cari roti.
Jom kita mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Senyum selalu, kurangkan keluhan, tahan kemarahan dan banyakkan bersabar sekiranya ada dugaan atau ujian yang melanda.
Kuey Teow Sup Simple Dimple. |
Sarapan pagi dengan Kuey Teow Sup & The Gang. |
12 comments
Sedapnya kuey teow sup. Walaupun simple tapi mengenyangkan
BalasPadamTak pernah tak sedap la hidangan cikgu..
BalasPadamUntung Firdaus
Hehe itulah selalu bangun pagi rasa tiada mood. Sudah sarapan baru ceria.
BalasPadamSaya makan laksa utara.
simple pon nmpk sedappp..
BalasPadamketiau sup makan dgn cili bawang putih..mmg sedap..
BalasPadamHaaa.. ni menu makan malam kita minggu lepas punya lepas, hihi.
BalasPadamKena terima hakikat kena hidup bersama covid, dia tak mo balik dah
Semoga cepatlah Covid jumpa jalan balik kampung. Sedap sarapan Kak Amie, kuew teow sup simple pun menyelerakan nampak. Jomlah kita happykan diri, masak dan makan :)
BalasPadammakanan yang simple dimple lah selalunya yang paling sedap.
BalasPadamSimple tapi tetap mengenyangkan kak amie? Hehehe
BalasPadamTadi pun sarapan kue tiau jugak. Tapi goreng bukan sup. Hehe
BalasPadamSesuai makan sepanjang hari ni...x perlu masak nasi utk tengahari kalau SA...
BalasPadamSedapppppnya kak.. 😋
BalasPadam