Rindu Roti Canai & The Gang
10:20 PGBertemu lagi di pagi minggu yang cerah. Apa agaknya aktiviti sepanjang hari ini? Jangan lupa, alas perut terlebih dahulu untuk mendapatkan tenaga yang cukup.
Agaknya ada orang rindu nak makan roti canai. Awal pagi lagi Encik Suami ajak Amie pergi cari sarapan di Restoran Rumpun Selera, Seri Perdana. Kemudian membeli keperluan dapur di kedai runcit dan singgah di pasar mencari ikan dan sayur.
Selesai sarapan pagi, seperti kebiasaannya Encik Suami akan memenuhi hobinya mengurus pokok-pokok bunganya. Pagi ini katanya hendak memasang bumbung pelindung pokok bunga orkid. Pokok-pokok orkid kami yang sudah hampir pupus, dipelihara kembali.
Kita pun ada aktiviti juga pagi ini. Nampaknya hari minggu merupakan hari kerahan tenaga! Jadi kita bakar kalori setelah ambil sarapan pagi tadi. Sarapan apa ya? Kami sarapan roti canai & roti telur serta tosei. Ada kari kambing, kuah kari, kuah dal dan sayuran serta chutney kelapa.
Sarapan pagi dengan roti canai, roti telur & tosei. |
Roti Canai & Roti Telur |
Kuah Kari |
Kari Dal Sayur |
Kuah dal. |
Kari Kambing |
Tosei |
Chutney Kelapa |
Limau Sunkist. |
14 comments
Haish....sehati sejiwa sungguh..Semalam menu ni kat rumah SK...
BalasPadamMenu yang best untuk sarapan dan makan malam. Ah, rindunya nak makan macam ni kat Ashoka Curry House
BalasPadamSedap sarapan kak amie. Pekat kuah dal dan kari kambing tu. Hari ahad ni biasanya hari untuk mengemas dan baiki apa yang patut. Okay juga ada aktiviti. Semoga sihat kembali pokok orkid kak amie. dah ada rumah baru mesti lawa dan elok kejadiannya nanti.
BalasPadamTeringin roti canai pulak haduh
BalasPadamSA pun sama..kalau beli roti canan walau ada kuah dal dan kari mesti nak beli lauk kari kambing..baru sedap makan...
BalasPadamApa ja yg Amie hidangkan memang membuak2 rasa utk mencubanya...
BalasPadamsy pun roti canai suka mkn dgn kari
BalasPadamSelamat membuang tenaga. Sebenarnya macam-macam kerja boleh dibuat di rumah.
BalasPadamAduhhh tiba tiba lapar roti canaii pulakk, dah lama tak makannnn.
BalasPadamTosei tu menarik kak. Tapi rasa mcm xpenah makan lagi..
BalasPadamsedapnya roti canai tosai, rindunya nak makan dekat kedai mamak...
BalasPadamlama tk mkn roti canai
BalasPadamRindunya tosei mamak kat opis. Huhu.
BalasPadamlama tak mkn roti canai. kena pergi cari dkt btc nnti ni.
BalasPadam