Resepi Kuey Teow Goreng Sedap!

11:40 PG

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. 
Negara kita dan seluruh dunia masih diselubungi dengan Covid-19 yang masih degil berlegar di muka bumi. Kelmarin, sudah mencecah angka 3,333 dengan kes baru sebanyak 217... Allahu Akbar! Yang sedang dalam rawatan berjumlah 2,453 manakala yang telah kembali pulih ialah sebanyak 827 orang. Khabar lebih duka, sebanyak 3 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kepada 53 orang setakat ini. Takziah buat semua keluarga mangsa. Bersabarlah dalam menempuh ujian getir ini. Mudah-mudahan Allah akan menganugerahkan keajaiban agar keadaan pulih semula seperti sediakala.

Pagi ini Amie sempat sediakan Kuey Teow Goreng sebagai alas perut. Biasanya kerang dijadikan salah satu perencah dalam masakan kuey teow, tapi di LD memang susah nak jumpa kerang. Mungkin pantai LD bukan pantai yang sesuai sebagai tempat pembiakan kerang... ahaks! Jadi Amie gunakan sotong dan udang. Jom lihat resepinya di bawah ini. Amie tidak gunakan cili kering untuk rasa pedas.Amie gunakan kicap manis pedas Mahsuri.

Bahan-bahan:
500 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan hirisan sotong
1 cawan isi udang
2 biji telur - pukul ringan
1 mangkuk taugeh
10 batang kucai - potong 3cm panjang
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis pedas 
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit aroma.
2. Masukkan udang dan sotong. Masak sehingga udang bertukar warna.
3. Alihkan dengan sudip bahan tumisan ke tepi kuali, dan masukkan telur.
4. Kacau telur sekali-sekala hingga masak, dan tolek ke tepi kuali.
5. Masukkan kuey teow dan gaul bersama semua bahan dalam kuali.
6. Seterusnya masukkan sos cili, kicap manis pedas, taugeh, kuey teow, daun kucai dan bahan perasa seperti gula / garam / perasa pilihan.
7. Gaul rata dan kemudian padamkan api dapur.

Kuey Teow Goreng dah siap! Bolehlah hidangkan sementara masih panas dan jangan lupa nikmatinya bersama cili jeruk! Bismillah.

3 comments

  1. Dana belum lagi cuba buat masakan dengan kuew tiaw lagi PKP ni kak

    BalasPadam
  2. Dana,
    ada jew nak dimasak time PKP ni, dah 24 jam semua di rumah, sampai tak tahu nak masak apa lagi hihihii.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe