Lempeng Istimewa : Lempeng Pisang dengan Jagung Krim
10:26 PG
Jom sarapan lempeng pisang. Lempeng pisang style Amie's Little Kitchen ini banyak kali dah Amie buat untuk sarapan keluarga atau minum petang. Amie tambahkan jagung krim dalam adunan.
Ikut resepi sebelum ini Amie tambahkan soda bikarbonat dan baking powder, tapi kali ini kedua-dua bahan ini Amie tak bubuh. Resepi Amie yang lalu boleh klik di sini: Lempeng Pisang Paling Sedap! dan di sini: Lempeng Pisang Dengan Jagung Krim.
Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan masak ranum
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
1 tin jagung krim
1/2 sudu kecil baking powder - pilihan
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - pilihan
secubit garam
marjerin
Boleh ubahsuai penggunaan bahan ikut citarasa masing-masing. Kalau suka rasa yang lebih manis boleh bubuh gula atau susu pekat manis. Kalau selera Amie dan Encik Suami memang tak bubuh tambahan gula atau susu pekat manis sebab pisang tu dah cukup manis.
Kalau nak lebih lembut gebu bubuhlah baking powder dan soda bikarbonat. Kaliini Amie tak bubuh kedua-duanya.
1. Lecek pisang hingga hancur.
2. Tambahkan tepung gandum, susu tepung dan jagung krim.
3. Adun sebati.
4. Oleskan marjerin di dalam kuali. Kalau tak mahu gunakan marjerin, gunakan minyak pun boleh. Nak guna butter pun boleh. Kalau gunakan minyak sapi, lagilah bertambah sedap dengan aromanya yang semerbak itu! Kalau nak lempeng kecil comel, gunakanlah kuali kecil. Amie gunakan kuali kecil sebab adunan ini sangat lembut, jadi mudah nak terbalikkan. Api pun kena yang kecik juga... jangan api kuat nanti terus hangus!
5. Tuangkan adunan mengikut sukatan masing-masing. Amie gunakan 3 sudu besar untuk sebiji lempeng.
6. Gunakan api kecil saja. Adunan lempeng yang manis ini cepat hangus kalau gunakan api besar sebab proses mengkaramelkan lempeng ini sangat cepat... wah gitu ye! Kalau gunakan api besar takut luar garing, isi di dalam masih mentah!
7. Terbalikkan lempeng dengan dengan penuh hati-hati sebab lempeng ni lembut sangat. Kalau tak tahan hati nak layan kelembutannya semasa memasak, bubuhkan lebih tepung supaya keras sikit. Tapi kalau nak rasa macamana sedapnya lempeng pisang dengan jagung krim, kenalah bersabar sikit. Siapkanlah dengan penuh rasa kasih sayang....hiks!
8. Setelah kedua-dua belah lempeng berwarna kuning keemasan, bolehlah angkat keluar dari kuali.
Lempeng Pisang dengan Jagung Krim dah siap.
Untuk satu adunan ini Amie dapat 8 keping lempeng yang comel...ahaks!
Budak kecil Firdaus, nak makan lempeng pisang jagung krim dengan susu pekat manislah pulak!
1 comments
Menarik jugak resepi ni. Thanks Amie
BalasPadam