Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
10:33 PTG
Jom jalan-jalan cari makan di pasar malam.
Tapi bukan di tempat kita.
Kita pergi sanun... di Bangkok.
Kita singgah di pasar malam halal, Evening Market Muslim Area.
Semua yang menjual di situ Muslim, dan semua makanan yang dijual juga halal.
Alhamdulillah.
Dah pernah beli dan makan jagung kukus ini di Hat Yai.
Tak kisahlah kan... Memang jagung begini berlambak di tempat kita, tapi ini jagung Thailand...hiks! Ditanam di tanah gajah putih heheheee.
Aduhai!
Leher ayam goreng ini nampak rangup!
Rasa macam nak beli, tapi tak jadi. Teringat sewaktu masak-masak di sekolah sempena kem kepimpinan pelajar, satu hari kena masak 35 ekor ayam. Kawan-kawan ambil leher yang masih bersalut dengan kulit, dan digoreng rangup dengan campuran tepung beras. Berebut kami makan! Rasanya, itulah kali pertama makan leher ayam goreng rangup! Sedap sangat!
Dah lama tak nampak rangka ayam goreng salut tepung seperti di bawah ini. Semuanya nampak sedap! Teringat beli seketul ayam goreng di atas keretapi dalam perjalanan dari Golok ke Hat Yai Disember 2019 yang baru lalu! Sedap sungguh ayam goreng Thailand.
Zaman di kampus dulu, rangka ayam goreng tepung kentucky memang jadi rebutan. Harganya hanya RM1.00 sahaja. Beli seketul, dengan nasi kosong. Makan ramai-ramai dengan teman sebilik. Sekarang harga seketul rangka ayam goreng lebih kurang RM3.
Wah!
Menarik pula bila terpandang ayam panggang di pasar malam!
Ayam dipanggang di dalam bekas besar, dan boleh masuk beberapa ekor ayam bulat! Wooo..... kepala dan kuku kakinya tidak dipotong!
Bila sudah masak di dalam pemanggang, di bawa ke atas meja, hilang pula kepala dan kakinya!
Tongkeng ayam pun ado!
Suasana beginilah yang suka sangat nak tengok!
Buah-buahan segar banyak dijual di sini, sama ada buah-buahan tempatan atau buah-buahan import seperti anggur.
Dan sudah tentulah rasa teruja nak beli buah-buahan segar yang sudah dipotong. Ditambah pula dengan pencecahnya, aduhai... sedapnya!
Buah nanas di sebelah sanun... manis!
Comel-comel pula popia di pasar malam ini.
Telur burung puyuh rebus pun ada pencecahnya sekali!
Makanan seperti nugge dan kentang goreng begini memang menjadi pilihan kanak-kanak!
Aroma sup danpelbagai jenis kuah di sana sini sungguh menggoda selera!
Wah! Ada nai mong hoy tod.Wajib cuba ni. Sedap!
Nampaknya memang semuanya sedap! Tak ada yang tak sedap!
Jom kita lihat kuih-muih yang lain pula.
Walaupun tak tahu namanya.
Selain kuih tradisional, ada juga kuih moden.
Ada pun sepanjang berada di Bangkok, ini sahajalah nama kuih yang melekat di kepala : KHANOM KHROK.
Ada pula kuih penjaram di sini. Entah apa pula nama tempatannya.
Ini tak tahulah kuih apa. Nampak panjang-panjang parutan kelapa.. eh kelapa ke?
Di sana sini memang terjumpa pulut mangga, pulut durian warna-warni pun ada!
Murah saja harganya, hanya 25BAHT sebungkus.
Bila berjalan melintasi gerai begini seolah-olah sedang berada di bazar Ramadhan di negara sendiri! Apa tidaknya! Lihat sahajalah lauk-pauk yang sudah dibungkus itu!
Thailand dan daun selasih @ basil memang berpisah tiada! Sepanjang berada di Bangkok, memang dah pandai makan ulam daun selasih... hiks!
Agaknya harga setiap bungkusan makanan ini 40 BAHT.... hehehehhe.
Kebanyakan masakan yang dibungkus dalam plastik adalah jenis berkuah. Barangkali ada tom yam kung, tom yam pla, tom yam kai, tom yam phor tek, tom yam nam khon, tom yam kung mak phrao on nam... hahahaha... banyak juga jenis tom yam di Bangkok ye.
Bahagian luar ikan yang masih bersisik penuh bersalut garam!
jangan risau, Amie tahu namanya: MIANG PLA PAO
Harga seekor hanya 100 BAHT sahaja.
Ini pula ikan talapia kukus!
Aduh ibuk! Empat ekor sekali kukus dalam periuk pengukus!
Saiz ikan tu pula bukannya kecil!
Ikan goreng pun ado juga!
Kreatiflah pula cara potongannya.
Ha... sampai ke tempat jual sayur dan ikan pulak dah!
Jom kita tengok apa sayur-sayuran kampung yang djual di sini. Ada petai belalang, ada buah asam jawa, dan ada terung Thailand yang warna hijau garis putih bentuk bulat.
Di celah-celah sayur-sayuran kampung, terselit udang galah, ikan lampam dan ikan talapia.
Aduhai!
Pertama kali dapat melihat ikan sepat saiz besar!
Inilah barangkali yang dikatakan sepat siam!
Yang biasa kita makan, ikan sepat kering yang kurus-kurus tu.
Ada telurnya pula!
Hanya mampu telan liur!
Sedapnya ikan sepat goreng!
Sedapnya ikan sepat masak lemal cili padi!
Sedapnya ikan sepat panggang!
Sedapnya....sedapnya!
Ini pula ikan lengat, atau kita panggil ikan rebus @ kukus.
Pertama kali jumpa ikan lengat dari jenis ikan kayu @ tongkol.
Nanti nak cuba buat ikan lengat tongkol pula!
Biasanya ikan lengat beginilah yang kita jumpa, sama ada ikan termenung, pelaling atau ikan kembung.
Eh!
Sampai ke tempat sotong pula!
Wokey!
Sekian dulu cerita dari pasar malam halal di Bangkok.
0 comments